Thursday, January 4, 2018

AZMIN CALON KEJUTAN


Berdasarkan perakuan Anwar http://www.keadilandaily.com/amanat-anwar-menjelang-konvensyen-pakatan-harapan/, penamaan calon PM Pakatan Harapan tidak akan menghadapi apa² pertelagahan malah Tun sendiri berjanji akan akur dengan keputusan empat parti.

Calon teratas paling layak elok dinamakan Tun sebagai PM dan Anwar sebagai Timbalan.
Calon layak yang paling sesuai elok dinamakan Muhyiddin sebagai PM dan Azmin sebagai TPM.
PH jika ingin membuat kejutan boleh namakan Azmin sahaja sebagai calon PM.

Siapapun yang dinamakan, Regim parti najib dan parti hadi sudah tentu akan mengorek dan menyulitkan calon tersebut dan dipalitkan dengan pelbagai tuduhan dan skandal  hingga nampak buruk, huduh dan hina. Itu tidak dapat dIelakan.

Sebab itulah calon yang paling tahan dan kalis peluru adalah Tun Dr Mahathir dan kelayakannya bertambah kerana mampu jawab dan membalas balik semua tuduhan.
Tiada kepentingan diri, tiada korup dan tiada skandal kecuali yang akan direkacipta...
Kelayakan berganda kerana berani disiasat, ditangkap, didakwa dan ke mahkamah..

Perjuangan Tun sekadar mengisi saki baki usia mencari keredhaan PenciptaNya... sanjungan manusia dari rakyat, pemimpin atau sultan bukan yang dicarinya.

Apapun PH tidak ketandusan calon.




SURAT TUN DR MAHATHIR KEPADA UTUSAN ..

Pelbagai bentuk serangan termasuk laporan polis dibuat oleh pemuda umno dan umno pulau pinang ke atas Tun Dr  Mahathir kerana mahu menggulingkan PM,

Rakyat berharap PDRM bersabar dalam menghadapi kerenah dari regim yang desperado dan takut bayang² sendiri.

Ada berjuta lagi netizen yang sebenarnya menunggu untuk melucutkan jawatan PM dari najib dan tarikh itu akan ditentukan oleh najib sendiri mengikut perlembagaan.

Begitu juga diviralkan Tun mengkafirkan Hadi ??? Hakikatnya Tun hanya mengulas semula amanat Hadi 1981 yang kini dijilat semula oleh Hadi..

Tanpa segan silu dan tiada rasa takut, mereka spin semata mata sekadar ingin meraih sokongan dunia...cukup palat.






# admin tidak dapat kenalpasti kesahihan surat tersebut.

Wednesday, January 3, 2018

ORANG UMNO, BEKAS ORANG UMNO MEMANG TAK BERSELERA PUN DENGAN PAS...


Kalau umno tak serang pas, jangan pula di anggap orang umno akan sokong dan undi pas secara ikhlas di hati.

mantan umno yang sudah sokong PH lagi lah tentu lari bila sebut nama pas.

PAS tak perlulah complain kalau Tun serang mereka, kalaupun lebih banyak dari umno, sememangnya pas lebih teruk dari umno..bukan sekarang sejak dari dulu.

Umno terhegeh hegeh mesra pas semata mata kerana terdesak, terpaksa untuk memastikan undi penyokong pas tidak lari kepada PH. UMNO sangat memerlukan tiga penjuru. Perpaduan umah bagi menyedap telinga penyokong.

Semua itu ini pemimpin PAS tahu.... UMNO dah insaf dan perjuangan dah sokong perjuangan Islam (RUU355) kata PAS bagi menyedap hati penyokong.

Najid bugis  jual melayu, hadi jual ugama, mufti membisu - memang ngam.

Umno tahu jika tiga penjuru, kemenangan adalah miliknya dan PAS juga sedang pasang angan, menang lebih 40 kerusi, umno akan melutut UG dan Hadi Awang jadi PM.. Kalau Hadi terlalu tua, yang paling layak adalah Nik Amar.

Zahid dan Tuan Ibrahim, senasib - kebetulan mereka kalah!!!!!

Sebagai mantan umno, bukan sesuatu yang asing bila PAS diserang, bukan tak ada sebabpun. Bila ada perkhabaran Tun dicalonkan PM semula, apa kata PAS - senada dengan umno "kutuk Tun".
Bila kena serang balas dengan Tun memanglah huruhara macam dilanda ribut...

Hadi awang dan pas adalah pengkhianat, betul sekali dan tepat.

Istilah mudah...jangan jolok sarang tebuan !!!


Lesson 3. Check ur fact before u attack.


PRU SELEPAS PERSEMPADANAN !!!

Menyusup masuk ke jentera pilihanraya umno di peringkat negeri dan mendengar sendiri dengan mereka yang terlibat..

PRU jangka Mei atau semestinya selepas persempadanan semula diwarta dan akan digunapakai untuk memastikan BN menang dua pertiga majoriti..

Jika di adakan sebelum persempadanan semula, BN masih boleh menang tanpa pasti dua pertiga.

Setiap Bahagian sekarang sedang mengenalpasi atau lebih tepat membuat bajet pengagihan dan pembelian - jumlah no problem - janji menang.
Sekarang ditahap delivery strategi.

UG dengan PAS hanya selepas PRU kerana umno memerlukan tiga penjuru.

Keseluruhannya NO WAY PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANG.




# ??





Tuesday, January 2, 2018

MUSUH UMNO..DEPAN MATA

Pencalonan semula Tun sebagai PM sangat menggugat umno. Itu mampu menyebabkan PH bukan sahaja menang tetapi menang besar dan yang kalah besar adalah umno.

Pencalonan semula Tun sebagai PM akan mengkucar kacirkan kesetiaan ahli umno kepada Najib..
Rakyat juga akan lebih yakin dengan PH.
Track rekod kejayaan 22 tahun adalah sandaran Tun kepada rakyat dan ia tidak mudah dipadamkan sekadar pembohongan dan fitnah yang cuba dilakukan terhadap Tun.



Segala cubaan perlu dibuat atas dua perkara terkini terbesar..
Membatalkan pendaftaran BERSATU atau tidak meluluskan  pendafaran PH dan 
Menggagalkan usaha mencalonkan Tun sebagai PM semula.

Jika kedua-duanya gagal dihalang, umno akan menerima malapetaka besar.

KJ SANJUNG TUN



Apa kata Kj...

https://www.bnbbc.my/ketidaktentuan-politik-jika-rakyat-pilih-pembangkang/

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1424033

Klik link dan bacalah.. Nilai tahap pemikiran sayap pemuda regim najib.

Apa yang mahu diulas adalah keyakinan umno bahawa PH mampu menang dan membentuk kerajaan baru - itu sesuatu yang cukup penting sebab Kj pernah memberi amaran supaya umno tidak memperkecilkan keujudan BERSATU dipengerusikan Tun.

Atas keyakinan itu Kj cuba menggambarkan pencalonan Tun sebagai PM akan menggugat kestabilan politik kerajaan baru PH hingga menakutkan pelabur - sekali lagi Kj menggambarkan kemampuan Tun mengemudi PH membentuk kerajaan baru.

Tidak pula Kj sebut atau sedar bahawa di kalangan pemimpin kerajaan baru, mereka berebut rebut menamakan pemimpin² kerajaan lama yang korup untuk ditangkap, disiasat, didakwa...
Bukankah nama Kj juga bakal disebut pada kes korup Kementeriannya sendiri dan adakah itu yang sebenarnya ditakuti (?)

Jika sikorup dan pengkorup dibersihkan, apakah itu akan menakutkan pelabur (?)




Monday, January 1, 2018

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BERSATU TIDAK SAH (?)

Begitulah yang dianginkan oleh beberapa suara termasuk yang keluar dari BERSATU dan mereka menggesa ROS bertindak.

Antara sebab yang dikatakan tidak sah adalah berkaitan cawangan dan bahagian yang belum atau tidak mengadakan mesyuarat agung cawangan.

Agak sukar untuk dipercayai PAT itu tidak sah memandangkan mereka mempunyai beberapa peguam dan cerdik pandai undang² untuk memberi nasihat pandangan.

Dari carian google juga tidak kedapatan hujah² bernas atau ulasan berhubung PAT yang tidak sah.

Adakah ia sekadar suara iri hati melihat BERSATU tetap kukuh dan segar sedangkan umno sudah dilayang kad merah.






𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...