Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts
Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Ibrahim Ali jangan buang masa..

Ibrahim Ali wajar tanya Menteri berkaitan , mana dia teloq depa daripada sebok tanya Nik Aziz !!!

Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.
"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.
Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.
Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.
"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.

Monday, March 22, 2010

Bung Mokhtar tolak tawaran Anwar di saat saat akhir...

Ulangtayang: Di awal pagi yang indah

Kriiiinnggggggg...bunyi hp nokia lama..

Anwar: Hello Bung, ini Anwar..

Bung: Oh Bro..saya pun baru mau telefon bro..tapi bro telefon sudah..

Anwar: Jadi ke lompat..

Bung: Sudah tentu, ini perkabaran yang mau saya katakan..

Anwar: Bagus bagus bagus..bila mau buat press statement

Bung: Dalam masa terdekat, saya juga akan bawa seseorang sebagai saksi dan penyokong...

Anwar: Iye....separuh suspen..siapa lagi yang akan sertai kita..

Bung: Ahli Parlimen Sri Gading..Mat Ajis

Anwar: (Terkejut Beruk) Hebat tu...tahniah tahniah...di luar jangkaan kita mendapat sambutan, Johor kita akan tawan....

Bung: Saya harap bro sudi datang...

Anwar: Ohhh..sudah pasti, Azizah dan Nurul akan ikut serta, itu hari istimewa, kita patut raikan bersama..

Bung: Kad Jemputan mungkin on the way..

Anwar: No Problem..tanpa kad pun saya akan datang

Bung: Tapi ini majlis privacy, jangan kasi tau semua orang...bila dah sah baru saya umumkan

Anwar: Tapi...kawan kawan kita Lim Kit Siang, Karpal takkan tak boleh kita bagitau...

Bung: Boleh tu boleh ...hendak ke mereka datang ke masjid...

Anwar: Kenapa buat di masjid...

Bung: Benda baik bro, nak dirikan masjid..itu kehendak Zizie...

Anwar: *^%$#@#((*^%%##@@#$$$ pengsan kot..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Anwar pernah pelawa Bung Mokhtar untuk lompat parti dalam angan2nya membentuk kerajaan 16/9 yang lalu..
Penantian Anwar berakhir dengan penuh kekecewaan kerana Bung melompat ke lain, memilih Zizie.

Melepaslah Anwar...


Perkembangan terbaru:
Machang MP Saifuddin Nasution today alleged in the Dewan Rakyat that Pasir Mas MP Ibrahim Ali - famous for his virulent Malay rights activism - posesses shares in a gaming company owned by tycoon Vincent Tan - Malaysia Kini.
Nampaknya PERKASA kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada UMNO (KJ nafi PERKASA satu ancaman kepada UMNO) tetapi juga kepada PKR, dan paling terbaharu DAP juga sudah gentar hingga mereka terpaksa mengadakan cerita menyerang Presidennya - Itu satu petanda bagus, PERKASA kini sudah boleh diterima kawan dan lawan.

http://blog.limkitsiang.com/2010/03/24/does-perkasa-get-the-hint/#more-7771
Pasir Mas parliamentarian Ibrahim Ali has denied owning shares in Ascot Sports - owned by tycoon Vincent Tan - saying that it is an attempt to tarnish his reputation for upholding the rights of the Malays.

"I am ready to swear, wallahi wa billahi (by Allah and in His name) and to swear on the Quran, to prove that I do not have anything to do with, I have no shares and I am not at all (even by proxy) in the gaming company of Vincent Tan," reads his mobile text message to Malaysiakini.


Monday, February 23, 2009

Nik Aziz, Lim Eng Guan, Ibrahim Ali


Tanya Nik Aziz apa komennya..dok tak ser tak ser ..lagi ke.. atau sokong - perhatikan lidah ulamak politik.
PAS subahat jika masih bersama Pakatan.

tANYA JUGA yb zULKIFLI - mp kULIM

Dalam hal hal sebegini akhirnya Ibrahim Ali lah juga yang sekali lagi akan menghempaskan songkoknya...harap ke PAS, telor dah masuk ke dalam sejak dua menjak ini - sejak berkawan dengan lembu.

Dan perhatikan contoh bahasa hooolamak..

Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.

DAP dan PAKATAN hina Islam !?
Oleh HASNURUL MOHAMEDutusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...