Tuesday, January 31, 2017

SELEPAS MARA APA PULA KATA UMNO KELANTAN

Pergantungan fungsi Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara atas restu Menterinya (?) kini berjangkit kepada persaolan apakah umno kelantan perlu mengambil tindakan yang selari. 

Jika "ya" bagaimana pula pendirian umno pusat ke atas generalnya (ketua penerangan) itu. 

Di mana jentera penerangan umno dan 6.6% gurka yang ditugaskan membenteng,  apakah ada arahan khas supaya generalnya digulingkan.

Sesuai dengan missi tawan Selangor, calon paling layak jika ada kekosongan ialah ketua penerangan umno selangor,  dato'zein isma. 


Monday, January 30, 2017

UMNO SEDANG DIBURU MASA

Kritikan serius Tun Dr Mahathir hanya bermula ke atas batang tubuh Najib sahaja berkaitan 1MDB kerana ia ditadbir secara langsung oleh Najib tanpa pengetahuan jelas kepada kabinet.

Ia melibatkan pemecatan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz kerana turut mempersoalkannya.

Seterusnya banyak lagi satu demi satu kepincangan yang berkaitan dengan 1MDB samada secara langsung atau tidak taerdedah dan yang lebih mengaibkan adalah kemasukan 2.6B ke dalam akaun peribadi Najib yang pada awalnya menafikan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila semasa siasatan sedang dilakukan,  AG Ghani dipecat dan digantikan dengan AG Pandi.

Penafian AG untuk mengheret Najib ke mahkamah adalah bermulanya satu kesilapan untuk Najib membersihkan dirinya.

Hasilnya,  Najib masih bergelumang dengan isu yang sama.

Sebagai tindakbalas,  pelbagai tuduhan telah dibuat ke atas Mahathir tetapi malangnya makin difitnah, Mahathir terus lebih popular dan dipercayai.

Cubaan melaga lagakan parti parti pembangkang tidak berkesan.  Menjadikan PAS fix deposit baru juga bukan mudah untuk dikawal.

Dengan hanya tinggal 6.6% cybertrooper,  copy paste propaganda tidak mencukupi untuk melawan arus.

Yang rakyat nantikan sekarang bukan apa lagi isu untuk Tun Dr Mahathir dikait dan difitnah tetapi lebih kepada bila pilihanraya mahu di adakan.

Dilema BN,  jika dibiarkan sehingga 2018, pembangkang mempunyai banyak masa untuk bergerak dalam satu penyatuan yang lebih kuat.



Sunday, January 29, 2017

WASPADA APABILA BERPOLITIK SUDAH TERKELUAR DARI ALQURAN

Pemimpin dan penyokong saling lengkap menglengkapi


# Jika  menyokong tanpa mengikut garis panduan Al Quran dan jika membangkang tanpa mengikut garis panduan Al Quran - kedua pihak sama sahaja.

# Sesat dalam perjuangan - lumrah
Tetapi jika tidak mahu balik ke pangkal jalan - itu menyesatkan.

Saturday, January 28, 2017

ADA BEBERAPA PERKARA PENTING

Aku nak catatkan untuk rekod peribadi je,  bukan nak share pun..

1) Tanpa PAS pun,  Pembangkang boleh menang.
Yang tidak sokong umno tidak juga akan undi PAS.
Yang tidak sokong PAS tidak juga akan undi umno.
Kalau tiga penjuru, mereka di atas tidak akan undi umno atau pas.

Adalah lebih penting meyakinkan rakyat menolak parti itu dari cuba memikat hati pemimpin PAS untuk satu kepala.

Bukan mudah untuk menjadikan PAS bikin serupa cakap.

BARU SEHARI MAIN POLITIK ATAU MINTA DIKASIHANI


PAS DI UJI LAGI

Ramai yang tidak bersetuju apabila BERSATU masih memberi ruang dan peluang untuk PAS berjumpa dan meneruskan perbincangan.

Sudah ramai yang meramalkan apa hasilnya nanti.

Kesediaan Pembangkang tanpa PAS sudah ada dan alternatifnya pun walaupun sedikit sukar ada baiknya, mungkin yang nak diburu dan dijerat umno tapi mana tau kali ini dapat tawan PAS sekali, adalah lebih baik jika kedua duanya parti ini dikuburkan satu liang satu masa.

Apapun bermesyuarat itu ada hikmah yang berdiri dengan sendirinya.

Tunggu PAS bikin serupa cakap...




𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...