Sunday, June 4, 2017

PILIHAN MAHATHIR KERANA TERDESAK KATA MEREKA, BAGAIMANA MEREKA SENDIRI...

Aku tersenyum setiap kali ini tengok ada pihak meroyan sakan,  mencabar dan mendesak sungguh² PH namakan calon PM. 

Bila nama Anwar dicalonkan,  becok sungguh komen. 
Bila Mahathir kata mempertimbangkan... Lagi sakan mereka panik dan meroyan. 
Yang desak nak tahu pun mereka,  lepas tu kata PH  terdesak... Kesian kan

Setiap parti dalam PH mencadang dan memperkenalkan pilihan PM masing² sebagai tanda demokrasi untuk satu alternatif terbaik di kalangan mereka. 

Sangat kesian komponen BN malah umno sendiri pemimpin mereka diikat mulut kaki dan tangan dari mencadang siapa PM terbaik mereka,  bukan mencadang,  menyebut dan memikir calon lain pun rasanya tak boleh. 

Jika BN tidak mampu menyediakan calon PM yang lebih wibawa bagaimana mahu tawan hati rakyat untyk sokong dan undi (?)

Apapun jawatan Ketua Pembangkang selepas tewas PRU14 masih kosong,  BN memang perlu pemimpin lain masa itu sebagai Ketua Pembangkang,  Zahid,  Hishamuddin? Sudi ke tidak.. 




Agak agak berani tak mana mana badot cadangkan nama lain sebagai PM selain Najib... 


Saturday, June 3, 2017

KENAPA PULA PAS SEBOK PASAL. PAKATAN HARAPAN

Siapapun calon PM Pakatan Harapan sekecil kuman pun sudah tidak ada kena mengena dengan PAS..

Macam hidung tak mancung,  pipi disorong

Ampusana ampusini elok kekal bersama umno.




Apakah PAS berkecil hati kerana nama Hadi Awang sepatah pun tidak disebut sebagai calon PM dari pembangkang.. 

CAKAP LAIN, BAYAR LAIN

Lebih tepat bagaimana dan pada siapa diagihkan. 






Di celah celah tu ada pula yang bangang kata DENDAM KALAH.. hakikat bagi mereka,  yang haram jadi halal kalau kena batang hidung sendiri.. 

Perangai dendam,  zalim,  simen dan mungkin tahap jenayah yang lebih serius mungkin sudah jadi amalan mereka. 

Kalau apa yang diilakukan "benar", apa sangat sampai telor kecut nak beri penjelasan. Lagipun di dalam keadaan genting sebegini akan ada penyelamat atau tukang bersih muncul... 

Friday, June 2, 2017

MAHATHIR PM SEMULA HAHAHA

Aku tersenyum apabila Tun memperakuinya kerana semua itu adalah psikologi politik yang mencemaskan musuh... 

Itu baru Tun batuk.. 
Kikikiki

Thursday, June 1, 2017

Wednesday, May 31, 2017

ISU SIVARASA - KENAPA PENGANJUR MEMBISU..

Ucapan rengkas atau ada yang mendakwa ceramah oleh sivarasa rasiah di Masjid An Nur Kg Melayu Subang mencetuskan isu dan kontroversi, diperkatakan mendapat murka Sultan Selangor.

Siapa yang sampaikan dan bagaimana disampaikan kepada Baginda Sultan sudah tentu mempengaruhi (?)
MB sudah mengadap dan sivarasa sendiri dipetik sudahpun menghantar surat penjelasan kepada Sultan Selangor.

Jika terdapat perlanggaran,  kesilapan besar seharusnya datang dari pihak penganjur yang mengaturcarakan program dan bagi sivarasa pada masa itu sekadar memenuhi aturcara majlis atas kepercayaan ia sesuata yang lazim dan boleh.

Sewajarnya pihak berkenaan lah yang patut tampil ke depan mengambil tanggungjawab memperjelaskan kepada Baginda Sultan

Sudah tentu yang hadir sebagai penerima sumbangan adalah saksi sebenar samada sepatah dua kata atau ceramah politik (?)

Isu ini patut ditangani awal dengan bijak oleh JAIS tanpa perlu menghebohkan kerana mencemar imej Islam seolah tiada kesopanan,  toleransi dan harmoni kepada tetamu walaupun bukan Islam.

Ogos 2009, kejadian hampir sama,  ADUN Dr Xavier berucap di masjid Sri Andalas,  Klang atas jemputan AJK Masjid..

Dr MAZA dalam pandangannya meminta Mufti Selangor pada masa itu supaya berfikiran luas terhadap kehadiran orang bukan Islam di dalam masjid selagi ucapan mereka tidak menentang Islam

Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah dalam tangani orang bukan Islam di masjid dan bukannya bersandar kepada logik dan pendapat atau emosi dan nafsu.

Sangat jahat jika ada kesengajaan strategi politik yang menangguk di air keruh.

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...