Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

PAS sekadar mendahului perubahan ? - Husam

"Nasihat saya kepada orang Melayu, kalau mereka tak berubah, politik tetap akan berubah. Trend yang ada sekarang, adalah sukar bagi Barisan Nasional muncul sebagai satu parti yang kuat dalam kerajaan yang akan datang... Maka adalah penting, orang Melayu berubah sekali dengan perubahan politik yang telah berlaku di seluruh negara, iaitu berpindah daripada menjadi pengundi tegar Barisan Nasional semata-mata, memberi satu undi kepada PAS."

Demikianlah seruan Naib Presiden PAS, Husam Musa (gambar kiri) kepada orang Melayu, sebelum menambah, "Dan jika sekiranya PAS boleh mempunyai 60 kerusi parlimen, PAS boleh jadi satu ganti untuk UMNO untuk menubuhkan satu kerajaan yang memberi kestabilan politik kepada negara."

Beliau berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan", semalam. Forum anjuran Jawatankuasa Hak Civil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (CRC-SCAH) ini membariskan panelis Pengarah Eksekutif Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng, dan Lee Ban Chen, pemerhati politik, selain Husam Musa.

Berucap di depan kira-kira 80 orang hadirin dari kaum Melayu dan Cina, Husam Musa mengakui bahawa orang Melayu masih terperangkap dalam dilema ketika berdepan dengan senario politik terkini.

"Masalah dengan orang Melayu ialah, kerana mereka bimbang, hasil daripada mainan media mainstream, (bahawa) kalau berlaku perubahan politik, kedudukan orang Melayu sebagai teraju utama politik negara akan terjejas ataupun tidak. Mereka rasa dengan perubahan baru, ada kesangsian, kerana orang Melayu lazimnya, mereka akan berhati-hati memasuki territory baru, memasuki sempadan perairan yang baru. Mereka lebih meletakkan rasa bimbang lebih tinggi daripada rasional berfikir yang biasa," jelasnya.

Husam Musa mengingatkan, kebimbangan Melayu semakin ketara seandainya diapi-apikan, ataupun dibuat kenyataan yang kurang bijaksana. Beliau meneruskan, seandainya kebimbangan Melayu gagal dileraikan, maka PRU akan datang mungkin berakhir dengan ketidakseimbangan dalam Pakatan Rakyat, iaitu kerusi bukan Melayu yang terlalu banyak.

Beliau mengambil contoh pilihan raya negeri Sarawak yang berakhir pada April 2011 sebagai indikator terbaru untuk politik negara kita. Keputusan PRN Sarawak memperlihatkan peningkatan sokongan Cina terhadap Pakatan Rakyat sebanyak 15.8% kepada 75.4%, sementara penurunan 4.6% dari kalangan Melayu dan peningkatan 6.3% daripada Bidayuh dan Kadazan. Seandainya pola ini menular kepada negeri-negeri seperti Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya, maka PR mampu meraih lebihan 27 kerusi, selain 82 yang dimenangi ketika PRU ke-12 - membawa jumlah kepada 109 kerusi, tiga kerusi lagi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Untuk beliau, PAS kini memikul tugas untuk mendapatkan semaksimum kerusi Melayu yang mungkin, supaya membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang stabil dan seimbang, untuk perubahan politik yang mantap.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11958

PRU 13: PKR bertekad tanding 97 kerusi parlimen

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/19/pru-13-pkr-bertekad-tanding-97-kerusi-parlimen/

PAS-60 PKR-97 DAP- 65 = 222 KERUSI

Monday, November 23, 2009

Nik Aziz cuci tangan... Jawatan MB, penawar sakit belakang Husam.

Kecelaruan politik Kelantan, apakah perlepasan dan perletakan jawatan Ariffahmi akan menyebabkan Nik Aziz 'cuci tangan' dan dilepaskan dari tuduhan rasuah. Nik Aziz berada di dalam mesyuarat ketika perlantikan menantunya dibuat dan alasan Legal Adviser tidak memberi apa apa pendapat halangan tidak boleh dijadikan alasan.

Logiknya siapa yang berani menghalang 'keputusan' Nik Aziz seorang MB dan Ulamak Tersohor Maksum, Hadi Awang pun tunduk inikan pula exco dan pegawai kerajaan.
Jika ia terjadi di kalangan MB UMNO, agaknya goncang dunia ini dihinggut puak pembangkang siang dan malam, entah berapa demonstrasi jalanan yang akan dibuat atas nama 'keadilan untuk rakyat'.

Apa UMNO Kelantan buat? Memerhati dari jauh...

Benarlah kata Ibrahim Ali, sudah sampai masanya Nik Aziz yang tidaklah sebersih mana untuk mengundur diri.. biarlah Husam yang selama ini berkuasa dan mempengaruhi di belakang tabir menjadi pengganti dan menjadi pemain realiti.

Hanya jawatan MB mampu jadi penawar sakit sakit belakang Husam !

Thursday, May 28, 2009

Perangai Melayu bila kuat...

"UMNO's sins in our country's politics are too many, and change for them cannot be done through any form of cooperation between us and UMNO, except for a total replacement," Husam told reporters after announcing his bid for the post.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...