Thursday, August 11, 2016

BERSATU TOP RANKING

BERSATU nampaknya kini sudah meniti dari satu bibir ke satu bibir tetapi itu tidak bermakna skandal terbesar dunia dilupakan.

Tanpa perlu kempen dan tanpa kos iklan,  juak dan barua jadikannya sudah gah seluruh rantau.  Terima kasih.

Dari logo sampailah kepada apa sahaja tentang BERSATU dibelek satu persatu,  kemaruk nak cari silap dan cacat.

Belum pernah terjadi kepada mana mana parti politik dalam dunia,  belum lagi sah berdaftar ia sudah dihebohkan.

Mungkin ada yang berminat nak sertai tapi dedak sudah termakan lebih dari had,  hutang budi kenalah bayar dengan body....

Majoriti pemimpin umno yang sudah expired termasuk ku li meramalkan "sukar". Sukar tentulah kepada orang-orang seperti ku li yang takut dan jijik untuk bermandi peluh bersama rakyat.
Tetapi buat Mahathir, menubuhkan parti baru samalah seperti berdoa mengharapkan malaikat diutuskan untuk membungkam musuh.

Belum apa apa lagi,  secara jujur dan tidak hipokrik, DAP menolak dan menentang penubuhan BERSATU kerana tentunya ia lebih baik dari umno,  baik dari segi pemimpinnya yang lebih bersih dan akan jadi pilihan majoriti Melayu,  hasrat DAP menarik Melayu ke partinya,  terbantut dengan kehadiran  BERSATU.

Pendirian DAP jelas menggambar pemimpin umno yang pura pura menyatakan BERSATU tidak lama,  sekadar memujuk pembohongan diri sendiri.

# Perkembangan terbaru yang menggambarkan Tun sedia berdebat apa saja isu asal menguntungkan takyat merupakan tamparan hebat kerana Najib masih membisu.


Wednesday, August 10, 2016

LONELY MINISTER: NOBODY LISTEN TO HIM ANYMORE (?)






# Ini salah satu kesan kemunculan parti baru yang dibimbangi akan meluaskan pengaruhnya melalui media maya. 

SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG SAKIT KRONIK, MEMBUSUK...

 Tomahan Najib di jawab secara spontan oleh Tun Dr Mahathir. 

Seperti ditegaskan,  Najib sepatutnya dedahkan secara tepat apa yang Tun arahkan kepadanya (?)

Sekali lagi Tun mencabar pahlawan bugis ini untuk berdebat dan bersemuka berhujah dan bukannya buah tuduhan tidak berasas di belakang ketika berada di luar dari bumi Malaysia... 


PERKEMBANGAN MUTAKHIR BERSATU... KOT KOT TS BOLEH BISIK KAN...

Assalamualaikum sahabat  semua......dgn segala hormatnya saya (Zais)  menjemput Dato/Tuan/Puan ke

MAJLIS MARHABAN,TAHLIL DAN DOA SELAMAT BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN (Mantan TPM) sebagaimana berikut:-    
Tarikh:  11/8/16 (khamis)
Alamat: dirumah saya;
No.44, Jalan  Rajawali, Larkinjaya, JB.

Aturcara spt berikut:          
4.30 ptg....marhaban oleh Alumnai SSI 69....
Jamuan.

8 mlm.....ketibaan Tan Sri.
8.05 mlm....majlis tahlil dan doa selamat....
Solat Isyak / jamuan.
9 mlm....
Beramah mesra bersama Tan sri.                   11.30 mlm.... Majlis bersurai.                                 (Jika ingin bersama Tan sri.... datanglah sebelah mlm).                                

Semua sahabat dari jauh dan dekat adalah dijemput bersama.....terima kasih.        (Utk makluman...

Saya tlh berjumpa Tan Sri dan beliau tlh mengesahkan akan hadir.....

InsyaAllah.

PAS DIBAYAR (?) JAWAPAN HADI MENCURIGAKAN...

Berita SR atas kecurigaan besar (pokok bergoyang) PAS terima 90 juta dari Najib memang langsung tidak boleh dipercayai. Buktinya Tuan Ibrahim Man langsung tak tahu... Sebab tu dia nafikan.

Hadi Awang terima atau tidak... Saya belum baca laporan,  katanya.
Punyalah bangang... Saolan ada terima atau tidak,  tidak perlu rujuk kepada laporan atau kepada sesiapa...
Just jawab,  yes or no!

Atas jawapan Hadi,  Tuan Ibrahim kena semak semula penafiannya,  benarkah PAS tidak terima atau dia yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan.
Kedudukan dan status Tuan Ibrahim dan (nasib)  Muhyiddin Yassin tidak jauh bezanya.. kenalah berhati hati.

Apapun sukar untuk mempercayai PAS dibayar, kemungkinan lebih  besar untuk mudah dipercayai ialah PAS dibeli (?)

Tuesday, August 9, 2016

HUBUNGAN UMNO PAS MASIH SONGSANG

Ramai yang bertanggapan musuh umno seperti pembangkang merasa cemburu di atas kemesraan Hadi dan Najib seolah perhubungan itu menggugat pembangkang.

Yang masih menjadi persaolan kenapa kemesraan Hadi Najib itu gagal diterjemahkan sebagai hubungan baik antara parti dengan parti sebaliknya lebih kepada kemesraan sosial antara pemimpin.

Kalau merujuk kepada reaksi dan kenyataan kenyataan Tuan Ibrahim,  PAS dan UMNO masih berbeza dan jauh seperti langit dan bumi.

Tidak ada kenyataan politik dari PAS yang senada dengan UMNO malah di pilihanraya, mereka masih bertembung walaupun PAS sudah tidak menghala sasarannya kepada UMNO.

Apa yang dilihat ialah PAS memang juara dalam hal hal diperkuda,  diperalat di mana sahaja parti itu bertenggek.

Tanpa PAS di pihak pembangkang bukanlah satu keadaan yang sukar tetapi lebih kepada alternatif lain yang lebih berkesan perlu dilaksanakan.

Tanpa PAS di pihak pembangkang langsung tidak menguntungkan apa apa kepada parti itu malah sentiasa berada ditahap rugi...seperti melukut di tepi gantang dari kacamata umno.

PAS akan sekadar jadi nasi tambah dan cuci mulut selagi Hadi kekal Presideng.
Di PRU akan datang ia akan setaraf MCA MIC yang boleh dihitung kerusi yang menangi...

Mungkin PAS sekadar ingin jadi teman seperkuburan dengan umno di PRU akan datang..
Hadi Awang masih mahu menjadi penasihat kepada Najib di padang masyar...

AURA PARTI BARU




Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...