Sunday, June 4, 2017

SIAPA CALON PM BN SELEPAS PRU14

Rakyat sebelum mengundi nak tahu juga siapa calon PM Barisan Nasional selepas PRU14 jika masih boleh menang. 

Jika Pakatan Harapan mempunyai calon nama nama besar seperti Mahathir,  Anwar, Azmin,  Wan Azizah,   Muhyiddin,  Mukhriz dan ramai lagi yang lebih bersih dan berintegriti sudah tentu cabaran buat BN menamakan pemimpin yang lebih berwibawa. 

PAS sudah tentu menamakan Hadi Awang atau setidaknya Tuan Ibrahin Tuan Man sebagai calon PM mereka,  walaupun nama nama tersebut belum teruji sepenuhnya tapi masih ada potensi dari beberapa sudut. 

Nama calon PM mesti dimasukan dalam manifesto parti masing² supaya rakyat boleh membanding dan menilai rekod² mereka... Sudah sampai masanya rakyat perlu lebih serius dan menolak pemimpin atau calon PM yang banyak menyusahkan rakyat. 

Calon PM mesti tiada unsur dan sindrom pekak dan bisu dengan masalah dan persaolan rakyat. 

Kesukaran mencari dan menamakan calon setanding PH dan PAS adalah masalah besar yang dihadapi BN sekarang.. 



PILIHAN MAHATHIR KERANA TERDESAK KATA MEREKA, BAGAIMANA MEREKA SENDIRI...

Aku tersenyum setiap kali ini tengok ada pihak meroyan sakan,  mencabar dan mendesak sungguh² PH namakan calon PM. 

Bila nama Anwar dicalonkan,  becok sungguh komen. 
Bila Mahathir kata mempertimbangkan... Lagi sakan mereka panik dan meroyan. 
Yang desak nak tahu pun mereka,  lepas tu kata PH  terdesak... Kesian kan

Setiap parti dalam PH mencadang dan memperkenalkan pilihan PM masing² sebagai tanda demokrasi untuk satu alternatif terbaik di kalangan mereka. 

Sangat kesian komponen BN malah umno sendiri pemimpin mereka diikat mulut kaki dan tangan dari mencadang siapa PM terbaik mereka,  bukan mencadang,  menyebut dan memikir calon lain pun rasanya tak boleh. 

Jika BN tidak mampu menyediakan calon PM yang lebih wibawa bagaimana mahu tawan hati rakyat untyk sokong dan undi (?)

Apapun jawatan Ketua Pembangkang selepas tewas PRU14 masih kosong,  BN memang perlu pemimpin lain masa itu sebagai Ketua Pembangkang,  Zahid,  Hishamuddin? Sudi ke tidak.. 




Agak agak berani tak mana mana badot cadangkan nama lain sebagai PM selain Najib... 


Saturday, June 3, 2017

KENAPA PULA PAS SEBOK PASAL. PAKATAN HARAPAN

Siapapun calon PM Pakatan Harapan sekecil kuman pun sudah tidak ada kena mengena dengan PAS..

Macam hidung tak mancung,  pipi disorong

Ampusana ampusini elok kekal bersama umno.




Apakah PAS berkecil hati kerana nama Hadi Awang sepatah pun tidak disebut sebagai calon PM dari pembangkang.. 

CAKAP LAIN, BAYAR LAIN

Lebih tepat bagaimana dan pada siapa diagihkan. 






Di celah celah tu ada pula yang bangang kata DENDAM KALAH.. hakikat bagi mereka,  yang haram jadi halal kalau kena batang hidung sendiri.. 

Perangai dendam,  zalim,  simen dan mungkin tahap jenayah yang lebih serius mungkin sudah jadi amalan mereka. 

Kalau apa yang diilakukan "benar", apa sangat sampai telor kecut nak beri penjelasan. Lagipun di dalam keadaan genting sebegini akan ada penyelamat atau tukang bersih muncul... 

Friday, June 2, 2017

MAHATHIR PM SEMULA HAHAHA

Aku tersenyum apabila Tun memperakuinya kerana semua itu adalah psikologi politik yang mencemaskan musuh... 

Itu baru Tun batuk.. 
Kikikiki

Thursday, June 1, 2017

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...