Wednesday, February 14, 2018

REFORMASI³ LAWAN TETAP LAWAN


Rafizi: Thanks for the encouragement Dr M, I don't intend to slow down

Published: 12 Feb 2018, 5:43 pm     Modified: 12 Feb 2018, 6:09 pm

Rafizi Ramli has expressed gratitude for the words of encouragement from Dr Mahathir Mohamad with regard to the Shah Alam Sessions Court imposing a 30-month prison sentence on him.
The PKR vice-president also vowed that the verdict would not discourage him from speaking out.
“I am grateful that Tun M (Mahathir) took some time to wish me despite his own health condition.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412028#eIEU4dz2m3uiCQBa.99


Jika di awal politik, penjara akan jadi guru yang paling baik, jika di akhir politik, penjara akan jadi kawan paling setia.

Bukan semua orang boleh kawal diri sedar diri seperti Tun bila dipuncak kuasa dan berundur ketika paling berkuasa.

Apabila pembangkang menawarkan selamatkan Malaysia, menambah baik kehidupan rakyat sewajarnya satu usaha yang murni dan kerajaan yang sedia ada, kena sedar bahawa apa yang mereka lakukan tidak cukup.


# harga petrol turun 12sen - nampak sangat "harga politik" untuk beli undi cina -  politik murahan regim terdesak.

Tuesday, February 13, 2018

UMNO KINI SESUAI UNTUK ORANG KAYA

Seperti MCA parti orang kaya, kini umno mengikut jejak...

Selepas lebih 50 tahun berjuang mengisi kemerdekaan dan memajukan orang Melayu, tidak boleh dinafikan kejayaan dan jasa umno itu terutama di era Tun Razak dan Tun Mahathir.

Jika kini umno fokus kepada gaya hidup mewah, moden dan maju sudah tentu tepat pada masanya. Melayu yang malas, Melayu subsidi akan jadi Melayu yang tertinggal. Jangan salahkan umno.

Jangan kata kerajaan pekak bisu buta, bukankah kekayaan kerajaan umno
tetap prihatin menjalankan tanggungjawab pada si miskin. BRIM telah menyelesaikan hampir semua isu rakyat, bonus kepada penjawat awam dan peneroka, tidak ada seorang pun tercicir.

Kesejahteraan telah ditunjukan dengan angka ekonomi yang diiktiraf dunia.

Melayu kaya yang masih simpati dan mahu membantu pada melayu miskin dan melayu miskin yang mahu terus memperjuangkan diri sendiri dan majoriti nasib anak bangsa boleh pilih sokong parti pakatan Tun.




# aku rasa kali ini dapat memuaskan hati suharli masrop

APA HUKUM UNDI APCO... (3)




Kalau Tun kritik umno, itu memang dah biasa..tapi kalau sampai Muhyiddin pun dah boleh perleceh umno, nampak sangat parti tu makin lekeh.. 
Bila habis hujah nak pertahankan...last sekali mulalah keluar fitnah skandal sex...standard skema modus operandi..

Monday, February 12, 2018

APA HUKUM UNDI APCO.. (2)


Kemaskini:
Dulu puak pas fitnah Tun hina Nabi, sekarang puak pecacai umno jadi pak turut fitnah tersebut, jangan jadi kaldai sampai mati tanpa sempat mohon maaf, baca di Sini

...............

Posting awal:

Perkara pokok yang menghantui kerajaan dan umno sekarang adalah beberapa isu teras yang menjadi dasar dan pegangan mereka, salah pegang, salah urus, rosak dan binasa..

1MDB
Kleptokrasi
APCO
Felda
GST
Petrol tanpa subsidi dan salahguna mekanisme harga mingguan (minyak dunia makin turun, minyak di Malaysia makin naik !!!)
Korup
Salahgunakuasa
Ketua Pesuruhjaya SPRM (?)
Ketua Polis Negara (?)
Peguam Negara (?)

Banyak lagi isu isu lain yang digabungkan menjadi pertikaian dan persoalan rakyat dan semua ini diambil kesempatan oleh pembangkang sebaai senjata perjuangan dan kempen mereka.

Jika tanpa isu, apakah pembangkang sekuat dan begitu berpengaruh seperti sekarang (?)

Jika seuatu itu bukan isu yang rakyat bangkitkan , pembangkang no way boleh mendapat faedah darinya.

BRIM sebagai contoh walaupun ada baik buruknya tetapi oleh kerana majoriti rakyat bersetuju dan memerlukannya, pembangkang tidak boleh mengenepikan begitu sashaja malah turut bersetuju untuk meneruskannya jika menjadi kerajaan kelak dengan sedikit baikpulih.

Apa yang umno hadapai sekarang adalah berhadapan dengan rakyat, pembangkang sekadar alat rakyat untuk menentang kerajaan.

Tidak perlu takut sangat dengan Tun atau Anwar, tidak perlu main isu basi isu bodoh tentang DAP tetapi berhadapan dengan rakyat untuk menjawab tentang semua isu yang dibangkitkan. Apa solusinya (?)

Projek billion demi billion yang diumumkan kerajaan sekadar menakutkan lagi rakyat bahawa peluang mega korupsi juga turut berada di sana.
Pembangunan, pengukuhan dan perkembangan ekonomi sekadar angka tetapi rakyat dibawah bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.







Alfatihah..

APA HUKUM UNDI APCO..


Terlanjur lobai² pas dan mopti² tunjuk contoh, menganjur dan ajar kita berhukum..

Tanya jer...








KOMEN TERDAHULU


Setuju 100%.

DAP tak perlukan undi Melayu untuk menang di kawasan mereka bertanding sebab DAP hanya bertanding di kawasan overwhelming majority (80% ke atas) adalah bukan Melayu. 

Jangan nanti ada mufti keluar fatwa mengundi PPBM adalah haram pulak apabila baru tersedar DAP tak perlukan undi Melayu. 

PPBM seperti juga UmNo memerlukan hanya undi solid Melayu sahaja untuk menang, tetapi PPBM mempunyai undi bonus dari kalangan bukan Melayu. 

Aduuuuh, apa aku dok merepek buat kiraan susah-susah ni. Buat congakan mudah sudahlah. 

Camni:-

UmNo telah mengambil zionis APCO menjadi penasihat. Maka hasilnya pastilah sama dengan hasil Yahudi dan Nasrani yang terlibat dgn Zionist. 

Simple congakan, tidak sampai 20% Yahudi di dalam dunia yang bukan Zionist dan tidak sampai 20% Nasrani dalam dunia yang terlibat Zionist (sebab tu Donald Trump si Zionist Nasrani ini tewas dalam cubaan mendapat sokongan daripada negara-negara Nasrani untuk mengikitraf Baitul Maqdis sbg Ibukota Israel). 

Maka jumlah -20% ini jugalah yang akan menjadi hasil UmNo kelak. 

Kesimpulan mudah ialah apabila pertembungan berlaku jumlah orang-orang Melayu yang masih memihak kepada UmNo dan PAS (sekutu UmNo dalam diam) tidak akan melebihi 20% pun. Maka kedua-duanya pasti tewas. 

Macam kenyataan bro KD, saya juga mahu katakan tak nak percaya pun tak apa. Ini congakan saya saja.

Tak lama mana dah pun untuk melihat.



They say scandals during Mahathir era were much much worst. Bank Negara lost 31 billion playing forex, Bank Bumiputra, Perwaja, etc. Oh really?

- At least during Mahathir’s time we didn’t have to sell lands to foreigners to pay debts.

-During Mahathir’s time, we didn’t have to sell power plants to foreigners to pay debts. What else we want to sell after this? Water treatment plant? Sewage treatment plant?

-During Mahathir’s time, Bank Negara didn’t have to pay billions just to acquire gomen land for their training facilities. If Bank Negara needed land, or other gomen agencied needed land, the gomen would found and gave the land with nominal fee.

-During Mahathir’s time, gomen companies duly tendered their yearly audited accounts without fail. SSM rules and regulations applied to all registered companies. Gomen’s owned ones are not exluded.







Realitinya Malaysia sebuah negara majmuk dan dimajukan oleh semua kaum.
Ada pembahagian dan perkongsian kuasa.
Bagi mereka yang buta dengan Perlembagaan Negara, sentimen basi, perkauman didendangkan untuk tembolok sendiri.

Islam tidak menghalalkan Melayu mengkhianati Melayu dan Melayu menjual ugama.




Sunday, February 11, 2018

KALAU SETUJU 7 PERKARA, NEGARA AMAN..

1. Di atas kertas, di semenanjung, mca dan mic serta gerakan akan tewas semua kerusi kerana tidak seorang pun Melayu dan Islam akan mengundi mereka - hukumnya haram - setuju?

2. DAP menang atas sokongan pengundi cina 100%,  DAP tidak memerlukan pun undi Melayu dan Melayu pun tidak akan undi DAP - haram - setuju?

3. PAS boleh letak calon  menentang DAP, MCA sebagai tiga penjuru dan kalau semua minoriti Melayu itu undi PAS, pun tidak akan menang - kalau PAS letak calon bukan Islam - Melayu tidak akan undi, haram - setuju?

4. Melayu di kawasan yang hanya ada dua penjuru, DAP lawan MCA@MIC@GERAKAN - Melayu sudah tidak perlu keluar mengundi - setuju?
5. Jangan ada mana² parti Melayu mahu jadi barua berkempen - setuju?

ISU SELESAI.

6. Bagi tiga penjuru di mana calonnya semua Melayu Islam antara PH, BN dan PAS.. Tak usah gaduh, pilihlah mana² satu, undi adalah rahsia - setuju?

7. Bagi yang bukan Melayu dan Islam - terpulanglah kepada mereka nak sokong dan undi siapa - setuju?

ISU SELESAI.

Terima keputusan rakyat secara berlapang dada.


# Setuju atau tidak, komen sekadar untuk diri sendiri sahaja, tak perlu nak pertikaikan keputusan orang lain.

KENAPA MELAYU KENA UNDI DAP





Seruan umno supaya pengundi Melayu tidak undi DAP apa sebabnya (?)
Secara am mereka buat fake news DAP itu anti Melayu dan anti Islam..mana buktinya ? Bukankah anti Islam dan anti Melayu  itu melanggar undang-undang dan Perelembagaan, kenapa tiada tindakan PDRM (?) ROS boleh batalkan DAP atas alasan tersebut...

Bukankah itu boleh diistilahkan menderhaka kepad Sultan dan Raja-Raja Melayu..

Jika DAP anti Melayu anti Islam yang diistilah kafir harbi, rakyat Islam Pulau Pinang sudah tentu paling cepat hidu dan kesan, membuat laporan dan bantahan dan sudah tentu akan ada huru hara !!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa tiada sampai sekarang .
Apakah orang Melayu Pulau Pinang kurang patriotik dan kurang Islamnya berbanding dengan negeri-ngeri lain.

Sudah berapa kali Paklah complain pasal DAP kepada kerajaan ???




Cerita sebenar: Rakyat menunggu siapnya terowong bawah laut 2027, satu legasi lim guan eng yang sangat dicemburui umno !!!

Satu dunia pun tahu calon umnopas tidak akan bertanding melawan calon DAP di kawasan majoriti bukan Melayu dalam semua PRU yang lepas dan akan datang, jadi apa sangat umnopas sebok dan takut Melayu undi DAP???

Yang akan bertanding lawan DAP di semenanjung adalah MCA untuk kawasan majoriti cina  dan MIC lazimnya di kawasan yang taburan kaum Indi agak ketara. Hakikatnya calon BN tersebut menang atas undi orang Melayu dan inilah sebenarnya umno mahu Melayu tidak mengundi DAP. 

Siapakah yang jadi barua MCA dan MIC sejak awal lagi berkempen ???

Antara MCA, MIC dan DAP tidak satupun mesra Melayu mesra Islam, semua tolak RUU355 dan sebab MCA dan MIC tidak setuju, umno ketar lutut nak bentang di parlimen dan kembalikan kepada PAS.

Kenapa Melayu perlu tolak dan tidak undi MCA dan MIC termasuk tolak sekali PAS..
Sebab mereka anti akhlak Rasulullah..
Mereka menyokong kleptokrasi..
Sekaligus kita semua wajib tolak umno.
Harus undi DAP kerana parti tersebut tidak sokong kleptokrasi..

TAHUKAH ANDA LIM KIT SIANG PERNAH BERSAMA PM LAIN SELAIN TUN 
Shahrir mula rasa tergugat untuk Parlimen JB..

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...