Rata rata rakyat kurang menyokong UMNO dan BN lebih kepada pandangan dan  kepercayaan umum dan persepsi UMNO/BN itu rasuah dan kroni, hakikatnya  parti lain pun sama malah lebih teruk lagi kalau mahu dikupas.
Lihat PKR dan DAP - parti anak beranak dan menantu. Malah belum beberapa  hari memerintah, DAP yang terpalit dengan isu rasuah di Selangor  bersebab kematian beng hock belum dapat dijawab dengan meyakinkan hingga  hari ini.
Begitu juga dengan pembohongan dan putar belit DAP dalam isu perhimpunan kristian di Pulau Pinang yang masih disiasat polis.
DAP juga dengan jelas membawa isu perkauman di Sarawak kerana terdesak untuk menang di sarawak.
Anwar yang dilibatkan dengan video seks sewajarnya berehat dan berusaha  membersihkan dirinya secara serius untuk menjaga nama baik parti.
Azizah dan Nurul selaku Presiden dan Naib Presiden sewajarnya juga  bertindak berkecuali dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan tetapi  sebaliknya berkongsi mempertahankan anwar. Apa sangatlah yang mereka  tahu untuk mempertaruhkan masa depan parti dengan menyokong anwar secara  membabi buta.
Hanya tinggal beberapa isu biasa dan semasa yang ketara untuk kerajaan  atasi seperti permasalahan kenaikan harga barang. Itupun ada pendapat  yang menyatakan kenaikan harga barang adalah disengjakan oleh pedagang  cina untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, ada logiknya? Isu  pengangguran dan ketirisan antara beberapa perkara lain utama yang  perlu diberi perhatian. Isu besar lebih kepada perpaduan yang menipis di  mana 1Malaysia dianggap gagal malah sebaliknya menjadi faktor kepada  mengujudkan pula perselisihan baru kerana salah tafsir dan definasi  masing2. Satu mekanisme baru perlu dicari, masih belum terlambat.
Kerajaan wajar menjadikan pembangkang sebagai rujukan untuk  mengenalpasti isu ketidakpuasan rakyat. Beri perhatian segera dan serius  kepada semua permasalahan yang diutarakan oleh pembangkang. Isu isu ini  ada kebenarannya apabila dimainkan oleh pembangkang untuk meraih  sokongan rakyat dan dalam masa yang sama isu ini membuatkan kerajaan  dilihat zalim dan tidak efisien.
Kerajaan hanya perlu mengambil semua pendekatan menyelesaikannya dan  jika ada yang tidak dapat diselesaikan segera atau sesuatu yang mustahil  dan karut, penjelasan terperinci dan berfakta perlu dibuat supaya  rakyat faham.
Tuduhan secara am kepada pembangkang  tidak memberi kesan kepada rakyat.  Jemput pakar dalam bidang yang relevan untuk membantu kerajaan memberi  penerangan. Mereka perlu mengupas semua isu dan jemput pandangan luar  serta berdialog mencari titik persamaan dan penyelesaian.
Menteri dan pemimpin jangan terlalu banyak bercakap secara langsung tetapi lebih kepada perlaksanaan mengatasi rungutan rakyat.
Jika kerajaan mengambil tindakan proaktif, segera dan berkesan, lama  kelamaan pembangkang sudah kehabisan peluru untuk menyerang dan  menyalahkan kerajaan dan rakyat akan menilai dan melihat suara dan  rungutan mereka di ambil perhatian dan tindakan.
Jika pembangkang melaungkan soal rasuah, kerajaan patut menjemput dan  meminta mereka membuat aduan rasmi dan memberi bukti2..Semuanya mesti  telus dan terang. Biar pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan.  Parlimen pula memantau semua ini sebagai tanda kerajaan dan semua pihak  serius dalam membasmi rasuah.  Sikap menafikan secara am oleh kerajaan  dilihat sebagai kerajaan bersekongkol dan melindungi pihak tertentu.  Tindakan juga wajar dikenakan secara automatik kepada pemberi rasuah  jika yang menerima rasuah didapati bersalah oleh mahkamah. Tindakan juga  kena di ambil kepada yang membuat tuduhan palsu dan kurang berasas.
Sejauhmana kerajaan dapat memahami situasi ini?!
Showing posts with label pembangkang dan kerajaan. Show all posts
Showing posts with label pembangkang dan kerajaan. Show all posts
Wednesday, May 25, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
