Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

ulangan:

1Malaysia menjahanamkan Melayu dan Islam !!!

Ulasan panjang2 tidak perlu, sudah terang lagi bersuluh, cukuplah setakat nak bagi tau memang 1Malaysia itu melemahkan, merosakkan, merugikan dan menjahanamkan Islam dan Melayu?

Kalau ada sesiapa yang tidak setuju termasuklah PM atau para kabinet hapraknya, tolonglah sanggah fakta itu. Buktikan di mana kelebihannya? di mana untungnya?

1Malaysia itu sama juga tarafnya Negara Kebajikan PAS yang semuanya bertujuan untuk mendapat undi tetapi mengorbankan Melayu dan Islam.

Itulah rupa bentuk hipokrik dan dayus pemimpin UMNO dan PAS.

Saturday, April 23, 2011

1B betulkah menggugat DAP dan UMNO

Najib kini mendapat tekanan dari kaum Cina berhubung 1B gagasan Utusan yang disambut baik oleh Perkssa. Najib diejek kerana tidak mengenakan apa apa tindakan kepada akhbar pro UMNO dan juga dipertikai kerana tidak mengeluarkan kenyataan keras selepas mesyuarat kabinet Rabu.
Kerajaan juga ditempelak kerana isu yang sama jika '1C' dimainkan oleh akhbar Cina, tentulah kerajaan mengambil tindakan yang keras.

Pembangkang mula menunjukkan sokongan dan keperluan 1Malaysia apabila merasai 1B akan menggugat agenda politik perkauman mereka. DAP sudah mula terasa bahang apabila isu perkauman yang mereka mainkan telah menyebabkan Bumiputera hilang sabar sekaligus harapan mereka untuk bersatu dengan kaum Dayak di Sarawak akan tergugat.

Sudah terlambat buat Najib dan kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana ia kini sudah disambut dan diterajui oleh Perkasa yang akan mula berkempen di Alor Setar pada 30hb April dan seterusnya di 17 lokasi lain.

MengISAkan Ibrahim Ali atau menghalang perjumpaan 1B di 18 lokasi dengan menggunakan polis kelak akan menyemarakkan lagi kemarahan bangsa bumiputera dan barangkali ada pihak tertentu seperti PAS akan mencari pengaruh selepas ada ura2 PAS mahu mengasingkan diri dengan Pakatan selepas melihat gelagat anti Islam DAP di Serawak dan masalah moral Anwar.

Menghalang 1B dalam apa cara hanya lebih merosaakkan imej Najib di kaca Bumiputera sebaagai tunduk kepada tekanan kaum Cina.

Apakah kaum Cina benar benar berani mengadakan '1C'???? DAP mungkin sanggup jadi juaranya tetapi apakah mereka akan mendapat sokongan Dewan Perniagaan Cina dan Para Peniaga Kaum Cina???Mereka perlu berhati hati dan perlu berfikir beribu kali...

Kenapa UMNO tidak sokong 1B?, kata Najib, sokong Melayu sokonglah UMNO..itu dah cukup.
Dangkal betul Najib..suara penyatuan 1B sebenarnya lahir apabila kaum Bumiputera melihat UMNO sudah hilang arah, bukan lagi pembela Bumiputera malah makin tunduk kepada kehendak kaum bukan Bumiputera, lebih lemah dan lembek dari Paklah. Mana mungkin Melayu mahu menyokong UMNO lagi...

Najib turun padang sekadar nak tayang baju batiknya, bukan menyelam hati nurani orang Melayu dan Bumiputera. Apakah Najib ingat orang Melayu dan Bumiputera sekarang boleh dibeli dengan sekadar salam, tepuk bahu dan senyuman ???

Dan tak perlulah Najib ulangi perjuangannya 'sebijik' macam Tun Razak..memualkan.

1B perlu diteruskan sebagai satu persediaan, satu wadah baru perjuangan bumiputera mempertahan dan memperjuangkan hak mereka tanpa mengira perbezaan ugama dan parti. Persediaan ini juga sekaligus memberi ingatan dan amaran kepada mana mana pihak lain supaya menghormati perlembagaan negara dan jangan racist yang melampau.

Tidak siapapun yang perlu bimbang dengan 1B sebab ia tidak berteras pada politik dan tidak akan menganggu sesiapapun jika mereka tidak berniat jahat.

Sunday, April 25, 2010

Menang atau kalah yang macamana...

Kota Bharu: 7.30pm:

BN telah menggunakan seluruh kekuatannya samada kekuatan parti atau kekuatan kerajaan untuk menumpaskan PKR yang dianggap berada dalam lemah dan tidak sekuat sebelum ini, dan calonnya juga Zaid, dikatakan calon yang paling bermasalah berbanding dengan calon2 pilihanraya kecil lalu.

Andainya BN masih kalah, ini satu petanda yang paling buruk terhadap gagasan 1Malaysia dan memperlihatkan Najib dan UMNO belum berubah.

Jika menang dengan majoriti tipis, itu juga bukan satu petanda BN telah diterima semula.
BN tida pilihan, mesti menang dengan majoriti yang tidak boleh dipertikaikan.

Wednesday, April 29, 2009

Anwar makin cemas..1Malaysia Najib.

http://anwaribrahimblog.com/2009/04/30/1malaysia-sekadar-kosmetik-dan-laungan-retorik/
1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar
“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”
………
Laungan di atas cukup melunakkan satelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!
Satelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.
Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.
Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.
Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.
Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.
Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!
Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?
Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat satelah diperintah Umno selama satengah abad.
Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!
ANWAR IBRAHIM
..........................................................................................................

Satu cubaan Anwar Ibrahim yang terdesak dan sedikit cemas ialah samatarafkan dirinya dengan Nik Aziz untuk mendapat simpati ahli PAS.

Lebih kalut lagi, beberapa cadangan pembaharuan ekonomi semasa memungkinkan kaum India dan Cina kembali beralih menyokong BN.

Anwar makin kekurangan peluru...

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...