Saturday, March 4, 2017

MAZA NEXT MB PERLIS

ALANG ALANG DAH JUMPA MAZA,  PAS ADA PELAWA TAK SERTAI PARTI (?)

Dr Asri boleh memilih parti antara BERSATU hinggalah ke PAS untuk menjadi calon pembangkang  pilihanraya akan datang dan paling potensi untuk menang dan paling layak sebagai MB Perlis. 


Umno kena cepat melamar kalau tidak mahu kempunan.

Secara peribadi aku lebih suka Dr Asri join DAP supaya prasangka perkauman,  anti Islam dapat diredakan.

PAS semasa bersama Pakatan telah gagal atas alasan DAP menolak hudud,  tetapi selepas keluar,  di mana hududnya (?)

Tun Dr Mahathir telah membuka jalan dalam kerjasama politik sehingga DAP dilihat lebih sederhana berbanding dulu dan usaha ini (dakwah yang bijaksana) dan sentuhan Dr Asri mampu ke arah yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Friday, March 3, 2017

KALAU TUMPANG BUAT CARA TUMPANG

Raja Arab mai melawat Malaysia,  tiga hari.

Raja Arab pi melawat Indonesia,  dua minggu


dengan rombongan yang lebih besar dan bekalan makanan serta kenderaan sendiri.

Dah tentu bawa petrol sendiri.

Di Malaysia,  yang menjemput Raja Arab adalah Sri Paduka Baginda YDP Agong, apahal lak ada makhluk lain nak tumpang glamour, lebih².

*PAS TERSUNGKUR DI KAKI ASRI


















Kesimpulannya kalau nak ajak
debat,kalaupun dicabar, kalaupun nak disekeh kepala, asal kata namanya umno atau pas  atau kedua duanya sekali tobat lahum kata mat sabu memang kompom "tak jadi".





* Habis tu betul ke PAS tersungkur di kaki Asri,  tak lah,  itu bahasa gurau je.. Bahasa ganu juga kot? 
Maksudnya?  "saya sayang anta"

# wayang
# kesipuan
# pecahtembelang

DEBAT TAK JADI : AJAK BERGULING

Hasrat Mufti Perlih Dr Asri ajak Hadi Awang untuk berdebat tidak kesampaian apabila keseluruhan kepimpinan PAS bersependapat dengan seribu alasan mak nenek.

Rakyat melihat kepimpinan PAS tahu Hadi tidak mampu, habis cerita, tutup kes. Apa sebok lagi nak bising².

Bagaimana ajak berguling di padang merbuk atau jalanraya (?)



Aku pun tak faham sangat le dengan puak PAS dan UMNO ni,  dah banyak kali dicabar berdebat oleh pembangkang. Macam macam alasan menolak. Kenapa tidak terima,  layan, urus dengan baik semua cabaran ini supaya lain kali mana mana pembangkang akan serik. 

Apabila menolak debat,  rakyat melihat sebagai takut dan ada buat salah.  



Thursday, March 2, 2017

BUAT JAHAT DAPAT JAHAT



Bismillah.

99% impian manusia tercapai jika manusia itu bersungguh-sungguh dan gigih berusaha diatas setiap impiannya. Allah itu Maha Memberi.

Dalam hal-hal yang tiada keberkatan pun sama. 

Cuma lepas tu tadah jer lah musibah-musibah yang mennyusul kerana Allah 100% tidak pernah memungkiri janji-janjiNya.

Fikirkan yang baik-baik,  Buat baik. Baiklah jadinya.

#akuejohng

Wednesday, March 1, 2017

WAJARKAH MB JOHOR LETAK JAWARAN..

TERKINI

Pembangkang ramalkan kedudukan Khalid Nordin sebagai MB Johor tergugat.
Ramalan pembangkang selalunya meleset.  !!

Pembangkang dakwa Umno bakal berbalah kerana kes rasuah:
http://babe.news/ms-my/read/309740


*KEDUDUKAN MB JOHOR TERGUGAT*







.....

Isu skandal rasuah yang melibatkan nama baik keluarga usahawan Arwah Hj Bandi yang belum ada pendakwaan dibuat menggegarkan politik Johor dan menjejaskan konsep "muafakat" dan gagasan "bangsa Johor.

Adalah sangat logik Sultan Johor turut murka.

Jika cadangan kepada MB Johor untuk dia turut bercuti atau meletak jawatan,  tentulah bertalu talu pecacai menuding jari kepada lim guan eng dan kesnya.

Bukan sahaja lim guan eng,  Najib pun masih tunggu.

Sudah tentu apa yang berlaku kepada kepada lim guan eng seperti jarak bumi dan langit dengan MB Johor yang langsung tiada isu.

Tetapi atas nama tanggungjawab, kenapa tidak.
Adakah jadi satu kesalahan untuk turut rasa sedih dengan apa yang berlaku kerana ada kaitan dengan exco kanannya dan menawarkan diri berundur.

Pengunduran diri adalah satu sikap yang cukup murni dan boleh membantu kecemerlangan politik umno untuk terus kuasai Johor di PRU.

Kekal MB,  belum tentu umno Johor dapat bertahan.


HAKIKATNYA BERKAWAN DAN BERSELFIE DENGAN ORANG KAYA BOLEH KE SELESAI MASALAH..

Dan hakikatnya kalau bergolok gadai untuk membayar hutang,  itu kerja loklaq namanya.

Kejayaan adalah bilamana sedang berkuasa,  umum berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan tetapi kalau setiap saat,  minit dan jam umum luahkan dengan kejian maki hamun apalah ertinya lagi sebuah jawatan yang masih mahu dipertahankan.

.........

BICARA MUFTI

ALANGKAH BURUK, ZALIM DAN KEJI...

Maka ALANGKAH BURUKNYA seorang Presiden, atau Sultan, atau Raja, atau Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.

Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. 

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. 

Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat.

ALANGKAH ZALIM! ALANGKAH KEJI sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. 

Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Orang seperti ‘Umar bin Al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. 

Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. 

Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. 

Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya.

 Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Dr Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...