Tuesday, February 28, 2017

MENGENALI PEJUANG DARAT KITA

Perjuangan yang ikhlas akan kekal mulia,  gugur sebagai syuhada,  kubur mewangi,  hidup diberkati dalam mempertahankan bumi pertiwi. 

Tapi amat malang dan sedihnya pengorbanan anda semua jika hari ini ada yang mudah mengkhianatinya sekadar melayan nafsu. 

Terima kasih perwiraku. 



• Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) - Merupakan Rejimen Yang Tertua Yang Dianggotai Sepenuhnya Oleh Anak Watan Melayu. Moto Bagi Rejimen Ini Adalah "Taat Setia".

• Rejimen Renjer Diraja (RRD) - Merupakan Rejimen Yang Dianggotai Oleh Berbagai Kaum. Moto Bagi Rejimen Ini "Agi Idup Agi Ngelaban".

• Rejimen Semboyan Diraja (RSD) - Sistem Komunikasi Elektronik Persuratan Dan Komputerisasi Dalam Tentera Darat Adalah Tanggungjawab Rejimen Ini.

• Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) - Rejimen Ini Membantu Dalam Semua Fasa Peperangan Menggunakan Alat-Alatan Kejuruteraan Canggih Dan Terkini.

• Rejimen Artileri Diraja (RAD) - Rejimen Ini Mampu Memberi Tembakan Bantuan Dan Senjata Jenis Meriam. Mahir Dalam Bidang Elektronik, Radar Dan Komputerisasi Dalam Mengesan Dan Memusnahkan Pergerakan Musuh Di Udara Dan Darat.

• Rejimen Gerak Khas (RGK) - Pasukan Elit Tentera Darat Yang Dilatih Untuk Berbagai Tugas Khas Menggunakan Pelbagai Peralatan. Rejimen Boleh Digerakkan Melalui Darat, Laut Dan Udara.

• Kor Armor Diraja (KAD) - Beroperasi Menggunakan Kereta Perisai/Kebal.

• Kor Perkhidmatan Am (KPA) - Mahir Dalam Bidang Perkeranian, Kewangan, Pendidikan Dan Perhubungan Raya, Mereka Dilatih Di Institut Awam/Kerajaan Yang Diiktiraf.

• Kor Kesihatan Diraja (KKD) - Bertanggungjawab Ke Atas Hal-Hal Kesihatan Dan Pergigian Anggota Tentera.

• Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) - Bertugas Sebagai Polis Tentera Dan Bertanggungjawab Menguatkuasa Peraturan Ketenteraan.

• Kor Risik Diraja (KRD) - Tugas Perisikan, Geraksaraf Dan Keselamatan Maklumat Dan Material Menjadi Tugas Utama Kor Ini.

• Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) - Menyediakan Bantuan Logistik Dari Segi Kenderaan, Minyak, Makanan, Sajian, Pengangkutan Udara dan Lain-Lain Bantuan Logistik.

• Kor Ordnans Diraja (KOD) - Membekalkan Segala Kelengkapan Peluru, Pakaian, Dan Peralatan-Peralatan Lain.

• Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja (KJLJD) - Kor Ini Membaikpulih Semua Jenis Kenderaan, Peralatan, Jentera Dan Persenjataan.

• Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) - Kor Ini Bertanggungjawab Menerapkan Nilai Islam Serta Penghayatannya Dalam Semua Bidang Dan Peringkat Ketenteraan.

• Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) - Ditubuhkan Kerana Tentera Darat Perlu Berdikari Dalam Kekuatan Udaranya Sendiri Sama Ada Untuk Keperluan Tempur Atau Memusnahkan Musuh.





Brig Jen bersara bantah eksploitasi politik tentera veteran:
http://babe.news/ms-my/read/309500

AZIZ KAPRAWI DAN PUAD SERONOK JADI MACAI

Isu kenyataan atau dakwaan Sultan Johor secara terbuka ke atas sikap dan tingkahlaku mantan MB termasuk Muhyiddin secara langsung telah diperjelaskan oleh Muhyiddin secara surat terbuka kepada Paduka Baginda Sultan Johor.

Muhyiddin memberi penjelasan terbuka atas kapasitinya kini sebagai Presiden BERSATU sangatlah sesuai untuk menjaga kepentingan parti, ahli, penyokong dan komponen pembangkang bagi menjelaskan duduk perkara sebenar.

Penjelasan bukanlah menjurus kepada siapa betul atau siapa salah dan kita tidakpun berminat untuk analisa terus kerana hubungan Sultan dan MB mana mana negeri tidak ada 100% harmoni.

Masing masing ada protokol dan dan keperluan cuma rakyat lebih nak tengok kepentingan siapa yang didahulukan.

Sudah tentu perselisihan pendapat ini mampu diselesaikan oleh kedua pihak tanpa perlu batu api atau yang mahu tumpang tunjuk bagus.

Kesimpulannya, rakyatlah yang paling layak menilai dan bukannya macai murahan.


Kaki lawan,  lawan yang benar. 
Lebih baik dari kaki ampu tapi kalah pilihanraya. 
Dilantik atas ehsan - jadi yess boss seumur hidup


Bagaimana aziz tahu Muhyiddin seperti ayam  yang ekornya bergelumang tahi kalau dia sendiri tentulah kaki jilatnya.. 


BERSATU JANGAN LEMBEK


Ini bukan macam main bolasepak nak pamer jersi cantik atau play safe.

Asal usul pengadil pun kamu dah tahu,  bukan berat sebelah tetapi berat dua dua belah.

Musuh kamu sebenar adalah lanun.

Monday, February 27, 2017

KENAPA ZAHID HAMIDI SAHAJA MAKIN TIDAK RELEVAN



Ketika semua pembesar dan orang kaya kaya umno optimis rakyat menyokong BN dan kembali meraih ²/³ majoriti di PRU, malangnya Zahid pula bersaorangan memberi pandangan yang membimbangkan. 

Adalah wajar Salleh Keruak atau Nazri mengingatkan Zahid supaya tidak menjadi duri dalam daging seolah mempertikai kemampuan Najib untuk MENANG.

Bukankah isu 1MDB telah selesai (?)
2.6 b masuk akaun najib pun dah selesai juga dengan kunjungan raja arab saudi (?)
DOJ pun dah diam (?)
Negara yang pembangkang kata muflis pun belum lagi muflis (?)
GST pun dah berjaya turunkan harga barang seperti kata Ahmad Maslan(?)
Harga petrol menjunam turun hingga ke tahap hampirpercuma (?)
Bangsa Johor pun dah mula benci Mahathir (?)

Apalagi lah agaknya Zahid bimbangkan.. 

Zahid seharusnya belajar dengan pecacai 6.3% bagaimana untuk menipu diri sendiri dan terus bercakap sombong dan angkuh. 



Sunday, February 26, 2017

OTAI REFORMASI MASIH EMO, BELUM MATANG MATANG BERPOLITIK..



Tidak dapat di elak kan untuk blog ini daripada  menyentuh Konvensyen Reformasi 2017 yang hangat diperkatakan kerana Tun Dr Mahathir ditolak secara kasar oleh sebahagian peserta.

Mungkin Tun tidak menjangka sebegitu buruk layanan fizikal yang diterimanya ketika hadir tanpa dijemput.

Tetapi mengetahui dari awal kumpulan tersebut memang masih berdendam dan marah kepadanya,  langkah Tun hadir sangat tepat kerana adalah lebih baik dia berhadapan dengan situasi sebenar daripada mengelak dan berpura pura semuanya akan okay.

Keakraban semula Tun dengan Anwar sejak kebelakangan ini sekadar menunjukan bahawa sikap dan perangai otai otai reformasi berkenaan lebih sudu dari kuah,  emo desperado terperasan hebat.

Kehadiran Tun mengesahkan lagi keazamannya untuk memastikan umno tidak mampu lagi menang di PRU kerana Tun telah pun menjinak kan hampir semua musuh musuhnya satu demi satu.

Kalau mahu dilihat kembali, ejekan dan kutukan segelintir peserta reformasi tersebut masih lagi dianggap biasa dan ringan jika dibandingkan sikap biadap ahli dan pemimpin umno sendiri mengutuk,  memburuk, menghina, memfitnah,  melabel dan menarik balik segala keistimewaanya selaku mantan PM.

Adalah tidak penting siapa Tun di kacamata manusia dan bukan penting pun jika itu pandangan pendedak kerana perjuangan Tun lebih kepada kepentingan menjaga alam kubur dalam istilah perjuangannya.

Lebih lebih lagi semua mereka yang sering mengkritik keras ke atasnya termasuk yang bermotor besar mewah bukanlah golongan yang banyak pun pengaruh atau jasa kepada ugama, bangsa dan negara.







BERSATU KECEK TAK LEPAS, UMNO PUN MUNGKIN MELOPONG

Dalam ketika pecacai nak jentik PAS pun tak berani. 

Dalam masa umno selangor merayu bekerjasama dengan PAS  di Selangor. 

Di saat umno sangat mengharap PAS tidak bekerjasama dengan BERSATU.

Tiba tiba Ku Li kata umno ada peluang rampas kelantan dari PAS. 




Ini kali PAS berhajat nak peluk gunung,  makan keliling. 




Saturday, February 25, 2017

SAKI BAKI PEMIMPIN HAMPEH


Mana nas dan petikan hadith yang dia ni ambik untuk meringankan rasuah dari lain lain dosa besar. 

Bagaimana pula yang menentang rasuah,  apakah mereka itu lebih hina dari yang berjudi dan berzina hingga tidak boleh bekerjasama. 

# Apakah ini proses menghalalkan 90 juta (????)

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...