Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

Selingan Panas

Kecoh di Bangunan Parlimen:
Pemuda Selangor hanya mendekati Karpal untuk menjual insuran mulut - apa yang nak dihebohkan sangat - pelik le puak ni...

Penggunaan nama Allah oleh Herald:
Jika Syed hamid memerlukan modal untuk bertanding Naib Presiden, ahli UMNO sanggup melancarkan 'Dana Kewangan' untuknya.

DUN di Perak:
Mesyuarat tergempar 4hb March - Rampasan Kuasa Halal.

Thursday, February 19, 2009

EGO POLITIK

Galak betul sesetengah pihak mahukan DUN Perak dibubarkan - macam negeri tu mak bapak dia punya, ini lebih kerja batu api dan orang luar - rakyat Perak dan orang kampong majoritinya tidak merasakan itu keperluan utama dalam kehidupan harian mereka sekarang.

Bubar dan mengadakan semula pilihanraya bukan satu jaminan BN atau Pakatan boleh menang DAN yang lebih penting pembaziran masa, tenaga, wang dan sumber sekadar untuk memuaskan 'ego politik' masing2...

Selepas pilihanraya, akan ada cerita baru, akan ada fitnah baru, akan ada cerita beli baru, akan ada lompat baru, akan ada petisyen baru, akan ada kes mahkamah baru, akan ada rampasan baru - begitulah psuingannya.

Selesaikah kekusutan kalau manusia manusia di kedua dua pihak itu masih ujud dan dibenarkan 'berpolitik secara binatang.

Saturday, February 14, 2009

Awas....calon menantu orang Perak..

Durian Perak memang terkenal dengan kelazatannya, kucing tidoq, durian tembaga ...tapi tu dulu laaaa..

Sejak dua menjak ini aku dah berpesan pada pak pak menakan kalau hampa dapat calon menantu orang peghak kena preksa dulu asai usui kot kot terkena waris dan baka penderhaka...

Orang peghak kini lebih terkenai dengan negeri yang ada lebih dua MB, ada bekas MB, ada MB haram dan ada MB halal.

Selain dari itu depa juga ada dua sultan, satu yang pakai tengkolok dan satu lagi yang pakai turban....

Agak agaknya depa bangga kot dapat sultan baru, sultan yang berturban.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...