Anwar pernah dipecat dan terkeluar dari politik Malaysia tetapi kerana politik sudah menjadi darah dagingnya dia kembali semula... berbanding dengan Najib yang berada di persada politik ketika muda dan selesa tetapi getir ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kegetiran berlaku kerana tingkah laku Anwar yang sentiasa mencari lubang untuk mengaibkan Najib dan getir kerana tingkahlaku Paklah yang flip flop sampai sekarang.
Getir juga kerana terpalit tuduhan yang gagal dinafikan secara sempurna dan kelemahan politik dalam pendekatan dan keputusan lebih lebih lagi gagal menjadi hero rakyat ketika Paklah diambang kebencian dan ditolak rakyat.
Peranan yang gagal inilah dapat disambar oleh Anwar dengan mudah dan menjadi idola kepada penyokong yang marah dan kesal kepada Najib yang sama lembek dengan Paklah.
Anwar tanpa belas dan kasihan terus memburukkan Najib dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan liar supaya rakyat benci kepada najib, benci kepada kerajaan dan sekaligus memudahkan laluan Anwar ke puncak kuasa.
Anwar tidak berjaya sepenuhnya memburukkan Mahathir malah Anwar yakin dia akan hilang simpati rakyat jika terus melampau memburukkan Mahathir dan yang lebih penting Anwar tidak mendapat apa apa untung untuk memberi tumpuan dan masa kepada isu Mahathir dan Mahathir pun sudah tidak punya kuasa dan tidak memberi ancaman langsung kepadanya.
Memburukkan Najib dan menjatuhkannya samalah juga menyekat pengaruh Mahathir.
Terpenting, Anwar tahu dia bersalah dan Mahathir benar - dan dia tidak mampu melawan kebenaran.
Anwar tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berada di garisan penamat untuk berkuasa atau akan terus hilang peluang jika Najib berjaya disahkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia - sesuatu harus dilakukan, do or die March ini !!!!!!!!!!!!!!
Najib mungkin hanya mengharapkan nasib untuk menyebelahinya kerana jika dalam berperang - Najib sudah hilang daya juang dan askarnya lintang pukang, Generalnya pun tidak sehaluan malah mahu berbunuh bunuhan sedangkan Anwar walaupun ada kepincangan masih mampu merapatkan pakatan walau berbeza fahaman.
Satu cara yang pasti - Najib mesti berjumpa Anwar untuk satu toleransi dan kedamaian untuk keberuntungan Melayu dan Islam dan PAS adalah jambatannya dalam tawaran Kerajaan Perpaduan.
Najib mesti secara terbuka membuat tawaran kepada Anwar untuk berdamai dan mencari jalan satu titik pertemuan dan persefahaman dari kemelut politik yang menjejaskan ekonomi negara.
Najib mesti akui dari segi kematangan dan strategi politik dia ketinggalan jauh dari Anwar tetapi dia akan menang dan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat jika 'ikhlas' dan Anwar akan ditolak dan tewas jika enggan berdamai dengan Najib melalui kesaksian PAS.
Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, Najib sebagai Timbalan dan Anwar sebagai Menteri Kanan atau Penasihat Negara dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Negara.
Apakah mereka sanggup demi rakyat atau masih mahu bermain politik.