Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts
Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

23hb Tarikh Baru Demo ??!!

Kali ini wajar kita sokong, wajar lebih ramai, wajar lebih hebat dari hari ini.  23hb bukan anjuran BERSIH tetapi mungkin lebih kepada anjuran PERKASA jika ingatan kepada Peguam Negara supaya segera mendakwa Anwar berhubung laporan palsu kes vedio sex dengan pelacur cina tidak diberi perhatian.

Kempen dan seruan DAKWA ANWAR wajar dimulakan sekarang....

KUALA LUMPUR 8 Julai – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi masa selama dua minggu kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan melakukan laporan polis palsu berhubung isu video seks.
...............
Bagi yang yang kena tangkap di perhimpunan haram BERSIH  tanpa peduli dari pihak mana, ini yang menanti mereka:

Kakitangan sepenuh atau separa termasuk agensi kerajaan: buang kerja
Pelajar sekolah kerajaan dan IPTA: buang sekolah / buang univerisiti
Pelajar IPTS: Biasiswa atau PPTN ditarik balik dan bayar balik serta merta
Kakitangan GLC: buang kerja
Ahli komponen BN menyertai BERSIH: dipecat keahlian seumur hidup

Kerjasama juga diminta kepada mahkamah untuk mmenghargai anggota polis dan lain lain pasukan keselamatan yang bergadai nyawa dan bersusah payah menjaga keamanan dengan mengenakan hukuman penjara dan denda yang maksimum kepada para perusuh yang ditangkap dan didapati bersalah supaya menjadi tauladan di masa hadapan. 
..............

Anwar dah mampus ??!!!((&^^&%^**(*()()*&^^%% kena tembak...


Mampus tu sekadar makian dan harapan ramai orang....
Memang kena tembak dengan air FRU tapi sakit macam kena tembak dengan peluru besi...

Sunday, June 19, 2011

Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara


Ucapan dan pandangan Ku Li sangat baik untuk kerajaan (sekarang dan akan datang) untuk memikirkannya secara serius, sebarang penolakan atas apa jua alasan bukanlah 'jawapan terbaik' buat masa ini.

Cuma kuasa di mana dan apa yang perlu dikurangkan serta kaedahnya itu wajar diperhalusi dan diperbahaskan dan tempat yang paling sesuai ialah di parlimen sebagai tempat terakhir pemutus kata.

Secara tidak langsung pemusatan kuasa PM dan Peguam negara wajar dikembalikan ke Parlimen setakat mana yang difikirkan perlu.
Sebelum itu wajar dijadikan diskusi ilmiah di peringkat universiti begitu juga dengan pengterlibatan Majlis Raja2 Melayu, Majlis Peguam dan lain lain NGO, secara menyeluruh.

Ia bukan sahaja pembubaran, pindaan atau penyesuaian pemusatan kuasa PM dan Peguam Negara sahaja tetapi meliputi lain lain perkara pentadbiran dan pengurusan hingga membawa kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa yang sehampir bentuk dengan Kongress seperti di Amerika.

Matlamat sebenarnya bukan sahaja mengurangkan pemusatan kuasa PM atau Peguam Negara untuk mengurangi isu rasuah, seleweng atau kroni tetapi juga mengurangkan kroni, rasuah, kepentingan peribadi kepada siapa sahaja kuasa itu diserahkan.

Lebih penting siapa sahaja yang pegang kuasa itu pula tidak mudah dan tidak ada jalan untuk pihak lain mempengaruhi.
Bagaimanapun PM yang dipilih oleh pelbagai proses wajar diberi kuasa PM yang sewajarnya untuk mentadbir negara dan badan2 lain yang diberi kuasa lebih kepada pemantauan yang berkuasa eksekutif.

Pengurangan kuasa PM dan Peguam Negara tidaklah menjamin tidak akan ada masalah2 lain yang akan timbul dan negara tidak juga memerlukan terlalu banyak nakhoda.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...