Showing posts with label Tahun Lembu. Show all posts
Showing posts with label Tahun Lembu. Show all posts

Wednesday, March 4, 2009

Putar2, Putar.. Putar... Kaki Mengayuh..Abang Beca Lim Eng Guan

Satu laporan Bernama - Lim Eng Guan akan bincang dengan lain lain kerajaan negeri Parti pakatan Pembangkang Rakyat (PPP) berhubung garis panduan pengistiharan harta di kalangan EXCO.

Inilah contoh terbaik putarbelit kerana pada masa Lim Eng Guan anak kepada Lim Kit Sia L menjadi pembangkang berpuluh tahun (sejak dilahirkan) merekalah juga yang melalak dan memperjuangkan supaya kerajaan BeeEnd pada masa itu membuat pengistiharan harta tetapi apabila sampai kena batang hidung sendiri, selepas setahun menjadi kerajaan negeri, banyak pula alasan diberi.

Di Selangor, semasa menjadi pembangkang, melalak Khir Toyo dituduh rasuah dan menyeleweng tetapi setahun menjadi kerajaan negeri, Khir Toyo masih sihat lagi, baru baru ni je didedahkan itupun sebagai serangan balas apabila Khalid sendiri terpalit dengan isu rasuah.

Kepada rakyat, marilah kita perjuangkan sesuatu yang menjadi hak kita, kita tuntut hak kita kepada mana mana kerajaan tidak kira berlabelkan parti apa - kita mahu kerajaan yang adil, bercih, cekap dan amanah untuk rakyat - bukannya adil dan cekap untuk diri mereka , anak menantu mereka atau kroni mereka.

Rakyat mesti bangun dengan berani untuk memperjuangkan hak rakyat yang utama, kita sokong siapa sahaja pemimpin yang berani memperjuangkan kebenaran berdasarkan undang undang serta perlembagaan dan kita pancung mana mana pemimpin yang memperalatkan rakyat, korup, penipu dan perkauman.

Kalau dah hantu, tetap hantu...menyamar pun tetap rakyat kenal..

Saturday, January 24, 2009

Selamat Tahun Baru China

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina khusunya kepada rakyat Malaysia. Semoga pada tahun Lembu dan tahun tahun seterusnya rakyat Malaysia keturunan Cina dapat menerajui bidang ekonomi Malaysia dengan berjaya, adil dan saksama untuk dinikmati semua kaum.

Semoga DAP makin kurang perkaumannya sejak menjadi anggota terpenting Pakatan.

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...