Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Jalur Gemilang yang suram..

Petang Jumaat ini tidak banyak hendak diperkatakan cuma teringat semasa di masjid tadi, Solat Jumaat, dalam ribuan atau ratusan kereta di perkarangan pakir, dalam kawasan atau di bahu2 jalan boleh dibilang atau hampir tidak ada kenderaan yang memasang jalur untuk merayakan hari kemerdekaan, yang suatu masa dahulu ada gemilangnya. Kenapa ini boleh terjadi sekarang, lebih teruk dari zaman Paklah?
Apa tanda isyarat yang rakyat segenap bangsa khususnya orang Melayu mahu lemparkan sebenarnaya?

Biarlah Rais dan Najib atau Rosmah yang menjawabnya kerana muka mereka sering bangat terpapar di tv ketika ini, mereka yang paling layak menjawab.

Dan tolong jangan malukan umat Islam kalau mahu menyatakan Ramadhan adalah puncanya.

Dalam jawapan itu nanti, jangan lupa sebut 1Malaysia !!!


Najib mungkin terlupa kata kata bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, "Negara ini akan aman jika orang Melayu gembira. Jika orang Melayu tidak gembira, orang lain pun sudah tentu tidak akan gembira." Tidak sukar untuk memahaminya.

Sunday, August 30, 2009

Kita perlu kemerdekaan baru !!!


Bagi yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang hidup atas kemedekaan yang diperjuangkan oleh mereka mereka yang terdahulu.


Bagi mereka yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang mengisi kemerdekaan.


Bagi mereka yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang perlu mencipta satu lagi kemerdekaan untuk generasi selepas itu. Kemerdekaan yang bagaimana ? Acuan dan seleranya ?


p/s: Hadiah Kemerdekaan : Besok dijangka harga petrol akan naik.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...