Showing posts with label Najib takut. Show all posts
Showing posts with label Najib takut. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Berani kalau bangang tak guna jugak...

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.

Kenapa agak lama untuk Najib mengambil masa untuk melafazkan dia tidak takut Anwar?  Kenapa sekarang?  apakah selama ini,  sebelum ini dia takut dan sekarang baru dia berani !!! 

Ucapan berani pun di pentas UMNO, kenapa tak lafazkan di luar negara, depan Obama...

Sebelum ini apa yang dia takutkan? Sekarang apa pula yang dia berani?


Berbeza dengan Anwar, dari segi cara dan gaya , memang jelas dia tidak gentar dengan kerajaan, Najib dan UMNO.

Kenapa tak saman Anwar atas tuduhan fitnah Altantuya sedangkan UMNO PP dan UMNO Selangor mengambil tindakan saman kepada isu yang lebih kecil terhadap Guan Eng dan Musfafa Ali?


" Apakah Naib terbawa bawa dengan pujian melambung atas 'keberaniannya' memansughkan ISA sehingga dia membuat pengakuan tersebut.

Najib tidak perlu takut atau berani, bukan itu yang rakyat nak tahu dan nak tengok, rakyat nak lihat 'kebijaksanaanya' dalam tangani semua isu negara.

Berani kalau bangang macam mat sabu tak guna jugak.."

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...