Showing posts with label Azizah. Show all posts
Showing posts with label Azizah. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

No Wonder...Azzizah percaya



Berdasarkan artikel ini http://anwaribrahim.com2011/04/21anwarmestidihapuskan/ no wonder Azizah bermati matian percaya dan yakin pada Anwar, apalagi agaknya sogokan konco konco dan Anwar sendiri terhadap Azizah anak beranak.






Mungkin satu solat hajat besar besaran perlu dibuat untuk menyelamatkan Azizah supaya diberi hidayah dan kekuatan untuk membongkar segala misteri dah rahsia, kelak menjadi sejarah dan lagenda buruk siasah terbesar Malaysia.






Bebaskah Azizah sekarang untuk menemui siapa sahaja untuk mendapat pandangan dan nasihat atau sebenarnya dia selalu di awasi??!!

Monday, November 2, 2009

Siapa Anwar sebenarnya....Azizah perlu jumpa Nik Aziz..







Cabaran Ezam dan ramai lagi sebenarnya yang tertanya tanya dan ingin tahu dari Azizah supaya menceritakan dan memperjelaskan keadaan sebenar tentang tindak tanduk Anwar cukup menarik dan rakyat tertunggu tunggu hingga ke hujung dunia akan 'peristiwa bersejarah' tersebut.

Sudah banyak versi yang dipertontonkan bagaimana adanya krisis dalaman Anwar, Azizah dan Azmin dan bagaimana mereka menjual diri masing2 dan berlakon untuk berada di pentas politik sejauh ini. Hanya mereka bertiga mengetahui titik noda hitam yang terjadi dan perlu disimpan selamanya.
Bukan setakat persepsi Anwar bersama isteri Azmin, bagaimana pula dengan Azizah... Banyak rahsia peribadi yang perlu disingkap tetapi Azizah dan Azmin bukanlah lakon layar utama yang mencorakkan politik negara untuk diperhebohkan.
Menjadi hak peribadi Azizah untuk tidak menceritakan hal peribadi 'dalam kain mereka' tetapi merendam sesuatu yang lama dari pengetahuan rakyat adalah bebanan berat apatah lagi jika yang direndam itu satu 'dosa'.


Azizah mengambil pendekatan menutup aib suami adalah satu kewajipannya, sesuatu yang mesti dilakukan demi tidak melukakan hati dan perasaan anak2 dan ibubapa tentang kisah sebenar Anwar. Baginya itu antara Anwar dengan Tuhannya.

Azizah mengambil masa yang terlalu lama atau sebenarnya tidak mempunyai kekuatan..bagaimana dengan Nurul?

Tindakan rasional yang perlu di ambil oleh Azizah ialah berjumpa dengan Nik Aziz untuk mendapat pandangan politik... dan Dato Seri Dr Haji Harussani untuk mendapat pandangan ugama.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...