Sunday, September 11, 2016

BERSATU TAK PERLU BANYAK KERUSI



Umum mengetahui menang atau kalahnya BN di PRU akan datang bergantung kepada pembangkang.

Pembangkang berpecah berbalah, BN menang.
Pembangkang bersatu,  BN kalah.

Tidak ada rahsia,  tidak perlu strategi canggih,  formula yang mudah.

Pembangkang berbalah, sebahagian rakyat akan boikot keseluruhannya,  tidak keluar undi, biarlah ahli parti mereka sahaja mencorak jumlah undi.

Rakyat sudah bosan dengan kedua dua pihak.

BN sendiri akan menghadapi kegeseran pembahagian kerusi. Ini belum lagi diambilkira wakil rakyat yang tidak dipilih semula atau bakal calon harapan disingkir.
Akan ada yang belot dan berpaling  tadah.
Fenomeno biasa setiap kali pilihanraya cuma kali ini akan memberi kesan yang ketara.




Tidak dinafikan PAS akan menjadi penentu dan kacau daun tetapi dalam masa ysng sama akan terkorban.
Pilihan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri dan beberapa kerusi Parlimen jika bersama pembangkang atau geget jari jika kekal berdamping umno.

Samada pilihanraya diawalkan atau mengikut jadual tidak banyak membawa perubahan,  jika suasana dan persepsi umno akan kalah bertiup kencang dan dipertahankan, lebih ramai pemimpin yang umum keluar umno.

BERSATU sebagai parti baru seharusnya tidak meminta begitu banyak kerusi sebaliknya lebih berkompromi dan memberi keutamaan kepada parti lain untuk bertanding,  memadai menjadi penyatu kepada semua parti pembangkang.







MUHYIDDIN WAJAR MENGADAP TUANKU SULTAN UNTUK MOHON PERKENAN

Bagi rakyat biasa, adalah menjadi satu kebanggaan pada Bangsa Johor apabila TS Muhyiddin Yassin anak Johor menjadi Presiden BERSATU dalam Gagasan Selamatkan Malaysia.

Tidak ada satu sebab pun bangsa Johor untuk menolak Muhyiddin dan BERSATU malah sewajarnya diangkat untuk menjadi Nombor Satu.

Muhyiddin harus kembali je pangkuan Sultan Johor  sebagai anak dan bangsa Johor sepertimana beliau ditatang ke istana selepas dipecat TPM.

Malah sewajarnya BERSATU mengadap setiap Sultan dan Ketua Menteri bagi menunjukan rasa hormat dan menjalin perhubungan yang baik.


Saturday, September 10, 2016

BOLEHKAH KITA BERHENTI MEMBURUKAN LAWAN

Adalah lebih elok setiap parti,  setiap ahli dan setiap penyokong parti melihat cermin diri masing masing.

Memperbaiki mana yang lemah dan kurang,  mencantikan mana yang huduh dan memperkuatkan diri dengan akhlak terpuji.

Memburukan apalagi menfitnah musuh dan saingan melampau lampau bukan sahaja berdosa tetapi tidak menguatkan parti sendiri.

Hentikanlah adudomba yang berterusan,  memburukan Azmin tidak menjadikan Azizah cerdik dan bijak,  memburukan Zahid tidak akan membersihkan Najib, memburukan Lim Guan Eng tidak menjadikan Hadi Awang hebat,  memburukan BERSATU tidak menjadikan UMNO kuat....

Bolehkah kita berhenti dari memburukan lawan... Boleh, tetapi sukar.

CARILAH KEKUATAN SENDIRI

11/9/16 JAM 9-10PAGI-DI MANA KITA(?)

Assalamualaikum Wbt..

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT
 " *WORLD QURAN HOUR*"!!

*PADA 11 SEPT 2016 Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM*

Pada 11 September 2016
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi

Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.

Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam
i. *Baca Al Quran*
atau
ii *Baca terjemahan atau tafsiran* ( *kalau dah tatau baca quran*)
atau
iii *berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir*
atau
iv. *apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping  dengan AlQuran*.

Dalam setahun kita ada 8760 jam.
hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen
 *WORLD QURAN HOUR*!!!

*Dampingi lah Quran*.
*Kasihi lah Quran*
*Hayati lah Quran*
*Jadikanlah Quran panduan*.

Mana mana yang dah lama sangat tinggalkan tu *JADIKANLAH* ini sebagai suatu *PERMULAAN*..

Bantu lah saya kongsikan ya demi kebaikan semua masyarakat terutamanya *UMAT ISLAM*

Jom kita gegarkan *SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN*


Selamat Berpuasa

Pakatan Harapan bertukar nama (?)

Pakatan Harapan wajar ditukar nama kepada Pakatan Bersatu selari dengan hasrat Tun supaya semua parti pembangkang tidak bertanding sesama sendiri  menandingi BN.

Jika Muhyiddin dibenar untuk mengetuai Pakatan Bersatu ada kemungkinan besar PAS lebih selesa kembali ke pangkuan.

Pakatan Bersatu vs Barisan Nasional.

Kelantan dan Kedah diserah pada PAS
Negeri Sembilan dan Perlis kepada AMANAH
Selangor dan Wilayah kepada PKR
Pulau Pinang dan Melaka kepada DAP

Friday, September 9, 2016

AKU NI BANGSA APA?

kata Sanusi Junid,  bangsa Johor adalah bangsa yang paling matang berpolitik, kurang bising tetapi bijak dan tepat dalam membuat keputusan di peti undi.

Sewajarnya ada pihak patut risau apabila Bangsa Johor dipecat dan dihina kerana sekadar menegur atas kritik membina di pentas partinya sendiri.

Bangsa Kedah lebih terbuka tetapi pantang dicabar.

Mahathir pula menegaskan bangsa Malaysia perlu diberi keutamaan.

Apa sudah jadi dengan bangsa Melayu (?) sehingga ramai sudah tidak mahu gunapakai.

Mereka lebih rela guna bangsa asal usul (?)

Apapun jauhilah dari menjadi bangsa bangsat dan bangsa rasuah.

Buruk benor...

PENULIS DARI GROUP LHDN

Memang Pahit untuk ditelan.Tetapi inilah kenyataan.  

Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion  2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30=
RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN  DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini. [truncated by. WhatsApp]

TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.
#SELAMATKANMALAYSIA

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...