Sunday, July 31, 2016

SABAH UBAH AKAN MELANDA SEMENANJUNG

Semangat politik Sabah Ubah yang dibawa oleh Shafie Apdal,  mampu jadi badai dan tsunami untuk menghalau UMNO keluar dari negeri tersebut.

BN bakal kehilangan fIx deposit untuk PRU akan datang,  Musa sudah tidak boleh aman lagi.

Walaupun Shafie tidak bersama Muhyiddin dalam satu parti ia mungkin satu perancangan sesama mereka dari segi strategi supaya perjuangan SABAH UBAH lebih mudah diterima.

Konsep Sabah Ubah boleh diterap dengan mudah oleh Johor selain Selangor dan Pulau Punang yang sudahpun membuktikan keberhasilan dan kemampuan mentadbir dan mengurus.

Kelantan sendiri sudah sekian lama bersendiri, ertikatanya Kedah dan Terengganu bakal mengikut jejak jika PAS bijak berpolitik.
Hadi diundurkan  antara ramuan membolehkan PAS ke depan, bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekadar satu bonus.

Saturday, July 30, 2016

MOF1 SUDAH DIKENAL PASTI...

Bukanlah sukar untuk ditafsirkan siapa yang dimaksudkan dengan MOF1 kerana perkataan
itu bukan sekadar suka suka disebut oleh Peguam Negara US tetapi dikaitkan dengan beberapa butiran lain.

Tetapi apabila ada pihak pihak yang menafikan itu tidak merujuk kepada mereka,  tidak berkaitan dan sebagainya,  kita hanya mampu mengawal perut dari pecah untuk ketawa jenaka bangang tetsebut.
Setakat ini yang menafikan MOF1 merujuk kepada dirinya ialah ibrahim ali dan lim kit siang - satu penafian yang menghiburkan.

Adalah lebih baik kita tunggu pihak Peguam Negara US menyebutnya secara rasmi kelak untuk mengetahui siapakah si bangang tersebut yang kaki kencing sehingga habis semua rakyat,  ugama,  bangsa dan negara terpalit dengan najisnya.

Aktiviti haram seperti money laundering,  pemilikan harta secara tidak sah samada berlaku di malaysia atau di mana sahaja jika di ambil tindakan undang undang oleh pihak berkuasa negara tersebut bukanlah bermaksud campurtangan ke atas negara lain.

Pihak berkuasa hanya menguatkuasakan undang undang di negaranya sendiri ke atas orang yang disyaki dan dituduh.

Yang dituduh kena membela diri dan membuktikan dia tidak bersalah bukan sekadar menafi dengan air lior sahaja dengan wajah selamba lembu sakit.

Kita setuju dengan saranan Yang Amat Berhormat  PM supaya yang dituduh membersihkan diri mereka dan yang bersalah diambil tindakan.

Kita kena tabik kepada usaha Peguam Negara US tidak menyalahgunakan kuasa, sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan atas sesuatu perkara yang menjadi pertikaian umum seluruh dunia.


SEMUANYA BAKAL BERAKHIR...

Tindakan DOJ sekadar saman sivil !

1MDB TIDAK TERLIBAT - Kata PM.

So,  menteri,  pemimpin, pendedak,  pecacai...relax,  jangan panik macam penjenayah.

Biarlah proTun dan pembangkang melalak atas apa yang mereka percaya.

Seperti kata Husni... Semunya akan berakhir  !!!

Boleh faham kot...


# Ada sesetengah yang merayakan kegagalan Tun dalam usaha mengundurkan Najib.  Sebagai rakyat penilaian bukan sekadar itu tetapi lebih bagaimana krisis ini diuruskan. Apakah kegagalan Tun ada aras tanda menunjukkan Najib makin kukuh atau sekadar menanti bila bila masa gugur gedebuk macam nangka busuk.

Nasib umno lebih baik jika Mahathir silap tetapi bagaimaba kalau Mahathir betul dan benar..

Thursday, July 28, 2016

DAP KEKAL WAYANG TONGKOL

Demi parti dan masa depan DAP itu sendiri sewajarnya lim guan eng berundur dari jawatan Ketua Menteri dan serahkan tugas kepada Timbalan Ketua Menteri 1, seorang Melayu dan Islam jika parti dan pemimpin itu tidak racist, tidak anti Islam dan tifak kafir harbi.

Jika itu pun tidak dapat dilakukan dalam apa jua kos dan harga,  DAP hanyalah wayang tongkol yang belum berubah mengikut masa.

POLITIK SERBA MUNGKIN

Laporan polis ke atas tiga penjawat awam  utama oleh naib ketua pemudanya mewakili siapa?
Mewakili peribadi untuk popular
Mewakili pemuda
Mewakili kj

Sikap membisu kj membuka banyak persepsi
Kj menerima arahan najib?
Kj arahkan khairol?

Apa motif semua ini?
Kenakan najib
Sengaja memancing tiga penjawab awam untuk mendedahkan perkara sebenar?

Siapa berkonspirasi?
3 penjawat awam utama?
Kj and the gang?

Ada persekongkolan?
Zahid kj?

Dilaporkan sudah ada beberapa pemimpin kanan umno jumpa mahathir?  Harap berita itu tidak benar?
Jika ada tentangan dari dalam ummo,  kemungkinan Tun tak jadi tubuh parti baru?  Harap berita itu tidak benar?
No wonder parti baru sengaja dilambatkan penubuhan?

TUKANG LAGA DAP DAN PKR JANGAN KECEWA KALAU MEREKA TIDAK BERPECAH

SELINGAN:

Sekarang ni proses melagakan PKR dan DAP sedang rancak dijalankan oleh pendedak...

Mereka sudah terlupa PKR telah menunjukan jati diri untuk menyatakan pendirian untuk tidak tunduk kepada DAP.

Tetapi perbezaan pendapat ini bukan bermaksud perpecahan jika diurus dengan baik.

Sepatutnya inilah cara PAS berkomunikasi dengan DAP secara kawan,  tawan dan lawan dan bukannya lari ikut pintu belakang.


# Harapan mereka PKR dan DAP pecah untuk menyulitkan perpaduan dengan parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...