Showing posts with label Malaysia. PM.. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. PM.. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara


Ucapan dan pandangan Ku Li sangat baik untuk kerajaan (sekarang dan akan datang) untuk memikirkannya secara serius, sebarang penolakan atas apa jua alasan bukanlah 'jawapan terbaik' buat masa ini.

Cuma kuasa di mana dan apa yang perlu dikurangkan serta kaedahnya itu wajar diperhalusi dan diperbahaskan dan tempat yang paling sesuai ialah di parlimen sebagai tempat terakhir pemutus kata.

Secara tidak langsung pemusatan kuasa PM dan Peguam negara wajar dikembalikan ke Parlimen setakat mana yang difikirkan perlu.
Sebelum itu wajar dijadikan diskusi ilmiah di peringkat universiti begitu juga dengan pengterlibatan Majlis Raja2 Melayu, Majlis Peguam dan lain lain NGO, secara menyeluruh.

Ia bukan sahaja pembubaran, pindaan atau penyesuaian pemusatan kuasa PM dan Peguam Negara sahaja tetapi meliputi lain lain perkara pentadbiran dan pengurusan hingga membawa kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa yang sehampir bentuk dengan Kongress seperti di Amerika.

Matlamat sebenarnya bukan sahaja mengurangkan pemusatan kuasa PM atau Peguam Negara untuk mengurangi isu rasuah, seleweng atau kroni tetapi juga mengurangkan kroni, rasuah, kepentingan peribadi kepada siapa sahaja kuasa itu diserahkan.

Lebih penting siapa sahaja yang pegang kuasa itu pula tidak mudah dan tidak ada jalan untuk pihak lain mempengaruhi.
Bagaimanapun PM yang dipilih oleh pelbagai proses wajar diberi kuasa PM yang sewajarnya untuk mentadbir negara dan badan2 lain yang diberi kuasa lebih kepada pemantauan yang berkuasa eksekutif.

Pengurangan kuasa PM dan Peguam Negara tidaklah menjamin tidak akan ada masalah2 lain yang akan timbul dan negara tidak juga memerlukan terlalu banyak nakhoda.

Friday, March 26, 2010

Pening kepala nak pilih pemimpin...















Ini adalah sebahagian pemimpin hadapan, bekas pemimpin yang masih ada nama atau sekurang kurangnya pernah bercita cita atau masih terus bercita cita dan mungkin juga ada potensi untuk menjadi Perdana Menteri.

Berikut adalah ciri ciri mereka yang berpadanan:

Mr Bean Malaysia - hasil lawaknya menjadi dia kaya raya sekelip mata.

Kalau jadi PM - rakyat akan menerima amaran setiap hari.

Bekas PM - pencenkan diri sendiri tetapi masih 'vokal' dan berpengaruh.

Cubaan dua kali nak jadi 'tauke' - gagal, sekarang masih mencuba ikut 'pintu belakang'

Di Malaysia kalau setakat nak jadi PM untuk kaum sendiri - sampai tua la lu...

Mempunyai hubungan yang akrab dengan ramai pemimpin dunia, banyak potensi pelaburan dan lubang tetapi melepas dan melopong peluang menjadi PM bila ditangkap 'khilwat'.

Bercita cita menjadi PM tetapi pegang jawatan Timbalan Menteri pun belum.

Pemimpin yang berbibir sexy.

Kalau jadi PM, sikit sikit merajuk, lari ke luar negara, kena pula ada rombongan pi memujuk. Punahsihat kepada seorang bekas PM.


Belum sempat jadi PM - masalah negara dfikirkan - rambut dah gugur.

Dia jadi 'PM' bila PM dan TPM tidak ada dalam negara.

Jika ada pemimpin yang gambarnya ada di sini tetapi tidak ada padanan.
Fikir fikirlah sendiri.

Wednesday, March 10, 2010

Jawatan PM - Perlukah Satu Lagi Peralihan Kuasa ala-paklah







Mencadangkan Tun Mahathir kembali sebagai PM mungkin sesuatu yang menjelikkan kepada musuh tradisinya dan mungkin kurang waras untuk mengganggu dan membebannya semula dengan permasalahan negara sekarang yang serba tidak stabil walaupun dinampakkan macam ok.

Malaysia memerlukan bukan sekadar Perdana Menteri tetapi seseorang negarawan yang mampu mengatasi kemelut negara dalam sekelip mata dan ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan jika pemimpin itu negarawan, jika ia seorang pemimpin yang hanya ada gaya tetapi tidak pada kualiti, mungkin sekelip mata itu mustahil.
Senaraikanlah siapa pemimpin yang ada ciri ciri negarawan itu, dari Najib sampai ke Ghani Othman, atau dari Anwar sampai ke Khalid atau dari Lim Kit Siang sampai ke Karpal, hatta dari Nik Aziz sampai ke Mat Sabu pun macam atau memang dah sah, mereka tidak ada ciri ciri tersebut, semuanya local, kampongan - Memusnahkan lebih pandai dari Membina. Kalau sekarang ada yang seiras kemampuan Tun Ghafar Baba pun Malaysia sudah dikira bertuah.
Cuma sekarang negara di perintah daripada tiada lebih baik ada.

Jika terus ditelek, mungkin sudah sampai masanya samada Ketua Menteri Sarawak atau Ketua Menteri Sabah dipinjamkan sekurang kurangnya hingga ke pilihanraya 13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Secara Kontrak atau Pemangku Perdana Menteri dalam mentadbir Malaysia sekarang .
Kedua duanya sudah mempunyai rekod perkhidmatan dan pentadbiran negeri dan politik yang cukup matang berbanding dengan mana mana pemimpin lain di Malaysia pada masa sekarang hatta Anwar mahupun Lim Kit Siang apalagi Hadi Awang gagal menembusi walaupun sudah lama mengidam pengaruh dan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Lewat kebelakangan ini pun Najib sendiri berulang alik bagai menatang minyak yang penuh ke atas negeri negeri emas yang menjadi talian hayat serta nyawa UMNO dan BN untuk tempoh tempoh yang mendatang.

Atas kepentingan semua, Tentunya Cadangan Di atas Tidak Keterlaluaun?!


Selingan:
Hobi UMNO dibawah kepimpinan baru ini ialah mengumpul perasuah sebanyak mungkin sebagai koleksi.
Ini menjadikan UMNO bertunjangkan Melayu dan Islam tampak berbeza dengan parti lain.
Selain itu, UMNO tambah lagi hobi baru, mengumpul 'kaki lompat parti' dan memberi mereka sedikit saguhati.

Realiti atau persepsi??





Why the political tsunami never reached Sarawak
author_photo("Keruah Usit")
Keruah UsitMar 10, 104:11pm
Malaysians recognise that Sabah and Sarawak now hold the position of kingmakers in national politics. In the wake of the political tsunami of March 8, Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) are now finely balanced in the peninsula, even if both Umno and PKR are still struggling to make sense of the debris left behind.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...