Showing posts with label Ku Li. Show all posts
Showing posts with label Ku Li. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Rosmah Mansor Queen Marie Antoinette dari Perancis

Copy and paste untuk tujuan arkib blogg ini.

Apa yang saya katakan ini adalah sebagai jawapan balas kepada artikel ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi apa yang telah saya sebut banyak kali pada masa lalu. Malah, dalam lebih daripada satu jam saya ditemu bual TV3 di Perth, saya menyentuh mengenai isu ini. Malangnya, TV3 tidak cukup 'berani' untuk mengudarakan wawancara saya ini.

Pertama sekali, kerana cara pilihanraya Malaysia yang dijalankan, walaupun Barisan Nasional (BN) mendapat hanya 45% daripada undi popular, ia masih boleh membentuk kerajaan persekutuan. Ini adalah realiti dan keadaan sebenar, dan ini adalah mengapa kita perlu kepada BERSIH - untuk mereformasikan sistem pilihan raya bagi mengubah keadaan ini.

Bagi Pakatan Rakyat untuk mampu membentuk kerajaan persekutuan, ia perlu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 60% daripada undi popular. Dan ini adalah hampir mustahil jika kita tidak mereformasikan sistem (pilihanraya). Mungkin 50% daripada undi popular boleh diperolehi. Tetapi 50% tidak akan memberikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan. Ia patu memperolehi sekurang-kurangnya 60%.

Ini bermakna, tanpa rombakan besar-besaran dalam sistem, ia adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan. Dan ini bermakna kita terpaksa melihat Barisan Nasional (BN) menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya (melainkan jika Pakatan Rakyat boleh melakukan perkara yang 'mustahil' dan meraih 60% undi popular).

Biar kita melihat dengan jelas tentang satu perkara. Saya amat senang untuk melihat Perdana Menteri yang akan datang dari Pakatan Rakyat. Sama ada 'seseorang' dari Pakatan Rakyat itu Anwar Ibrahim atau Nizar Jamaluddin atau Lim Guan Eng atau sesiapa saja adalah perkara kedua. Ia bukan isu yang kita perlu bincangkan buat masa ini. Isunya, buat masa ini, siapakah orangnya dari Barisan Nasional (BN) yang selayaknya menjadi Perdana Menteri.

Dan sebab itulah enam tahun yang lalu pada tahun 2006, kita melihat kemungkinan bahawa ada seseorang dari Barisan Nasional (BN), yang juga bermakna daripada Umno, menjadi seseorang yang bersedia untuk memulakan agenda reformasi.

Dan seseorang ini, kerana kekurangan tiada calon alternatif lain yang lebih sesuai, adalah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah alias Ku Li.

Itulah yang bermain di dalam fikiran, blogger, aktivis politik, dan ahli-ahli masyarakat awam dari kedua-dua belah politik yang sama-sama menanti dan melihat bagaimanakah Abdullah Ahmad Badawi alias Pak Lah boleh ditumbangkan dan digantikan dengan Ku Li.

Mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga ditemui dan beberapa mesyuarat telah diadakan bersama dengannya juga. Dan ia juga telah mempersetujui bahawa Pak Lah akan disingkirkan dan Ku Li akan menggantikannya.

Tetapi ada satu syarat, yang Dr Mahathir telah tetapkan dan Ku Li tidak bersetuju dengannya. Satu syarat itu ialah: Apabila Pak Lah disingkirkan dan Ku Li mengambil alih, Majlis Presiden akan dibentuk dan Perdana Menteri yang baru akan 'dipandu' oleh Majlis ini.

Ini samalah seperti bagaimana kaedah yang diamalkan sembilan Raja-Raja, melalui Majlis Raja-raja. Tetapi Majlis Presiden ini akan sedikit berbeza. Ia akan menjadi satu de facto Majlis Perdana Menteri.

Ku Li, sudah tentu, tidak bersetuju dengan ini dan Dr Mahathir memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya Ku Li. Najib bersetuju untuk menjadi Perdana Menteri pak turut dengan Majlis Presiden sebagai de facto Perdana Menteri.

Persoalannya: siapakah yang akan mengetuai Majlis Presiden ini - atau pada dasarnya de facto Perdana Menteri? Dan jawapannya ialah: Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini, secara ringkasnya bermakna Dr Mahathir akan menjadi de facto Perdana Menteri sementara pengganti Pak Lah hanyalah sekadar Perdana Menteri pak turut.

Kemudian, datang pula orang nombor dua Cawangan Khas Perisikan Tentera, Kol Azmi Zainal Abidin, yang mendakwa beliau mempunyai keterangan dokumen bahawa Rosmah Mansor dan ADC beliau (dan suaminya) berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Laporan inilaj yang paling merosakkan rancangan itu dan menolak penyertaan Najib dan meletakkan Ku Li kembali mendahului.

Pada hari selepas saya menandatangani Akuan Berkanun, Dr Mahathir memanggil Tan Sri Sanusi Junid ke pejabatnya dan bertanya kepadanya sama ada dia telah membaca Akuan Berkanun saya. Sanusi pada mulanya tidak tahu apa yang Dr Mahathir cakapkan. Selepas Sanusi membaca Akuan Berkanun itu, Dr Mahathir menjawab, "Raja Petra baru saja membunuh kuda kami. Kita perlu untuk mencari kuda yang baru. "

Walau bagaimanapun, sebelum paku terakhir sempat dipakukan ke dalam keranda Najib, Kol Azmi membuat pusingan U dan mendakwa bahawa semua keterangan itu telah dikeluarkan dari pejabat Perisikan Tentera dan telah dimusnahkan. Beliau juga mendakwa bahawa tiada salinan telah dibuat.

Daripada asalnya paku terakhir itu untuk keranda Najib, ia telah menjadi paku keranda saya dan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru manakala Ku Li disingkirkan (bersama-sama dengan saya tentunya).

Apakah Ku Li akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik? Mungkin itu persoalan yang ramai orang tanya. Persoalan sama ada Ku Li akan menjadi Menteri Perdana yang lebih baik daripada Najib. Dan sama ada jika Ku Li menjadi Perdana Menteri, adakah kita akan mempunyai masalah Rosmah Mansor yang bertindak seperti Queen Marie Antoinette dari Perancis. Dan sama ada jika Ku Li menjadi Perdana Menteri, adakah kita akan mempunyai de facto Perdana Menteri yang berperanan dan memainkan peranan kuasa sebenar di belakang kekuasaan.

Ku Li telah membuat satu perkara yang sangat jelas, yang akan meresahkan Dr Mahathir bagaikan di neraka. Dan ianya adalah satu perkara: dia akan menjadi Perdana Menteri 'bebas' yang akan menekankan reformasi dan juga mempertimbangkan untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' dengan pembangkang.

Berdasarkan asas bagi ketiga-tiga janji itu, kami memutuskan untuk menyokong Ku Li sebagai Perdana Menteri baru Barisan Nasional (Umno).

Ini adalah kembali pada tahun 2006, dua tahun sebelum pilihan raya umum pada Mac 2008 dan setahun sebelum perhimpunan BERSIH pada bulan November 2007. Tiada siapa yang menjangkakan prsetasi pembangkang dalam pilihan raya umum berikutnya pada 2008 atau 2009.

Malah, pada masa itu, tiada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat belum terbentuk lagi. Dan DAP masih lagi parti pembangkang 'bebas' dan bukan sebahagian daripada mana-mana pakatan pembangkang.

Jadi, pertaruhan kami itu, ketika ketiadaan satu pakatan pembangkang yang kuat dan berdaya maju, adalah percubaan untuk mempengaruhi perubahan di dalam Umno dan menaikkan manusia terbaik yang boleh menjadi Perdana Menteri dan membawa pembaharuan kepada Malaysia.

Saya tekankan di sini, ini adalah pada tahun 2006, lima tahun yang lalu. Dan pada masa itu ini adalah alternatif terbaik.

Tetapi kita gagal untuk melihat satu titik yang sangat penting. Dan satu titik yang sangat penting ini adalah Dr Mahathir merupakan seorang ahli politik yang lebih berpengalaman daripada kita. Dan skrip bagi senario terakhir yang ditulis olehnya: bonekanya Najib telah menjadi Perdana Menteri dan bukannya Ku Li yang mahu menjadi 'bebas', mereformasi kerajaan, dan menawarkan pembangkang peranan dalam kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan.

http://pulakdah.blogspot.com/2011/07/rahsia-najib-menjadi-pm-dan-bukannya-ku.html

Thursday, July 28, 2011

DAP beli pemain impot untuk perlekeh Anwar Harimau Malaya..

Ku Li dipelawa terajui pembangkang? Itu memang sudah seperti dijangkakan tetapi apa nasib bung Anwar ?

 

Saturday, July 23, 2011

Anwar masih cantik kerana bedak 3 inci....


Najib ala-lembek Paklah... Ku Li terbaeeeeekkkkk


Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ilham Ku Li Bagi membolehkannya menjadi Presiden dan didukong Timbalan2 dan Naib2 yang berlatabelakang tokoh2 politik yang sudah dibuang masa sudah cukup menggambarkan halatuju mereka sekurang kurangnya untuk mengimbangi Perkasa yang dilihat banyak menyokong UMNO.


AMANAH juga mahu mengimbangi Najib yang terlalu banyak menonjolkan Alahyarham Tun Razak dan menenggelamkan lain2 PM sebelum ini termasuk TAR yang diambil kesempatan oleh Ku Li melihatkan perkembangan semasa di mana Anwar makin dihimpit dan tenggelam dan di kalangan PAS pula tidak ada tokoh yang benar2 mampu menerajui negara senadainya pembangkang menang di PRU13. 

Seperti biasa Ku Li yang memang gemar 'menunggu bola golek ke kaki' mengharapkan nasib dan keajaiban menyebelahinya. Tokoh seperti TAR juga sangat mudah ditgerima di kalangan pemimpin cina kerana tanpa TAR, mereka tidak ujud di Malaysia hari ini. Apa salah mereka balas budi TAR dengan memberi sokongan kepada Ku Li yang lebih bersih dari Anwar.


Tidak wajar ada kejutan selepas ini jika AMANAH lebih menyokong pembangkang dan langkah pertama ialah tentunya menyokong BERSIH.

Politik semasa akan melihat, halatuju kini akan bertumpu kepada Ku Li untuk dilihat sebagai potensi PM berdasarkan kemelayuannya dan keintelektualannya dan kurang kontroversi. Bagi yang kecewa dengan Najib ala lembek Paklah dan dibayangi Rosmah - Ku Li adalah pilihan yang terbaeeeeekkk.

Mengenepikan Najib adalah sekaligus bererti mengecewakan legasi Paklah dan Mahathir secara tidak langsung dan peluang ini tidak wajar Ku Li biarkan berlalu begitu sahaja bagi menebus kehampaannya masa lalu.

 

3 comments:


Anonymous said...
macam pelik, selalunya saya perhati kluangman ni anti dan benci ku li, dan sering menyebelahi tun M? hehehhe
Anonymous said...
mungkin ini kluangdiamond berbeza dgn kluangman?
Neilkie69 said...
Ialah, kluangdiamond hanya nampak diamond saja...itu baginya adalah peluang...





Antara Anwar, Ku Li dan Najib...


Kita dah tahu banyak 'keburukan' Anwar, masih cantik sekadar di make up oleh DAP dan PAS yang berkepentingan.


Berbanding Anwar, lebih baik Najib, berbanding Paklah, Najib lebih baik, tetapi takat tu je lah kot kepimpinan duapupu... yang tak best nya, Rosmah 'overexpose', even Ijat yang memang berjawatan pun tetapi kalau overexpose pun kurang elok juga apatah lagi Rosmah yang sekadar 'tumpang' title suami.
# Kehebatan Anwar dalam kelicikan berpolitik adalah setaraf Mahathir tetapi laluan dan rekod peribadinya agak sukar untuk diterima menjadi pemimpin utama negara.


Ada orang kata, apahal nak sakit hati dan rasa terganggu dengan exposure Rosmah, jawapannya ialah adakah orang akan selesa bekerja apabila isteri boss mereka, isteri CEO mereka, isteri GM mereka, isteri MD mereka pun dok sebok sama ????  Ini bukan majlis kahwin anak, ini soal pemerintahan negara, soal tugas dan tanggunjawab sebenar, bukan nak tunjuk lawa atau nak glamour. Berucap menggunakan intelek sebenar dan bukan baca skrip.
 


Sebab itulah dalam keadaan negara yang BN tidak lagi sekuat dulu dan pembangkang pun dijangka tidak mampu menawan Putrajaya (kalau mampu pun besok depa dok bergaduh pasal jawatan pula) adalah wajar kepimpinan yang agak boleh diterima semua seperti kepimpinan Ku LI menjadi alternatif yang terbaik.


Dalam politik negara semasa, mencari seseorang yang lebih baik dari Najib apatah lagi mencari seseorang yang hebat seperti Mahathir (yang tak setuju tu lantak lah..) adalah sukar dan boleh dikatakan 'tiada' dalam masa terdekat samada di kalangan BN atau Pembangkang maka Ku Li dilihat mampu sekurang kurangnya membawa suasana politik yang lebih sederhana dan kembali ke jalan asal seperti yang dirintis oleh PM Pertama hingga ke PM Keempat..

Keadaan politik semasa sudah cukup menjemukan dan dilihat tiada kesudahan yang jelas dan baik.

Negara memerlukan tumpuan yang lebih kepada realiti harmoni dan realiti ekonomi.

Thursday, January 28, 2010

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...