Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Di mana tali...

Kesilapan sudahpun dilakukan oleh semua pemimpin Melayu dari semua parti, perjuangan yang bercampur baur dengan kepentingan peribadi melampau dalam soal kuasa dan harta.

Sejarah menunjukkan bangsa tidak akan berpecah sekadar isu bangsa tetapi yang paling memburukkan keadaan dan kesilapan ialah ulama politik yang mempergunakan Islam sebagai pemecah bangsa dengan perbezaan pendapat dan fatwa merasuk.

Hari ini musuh telah mengetahui bangsa Melayu penganut Islam terbesar di Malaysia akan lebih mudah dipecah, dipatah dan diratah dengan perbezaan pendapat dan fatwa melalui ugama.

Bangsa Melayu yang sudah sesat jauh hanya mampu berpatah balik dan bersatu jika kembali kepada ajaran Islam sebenar, berpegang kepada tali Al Quran dan Hadith ketika berpecah belah.

Ulama dan gerakan sesat perlu diperangi dengan tegas, tanpa takut dan tanpa berlengah lagi. Dalangnya mesti dihapuskan.

Ini hanyalah harapan kerana ia tidak mungkin berlaku dalam keadaan dan ketika kerajaan tidak mempunyai cukup integriti yang tinggi, tidak cukup berani dan Perdana Menteri sendiri sebagai Presiden partinya yang sudah lari dan hilang perjuangannya.


Kelemahan dan kelembekan pihak berkuasa dalam tangani BERSIH DAN PESAINGNYA yang belum menentu noktahnya cukup meresahkan rakyat atas sikap dan kemampuan kerajaan sebenar, malah gerakan itu semakin berani.

Bagaimana nanti kalau gerakan itu menjadi semakin besar seperti Baju Merah di Thailand atau seperti di Asia Barat - rakyat juga yang akan menderita kesudahannya.

KOTOR YANG BERANI

Semakin lara kita didera pura pura
kita laungkan juga pesan puteri cina
Aksi seranjang mentari
Nafsu menjual maruah diri.

dendam peribadi—cita-cita luka;
Impian peribadi—putrajaya lara.
Aksi yang curang, kita cemuhi;
suara nafi yang utuh, kita sangsi!

1 abad lalu penternak ayam berseru:
Bunuh anak ayam untuk kekal harga
Soal kebajikan hanya drama,
Isle hanya unggun api membakar kalbu.

Kini terserlahlah busuk hati itu;
kini merebaklah benih syaitan dan hantu.

X Selamat Said



SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...