Showing posts with label babi dan lembu. Show all posts
Showing posts with label babi dan lembu. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

babi dan lembu..tolong dengar niii..


Hargai polis kerana ketika kamu dilahirkan hinggalah ke liang lahad - polis diperlukan !

Hakim membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000.
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai
Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.
Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.
Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.
Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut
Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.
Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.
Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.

Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

“Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis.

“Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat,” katanya.
Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang  tugas penjawat awam.
Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima  kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.
“Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari,” katanya.
- Bernama

Babi dan lembu itu hanya kebetulan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan mana2 pihak atau parti samada yang masih hidup atau mati. 

Hakim tersebut tentunya bercakap atas dasar kes tersebut dan tidak bertujuan untuk menempelak sesiapa termasuk babi dan lembu dan tidak juga bercakap bagi pihak kerajaan, UMNO atau BN. Jangan pula selepas ini ada tuduhan liar semata mata kerana terasa pedasnya.


Jika ada kekurangan dan kesilapan polis, mereka perlu ditentukan di hadapan  undang2 yang adil dan bukannya dihukum dengan fitnah, maki hamun dan tuduhan liar di pentas politik di mana polis tidak dapat menjawabnya secara langsung.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...