Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Doktor Kayu


KUALA LUMPUR 22 OGOS : Pilihan raya umum ke- 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) belum selesai melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya negara ini, menurut Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dr. Abu Hassan berpandangan Perdana Menteri Najib Razak harus menyelesaikan segala tuntutan rakyat dan apa sahaja isu berbangkit termasuk mencapai matlamat penubuhan PSC terlebih dahulu, sebelum mengadakan pilihan raya.
“Proses pilihan raya tidak boleh berlaku setelah penyelesaian-penyelesaian dan kritikan pilihan raya di negara ini diselesaikan terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini kerana itu adalah matlamat yang sebenarnya.
“Kita harus melihat proses transformasi politik dan juga melihat pihak kerajaan mengatakan setiap perkara harus melakukan transformasi sama juga dengan suruhanjaya pilihan raya (SPR) setiap perkara harus mempunyai transformasinya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor tadi.
Lagi satu mangkuk yang bercakap ikut sedap mulut pembangkang. Berapa ekor rakyat yang keluar menyokong perhimpunan haram Liwat 2.0 hari itu dengan majoriti rakyat yang tidak menyokong. 
Perlembagaan negara mensyaratkan pilihanraya umum 5 tahun sekali nak letak dan buang mana sekadar alasan remeh temeh pembangkang.

Kalau pembangkang gagal PRU13, tunggulah PRU14, apasal gelojoh sangat kalau rasa diri hebat dan benar.

Kerajaan tidak wajar layan mulut2 busuk yang tidak pernah puas hati dan bersyukur apa pun.

Monday, May 30, 2011

Kalah atau menang pilihanraya, pemimpin UMNO sudah kaya...

Sejauhmana dan berapa lama agaknya blog2 pro kerajaan dan pro UMNO khususnya dapat bertahan untuk mempertahankan kerajaan yang diungguli UMNO.

Tidak bertahan bukan kerana pembangkang hebat, tidak juga kerana blogger pro pembangkang yang bagus2, ulasan mereka lebih banyak ****** dari logik dan rasional. Mereka juga tidak berdaya tahan, jatuh moral kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Mereka sendiri sudah patah dan lemah semangat. Yang segar dan makin galak hidup ialah blogger2 yang belot kepada UMNO atau yang mengkritik keras UMNO, mereka bersikap menentang UMNO kerana UMNO tidak berubah.

Jelasnya blogger pro UMNO yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan UMNO tanpa didbayar sesen dua pun kini mula sudah 'fed up' dengan sikap UMNO sendiri, sikap pemimpin yang masih tidah faham2, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat sokong kerajaan sekadar pemimpin pembangkang diburukkan.

Sudah tentunya 'fed up' datang dengan merujuk kepada sikap Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri Malaysia yang sudah hilang hormat, hilang kuasa, hilang kawalan dan kelihatan tidak konsisten, tidak tegas dan mula 'merapu' dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang. semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

Semak bagaimana kerajaan tangani isu Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, isu ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu anwar, isu rsuah, isu video seks, isu Dato T dan banyak lagi dan belum nampak sesuatu yang meyakinkan di dihadapan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya.

Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan, Menteri Dalam Negeri yang menikus dan banyak lagi kabinet yang meneruskan dasar 'separuh masak'.

Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini kalau kerajaan sendiri dilihat sudah sukar berubah, tidak mahu berubah dan paling minimum, tidak 'mendengar' pun.

Apalah sangat blogger kecil dan individu kerdil mahu memmpertahankan UMNO, kalah atau menang dalam pilihan raya, mereka sudah kaya, anak mereka terlebih makan, rumah mereka terlebih mewah, kereta mereka terlebih menjalar.

Rakyat tetap sama, kena cari makan sendiri walau sesiapun perintah.
Dan tadi kerajaan sekali lagi hadiahkan rakyat dengan mendahulukan rakyat dengan kadar kenaikan kadar letrik sebanyak 7.12% dengan terkesan kepada penggunaan 300kw/j sebulan...tahniah pada semua blogger proumno.



Tuesday, February 3, 2009

Tuan makan senjata sendiri...

Semasa kerajaan dilanda krisis ekonomi 1998, Menteri Kewangan, Anwar pada masa itu cuba menggadai Malaysia kepada IMF dengan agenda tertentu termasuk agenda politik menggulingkan Mahathir ala reformasi tetapi gagal sebaliknya dia masuk ke kandang untuk beberapa tahun. Ekonomi Malaysia dapat diselamatkan dengan pendekatan yang sudahpun menjadi lagenda sejarah.

Apabila Dolah dilantik menjadi PM, antara langkah pertama yang dibuatnya ialah melepaskan singa yang sudah dikandang, sangka Dolah singa itu sudah jinak dan menjadi singa sarkas untuk Dolah 'lagukan' seperti kodomo lion kesayangannya. Hari ini singa itu telah menggunakan hukum rimba dalam agenda politiknya dan Dolah sudah tinggal sehelai sepinggang seperti seorang tarzan yang hilang tali.

Selepas PRU12. Anwar beria ia mengistiharkan pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan akan berlaku pada September 2008 dengan 'penghijrahan' (sedap istilah tu) Ahli parlimen BN ke Pakatan tetapi semuanya tidak menjadi. Adakah kini 'senjatan makan tuan' apabila angin bertiup kencang BN akan ambil alih kerajaaan negeri Perak dengan penghijrahan (tak salah kot pakai istilah tu) Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan ke BN.

Dalam situasi politik Perak terkini siapa yang betul atau salah bukan menjadi persaolan utama kerana majoriti rakyat yang tidak mempunyai agenda rakus peribadi tentunya tidak setuju pilihanraya kecil di adakan kerana umumnya menyusahkan rakyat dan negara, menganggu ekonomi dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang keluar dari kedua dua pihak.

Adalah wajar pindaan dibuat di SPR supaya mana mana kerusi DUN atau MP yang dikosongkan dalam tempoh 2 tahun selepas pilihanraya atas sebab sebab kematian atau perletakan jawatan atau apa sahaja alasan, tidak akan di adakan pilihanraya kecil sebaliknya calon yang tewas dengan majoriti kedua terbesar pada pilihanraya yang lepas dipilih secara otomatik menggantikannya. Satu penjimatan 'tenaga' yang cukup berkesan.

Thursday, October 16, 2008

Kebebasan bersuara, siapa yang dikecualikan..

Tidak kira wartawan, akhbar, penulis, ahli politik atau orang awam sekali pun, mereka harus bebas bersuara tetapi juga harus bebas diambil tindakan atau saman oleh mana mana pihak tanpa syarat. Tidak wajar ada kebebasan di sebelah pihak atau ada undang2 lain yang mengecualikan mereka atau sesuatu pihak yang lain.

Tetapi selesaikah masalah itu atau persaolan itu ??

Tetapi yang lebih tidak mengerti kenapa dalam bercakap mengenai kebebasan bersuara dan berpihak, kenapa pula ada unsur memaksa dan mengugut satu pihak lain untuk berpihak kepada siapa saja yang dia suka dan dengan apa jua alasan yang dia beri.

Anehnya pembangkang setiap hari mengeluarkan dakwaan demi dakwaan sejak saya dilahirkan hingga sekarang, tetapi bila bercakap mengenai bukti atau diterjemahkan sebagai tindakan mengikut lunas undang undang, terlalu sedikit, habuk pun takddak sampai sekarang.

Jika pihak polis atau BPR atau mana mana institusi gagal ( jangan lupa termasuk pembangkang, tidak dikecualikan ) maka wajar pihak yang mendakwa mengheret perkara itu kemuka pengadilan.

Tetapi akhirnya jangan lupa, kuasa untuk menilai sesuatu pihak ( kerajaan atau pembangkang) akan dibuat oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembangkang atau kerajaan pasti tidak mampu menipu rakyat pada setiap masa dan pada semua perkara.

Dan hormatilah kebebasan dan penilaian rakyat melalui pilihanraya yang memilih parti mana yang membentuk kerajaan. Jangan dirompak kebebasan rakyat itu dengan 'merampas kuasa' dalam apa jua cara.

Jadilah lebih jantan dari jantan dalam politik. Jangan selalu sangat main atau masuk melalui pintu belakang.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...