Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Mahathir tidak sepatutnya berhenti..



Pagi tadi terjumpa seroang kawan cina lama seorang business man. Mula mula cerita pasal bisnes, kami bersetuju Mei dan Jun adalah bulan2 bisnes menurun, kemudian masuk bab politik.

Saya provokenya menyatakan MCA akan kalah di semua tempat pada PRU13 nanti, rupanya dia tidak bersetuju, katanya masih ada tempat2 yang MCA kuat dan boleh menang? di mana? lupa pula nak tanya?

Saya provoke lagi pasal DAP, katanya DAP akan lebih menang sebab DAP parti miskin, MCA parti orang cina kaya, mereka tidak akan bantu dan tolong peniaga kecil macam dia, berjela jela dia bagi contoh kelemahan MCA Bahagian....

Saya tanya dia lagi pasal PAS yang sudah bergabung dengan DAP, katanya dia dan ramai kaum Cina lain masih bimbang, takut dan ragu2 dengan PAS yang akan menutup segala bentuk perjudian dan hiburan jika berkuasa seperti di Kedah dan Kelantan..undi kaum Cina belum tentu lagi pergi kepada PAS jika DAP tidak memainkan peranan kuat.

Dari perbualan ini dapatlah saya fahami bahawa memang DAP yang desak kepimpinan PAS memastikan Mat Sabu menang dan Negara Islam ditukar kepada Negara Kebajikan supaya masyarakat cina lebih yakin untuk undi PAS. Malah Nik Aziz pun ada mengaku pertukaran Negara Kebajikan dari negara Isle..kerana 'Isle' itu menakutkan kaum Cina. Dengan dasar yang ada sekarang DAP dengan mudah meyakinkan kaum cina untuk undi PAS kerana PAS kini sudah 'tunduk' kepada kehendak DAP.

Saya tanya lagi kawan saya ini pendapatnya tentang PKR, dia geleng kepala, tak boleh percaya katanya, Anwar terlalu kotor, kalau tidak masakan ramai kawan2nya sudah keluar PKR? Bijak juga kawan saya ni...

Di akhir perbualan, kawan saya ini yang saya yakin bukanlah seorang yang aktif politik dan tidak juga penyokong taksub kepada mana mana parti tetapi lebih kepada sokong parti yang boleh ramai cari makan berpendapat Mahathir adalah yang terbaik kerana pada masa pemerintahannya kekecohan politik setiap hari jarang berlaku dan semua orang dapat hidup dan cari makan dengan harmoni.

Sebelum beredar, kawan saya ini sempat memujuk saya dengan katanya, walau siapapun perintah, Melayu tetap jadi Perdana Menteri. Tetapi katanya lagi PM yang bagus semesti nya seseorang yang tidak takut 'bini' sejak azali (sejak azali itu saya yang tambah) ???!!!! Paklah? Najib?

Katanya lagi, lu ingat ka kita punya kawan, Hashim...saya kata ingatttt sangat.
"Kedai kopi dia selupa king, tapi balik lumah, sama tikus sama macam siput babi !!!!!"

Kesimpulannya: Mahathir memang sepatutnya tidak perlu berhenti awal dengan membiarkan beberapa malaun otai masih terus berpolitik dan merosakkan negara. Seburuk manapun Mahathir yang digambarkan ( teringat kepada satu penulis Blogger yang paranoid dengan Mahathir) Malaysia pada masa itu lebih baik dari masa sekarang samada dari segi perpaduannya, ekonominya dan politiknya. Ada ke Melayu yang berani mengada ngada serta Cina dan India yang gatal mulut untuk menyentuh 'sensitiviti' kaum dan ugama? Tiada? Sebab apa? Mereka tahu apa yang mereka akan dapat? Mahathir dapat menguruskan 'mereka' dan rakyat secara keseluruhannya.

Malaysia yang berjaya dibina dengan lebih baik oleh Mahathir selepas lebih 20 tahun mengurus tadbir akhirnya mula dimakan anai2 dan dikhianati sejak diambilalih Paklah... Sejarah itu terpahat untuk anak cucu ku.

Wednesday, December 23, 2009

Jangan 'diam' kecuali benar..


Tun Mahathir dah jawab.






Pemimpin lain seperti Anwar, Lim Kit siang, Lim Eng Guan, Najib, Ku Li, Nik Aziz termasuklah Raja Petra, Rosmah, Khir Toyo, KJ, Hindraf patutnya contohilah cara Tun berhadapan dengn fitnah ke atasnya.



Jangan buat buat pekak dan bodoh, jangan hanya petah di blog, jangan lari ke luar negara, jangan kata ini isu kecil, jangan lari ke mana mana kedutaan, jangan tamatkan sidang akhbar secara mengejut, jangan guna dan berlindung di sebalik nama Islam, jangan berani jawab hanya di Parlimen atas kekebalan, jangan berdolak dalik, jangan bohong dan jangan banyak lagi.




Jadilah budiman, buat kenyataan dan cabar malah kalau perlu saman pihak terbabit.. janganlah hanya diam kecuali 'fitnah' itu benar !!!!




Thursday, October 1, 2009

Isu Dalaman Parti...





Najib meletakkan UMNO dalam risiko yang paling bahaya.. kalah akan melemahkan jentera UMNO seterusnya..
Mahathir memberi idea kepada pembangkang bahawa UMNO itu memang bergantung kepada rasuah..
Isa Samad sama perangai macam Dolah, merasa diri hebat dan teruja dengan bodek sekeliling, meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti.
Antara persaolan sekarang ialah siapakah (punahsihat) Penasihat2 Najib?
( Antara penasihat yang rapat dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada ketika itu dikenali sebagai 3K, Khairi Jamaluddin, Kamaluddin dan Kalimullah di samping Tun Musa Hitam dan Dato Annuar Zaini. Apakah mereka yang dimaksudkan Lim Keng Yaik? Atau siapa sebenarnya penasihat jahat itu? ) http://muslioli.blogspot.com/2009/10/siapa-penasihat-jahat-umno.html
p/s: DAP wajar 'meletakkan' calon bebas khusus untuk menarik undi kaum bukan Melayu bagi mengurangkan undi bukan Melayu kepada Isa!

Saturday, June 20, 2009

Petronas dapat pengerusi baru?


Mahathir tidak pasti pelantikan pengerusi baru Petronas.

Kenapa ada perlantikan baru? - baguslah kalau untuk satu paradigma.

Atau kerana individu yang dicadangkan tidak disokong Lembaga Pengarah Petronas baru baru ini?

Atau ada yang 'gatal' nak cari nahas kemarahan dan tanda soal rakyat !!!!

Monday, April 6, 2009

Mahathir yang kalah sorak..







Apa yang penting sangat dengan Mahathir, dia cuma roti canai teloq berbanding dengan roti canai kosong yang baru bersara dan roti bom yang terlepas jawatan idaman.

BN kalah atau memang, apa sangat yang jadi kudis kepada Mahathir, dia datang berkempen sekadar nak cuci dan rawat kurap peninggalan bapa mertua dan anak menantu.

Tapi kalau BN menang - yang dapat piala bukannya Mahathir tapi Najib, yang di usung ke Tanjong Rambutan bukannya Zambri tapi Nizar dan Anwar.

Mahathir tidak relevan sebab dia sudah menang banyak kali, Paklah terpelanting, Anwar tertiarap dan KJ kepanasan.

Ignore Mahathir - kata2 orang yang kecewa, ye ke???? Habis tu kenapa sebok, kenapa beri komen panjang, kenapa gentar!!!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...