Showing posts with label panik. Show all posts
Showing posts with label panik. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

Najib kena sekaligus, cepat dan tepat.

Dalam keadaan ekonomi semakin goyah dan politik dalaman UMNO dan BN makin kusut, Najib akan membawa negara ke arah yang lebih tidak menentu terutama ketika keserasian PM dan TPM belum senada.
Dalam hal ini Najib perlu tangani kedua duanya sekaligus, cepat dan tepat. Jawapan politik harus menjadi keutamaan untuk mengawal ekonomi menjadi lebih buruk kerana ia berkait dengan keyakinan pelaburan dan rakyat Malaysia sendiri untuk harus tidak panik atau tiba tiba merudum.

Perpecahan Melayu dan Islam terutama di antara PAS dan UMNO yang menunjangi politik Malaysia harus diselesaikan terlebih dahulu, bukan untuk ego dan kepentingan mereka tetapi untuk rakyat Melayu dan Islam dan paling utama untuk rakyat malaysia.

Kelemahan penyatuan PAS, UMNO dan ketidaktentuan Melayu di PKR diambil kesempatan oleh parti2 komponen BN dan pembangkang yang berteraskan ras masing2 untuk terus bersikap perkauman dan budaya mengugut.

Sudah sampai masanya Najib mengisitiharkan persetujuan dan sekaligus pelawaan lepada PAS untuk duduk bersama dalam situasi menang menang untuk terus mentadbir negara. Muhyiddin yang keliohatan lebih bersih harus diberi peluang lebih baik untuk memsbawa UMNO dan PAS duduk semeja.

Jika ini berlaku:

Sedikit kekecohan di UMNO antara yang tidak bersetuju dan bersetuju dan sebahagian kecilnya akan menyertai PKR.

Kekecohan lebih besar berlaku di dalam PAS dan membahagikan kepada dua kumpulan besar (sekarang pun sudah ujud gerakan seperti itu) dan senarionya PAS akan bergabung dengan UMNO dan sebahagian besar (45%) akan menubuhkan parti Islam baru dan sedikit sangat bersama PKR.

Kekecohan tsunami akan berlaku di dalam Pakatan apabila PAS keluar. Riuhnya seperti di pasar, ada yang kena lelong, ada yang kena rebut, ada yang kena jual, ada yang kena beli - senario akhirnya beberapa orang Wakil Rakyat Parlimen dan DUN akan melompat masuk PAS atau UMNO.


Senario itu lebih baik dari sekarang.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...