Showing posts with label berundur. Show all posts
Showing posts with label berundur. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

NAJIB, berundur lebih baik...



PERKASA telah mempertikai dengan begitu teruk sekali kepimpinan gemalai Najib dengan sepupunya Hishammudin dalam beberapa isu kebelakangan ini yang tidak perlu disenaraikan di sini kerana sudah terlalu banyak dan saban hari dikupas dalam semua media dan sangat hebat di internet.


Semua isu melibatkan perlanggaran perlembagaan dengan jelas ditambahi tuntutan dan arahan kurang ajar, biadap, bangsat dan sial dari sesetengah pihak secara terang2an dengan hanya tindakan seperti melepaskan batuk ditangga dan peluk tubuh kerajaan Najib.


Pemerintahan kerajaan Najib sudah melepasi sempadan yang lebih buruk, lemah dari kerajaan paklah sebelum ini dan jika kegagalan dahulunya lebih kepada anak menantu dan kabinet separuh masak tapi kini kelemahan itu lebih kepada tubuh batang Najib itu sendiri 100% untuk dipertanggungjawabkan.

Walaupun saranan PERKASA lebih kepada ugutan dan menyatakan hilang keprcayaan tetapi sebenarnya dengan lebih tepat ialah Najib sudah sepatutnya berundur dengan sendiri. Walaupun masa sangat suntuk menjelang PRU13 tetapi lebih baik berundur sekarang, pasti ada pemimpin yang lebih baik dari Najib kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang tegas.

Kalau Najib tidak berundur sekarang untuk menyelamatkan keadaan, BN tetap tewas dengan malunya di PRU13 nanti. Rakyat yang atas pagar dan yang menyokong kerajaan akan bertindak sebagai 'silent majority' yang tidak akan menyebelahi BN.

Golongan pelampau sedang merancang dan bertindak ke arah mencetuskan rusuhan, reformasi dan huru hara untuk membolehkan pihak luar campurtangan. Matlamat ini akan berjaya jika banyak isu sensitif digembar gembur dan dipanaskan hingga berlaku permusuhan kaum dan ugama. Setakat manalah kerajaan gemalai Najib mampu memadam api kecil yang marak jika berlaku. Perhimpunan sekecil BERSIH pun pihak keselamatan sudah gabra.

Suara2 meminta Najib berundur wajar digerakkan.





Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...