Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Bila Rosmah nak saman cikgu bad...

Blogger diarah bayarRais RM300,000
KUALA LUMPUR 19 Julai - Angkara fitnah yang dibuat secara meluas terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Ada beberapa kes profile tinggi yang rakyat sedang menunggu masa tibanya:


1. Bila Najib nak saman Anwar kerana fitnah pembunuhan Altantuya?
2. Bila Anwar nak saman Trio-T kerana memfitnahnya sebagai pelaku dalam vedio seks?
3. Bila polis nak saman Anwar kerana membuat laporan palsu?
4. Bila Rosmah nak saman Cikgu Bad berhubung cincin bernilai 24juta?

Tindakan saman dan membawanya ke mahkamah untuk diputuskan, adalah satu cara membersihkan nama seperti yang dilakukan Rais dan ini mampu menghentikan fitnah sewenang2nya...


Dan lebih penting, berani kerana benar, takut kerana .........

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...