Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

Suara sumbang...


Suara Ketua Pemuda tidak diiktiraf..

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahukan ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi, Najib berkata;

‘‘Kita menjauhkan diri dengan pilihan raya kecil berkenaan. Keputusan UMNO, kita tidak terlibat dengannya.

‘‘Apa sahaja tindakan yang diambil ia adalah di peringkat individu. Parti tidak mengambil apa-apa pendirian. Kita tidak terlibat sama sekali,’’ .

Katanya, sebarang saranan ataupun gesaan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO mengenai Pilihan Raya DUN Penanti, ia adalah pandangan peribadi.

Tuesday, April 14, 2009

Muhyiddin kena serang..



Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO diserang bertubu tubi dalam kenyataannya berkaitan isu kaum China dan India yang tidak kenang budi di pilihanraya kecil - di mana UMNO dan Melayu untuk mempertahankan Muhyiddin, di mana Pemuda UMNO yang setiakawan. http://anwaribrahimblog.com/2009/04/14/cina-india-bukan-peminta-sedekah/

Monday, October 6, 2008

Tokoh yang ditakuti KJ..

Mukhriz dan Khir Toyo bukanlah calon yang sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan Ketua Pemuda, mengikut kata orang kuat KJ, sebenarnya KJ lebih risau kepada seorang lagi calon wibawa yang berasal dari Negri Sembilan kerana bukan sahaja keintelektualannya sama hebat dengan KJ malah sering mempunyai idea hebat ketika berpidato.

KJ akan kalah badi kalau tokoh muda ini turut dicalonkan kerana pada setiap majlis yang dihadhiri oleh tokoh muda ini, ribuan akan menghadhirinya, malah pernah dalam satu majlis, walaupun hujan lebat turun, tetamu masih tidak berganjak dari tempat duduk.

Teori RAHMAN yang dikaitkan N dengan Najib mungkin tidak menjadi kenyataan jika tokoh muda ini dapat diketengahkan kerana namanya juga bermula dengan huruf N, dan ini sekaligus boleh memusnahkan harapan KJ untuk menjadi PM yang termuda. Setakat ini tokoh muda ini belum mengumumkan keputusan untuk bertanding untuk mana mana jawatan.

Dari sumber yang rapat, ASTRO mungkin bersedia menaja tokoh pemuda ini untuk maju jauh lebih ke hadapan dan ini sekaligus media ASTRO akan digunakan sepenuhnya untuk memaparkan tokoh ini ke peringkat yang lebih nasional dan global dan ini merupakan tamparan hebat kepada sesetengah pihak.

Mampukah KJ berhadapan dengan tokoh pemuda ini, apa kaitannya dengan Rais Yatim ? Bahagian manakah yang akan mencalonkan pemuda ini.

WAlaupun pemuda ini tidak pernah melibatkan diri dalam politik selama ini, tetapi beliau cukup popular sekarang, kita harap Nabil akan terus maju di bidangnya dan tidak menjadi takutan dan batu penghalang kepada KJ.

hehehehehehe

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...