Sunday, February 8, 2009

Lompat ke BN - hina

Kemaskini 8.04pm

Daripada penyokong UMNO menghabiskan masa dan tenaga memboooo..karpal sigh adalah lebih baik mereka memasang sepanduk merayu Nizar memohon maaf kepada Sultan dan kembali ke jalan yang jernih. Penyokong PAS pula perlu menggesa Nizar menuntut semula jawatan melalui mahkamah secara sopan dan terhormat atau secara teknikal dan strategi yang sama kembali berkuasa.

Rakyat perlu suasana yang aman dan pertikaian melalui kertas sahaja.

................................

Calon Ketua Pemuda, Mukhriz sarankan PAS Perak sertai UMNO untuk mentadbir negeri. Mungkin dalam hal ini Nizar sesuai dilantik semula sebagai MB dan Dr. Zambri sebagai Timbalan Menteri Besar.

Tetapi kenyataan Nik Aziz mungkin tidak mampu menjadikannya realiti .Nik Aziz sendiripun dah nyanyuk sesat, katanya lompat ke BN - hina tapi kalau lompat ke Pakatan - syurga.

Sebesar manapun ulamak tetapi terlalu politik maka yang subahah pun (seperti krisis di Perak) ulamak tersebut tetap memilih kroninya yang betul. Sepatutnya Nik Aziz memberi tegur nasihat yang membina untuk kebaikan sesama Islam. Kalau UMNO itu puak yang zalim dan jahat - balasan menunggu mereka khususnya di PRU13 nanti.

Tapi agaknya apa komen Nik Aziz kalau YB PAS kompat ke DAP atau PKR - dua kali syurga kot.

Tun Dr. M calon Ketua Baru Pakatan...

Siapakah agaknya yang dimaksudkan oleh Karpal bahawa Pakatan memerlukan pemimpin baru untuk menerajuinya...

Jika mahu dikaitkan dengan Nik Aziz atau Hadi Awang - mana mungkin kerana isu hudud adalah antara isu yang menjadi duri dalam daging Pakatan.

Mungkinkah Karpal merujuk kepda dirinya sendiri...suatu cadangan yang baik tetapi fizikalnya Karpal agak 'leceh' untuk berdemonstrasi yang menjadi budaya DAP atau budaya Lim Eng Guan.

Jika Lim Eng Guan yang dimaksudkan mungkin PAS lebih bersetuju kerana mereka sudahpun menganggap Lim Eng Guan mirip khalifah.

Atau mungkin ada sesiapa yang ingin mencadangkan kepada Karpal supaya Tun Dr Mahathir dicadangkan sebagai Ketua baru Pakatan..

Rakyat menilai pakatsaitan atau beeend

Ada yang berpendapat apa yang terjadi di Perak adalah satu Grand Plan Najib - dan selepas ini plan tersebut mensasarkan Kedah dan Selangor.

Sebenarnya tidak ada grand plan pun, yang ada hanyalah sekadar bermula dengan Nasaruddin yang melompat ke PKR dan dengan gah dan sombongnya Nizar memberi reaksi. Atas itu semuanya tetiba atas rancangan dan angan angan (bukankah najib diperlekehkan sebagai muflis strategi !) kecil dan berkebetulan ada peluang lalu UMNO sekadar menangguk di air yang dikeruhkan.

Kalau hari ini Pakatan ghairah sangat menunding jari kepada UMNO, bererti mereka mengakui kehebatan UMNO, itukah yang mereka mahu, itukah cara mereka menutup kesilapan dan kebodohan mereka sendiri.

Adakah salah untuk mengatakan PKR bodoh ? Apakah salah untuk mengatakan Anwar pun tak pandai sangat, lebih cakap dari tindakan. Dan salahkah untuk mengatakan mereka yang tersilap dan tersalah. Kalau itu pun tak boleh cakap, tak boleh kata - sah PKR dan menyokongnya masih dilamun mimpi menang sikit PRU12 yang lalu.

Masa dah berubah - rakyat dah menilai masing masing, baik Pakatsaitan ataupun BeeEnd.

p/s PKR segera menarik Nasaruddin melompat ke PKR apabila sudah terhidu dan menyedari dua orang exconya hilang dan tidak dapat dikesan, mereka sudah tahu nasib yang menimpa dalam sekelip mata. Tajol Rosli sepatutnya bertindak lebih pantas sebelum Nasaruddin melompat dan akhirnya dia meletakkan jawatan kerana kelemahannya.

Friday, February 6, 2009

Cuaca panas sekarang - jom kita memancing

Anwar: Jom Kita memancing
Nizar: Nak pakai umpan apa..
Nga: Ini umpan boleh maaa..

- Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

- Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.

- Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).

- Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.


( Dah hilang kuasa baru nak laksanakan... )

Ranking semasa: Anwar tercicir jauh dari najib..

Berdasarkan kepintaran, khusus untuk ahli politik di Malaysia, berikut adalah ranking mereka sebelum dan selepas 6hb Februari 2009

Sebelum 6hb Februari 2009

1- Tun Mahathir
2- Anwar
3- Najib
4- Nik Aziz
5- Lim Kit Siang
6- Lim Eng Guan
7- Muhyiddin
8- Dolah
9- Hadi Awang

Selepas 6hb Februari 2009

1- Tun Mahathir
2- Najib
3- Muhyiddin
4- Nik Aziz
5- Dolah
6- Anwar
7- Hadi Awang
8- Lim Kit Siang
9- Lim Eng Guan

Nizar terlepas pandang Nik Aziz..

Keadilan melalui Anwar gagal mengawal dua exconya membawa padah kepada Nizar (PAS) yang hilang jawatan.

Tingkah laku Nizar semasa menjadi MB hinggalah ke saat saat akhir pemecatannya, gagal adalah disebabkan dia begitu menjadi telunjuk kepada orang lain hingga hilang pertimbangan dan kewarasan sendiri dan UMNO menggunakan kesempatan tersebut. Satu kesempatan yang akan dipergunakan oleh sesiapa sahaja, hatta siput b.a.b.i sekalipun.

Nizar yang berlandaskan PAS hilang cara dan watak sebagai seorang PAS - malah tidak langsung ada bayangan keIslaman seperti Ustaz Azizan di Kedah yang menjadikan Kelantan sebagai rujukan kasar. Nizar tenggelam dan lemas dengan kuasa yang datang bergolek seumpama menang loteri dalam hidupnya.

Kesilapan demi kesilapan NIzar dalam tindakannya 'mendeharka' kepada Sultan sekali lagi di eksploitasi UMNO melalui media dan membawa persepsi buruk kepada rakyat yang mula hilang simpati sebaliknya memperlihatkan Nizar lupa asal usul malah rakus dalam kuasa.

Tindakan membawa ke mahkamah hanyalah tindakan untuk menutup malu atas kekecewaan dan kegagalan pakatan Rakyat. Lim Kit Siang, Karpal Singh termasuk Anwar adalah watak watak lama dan desprate dalam tiandakan mereka, strategi dan idea lapuk. Skrip lama dan tahap membosankan.

Kesimpulannya, Najib yang sering diperlekehkan, dipersenda kerana tewas di pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akhirnya muncul dan menang di satu negeri Perak selepas beberapa jam sahaja menjadi Pengerusi BN Perak.


Anwar sudah ketinggalan 2-10..terkejar ke..

Tuesday, February 3, 2009

Tuan makan senjata sendiri...

Semasa kerajaan dilanda krisis ekonomi 1998, Menteri Kewangan, Anwar pada masa itu cuba menggadai Malaysia kepada IMF dengan agenda tertentu termasuk agenda politik menggulingkan Mahathir ala reformasi tetapi gagal sebaliknya dia masuk ke kandang untuk beberapa tahun. Ekonomi Malaysia dapat diselamatkan dengan pendekatan yang sudahpun menjadi lagenda sejarah.

Apabila Dolah dilantik menjadi PM, antara langkah pertama yang dibuatnya ialah melepaskan singa yang sudah dikandang, sangka Dolah singa itu sudah jinak dan menjadi singa sarkas untuk Dolah 'lagukan' seperti kodomo lion kesayangannya. Hari ini singa itu telah menggunakan hukum rimba dalam agenda politiknya dan Dolah sudah tinggal sehelai sepinggang seperti seorang tarzan yang hilang tali.

Selepas PRU12. Anwar beria ia mengistiharkan pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan akan berlaku pada September 2008 dengan 'penghijrahan' (sedap istilah tu) Ahli parlimen BN ke Pakatan tetapi semuanya tidak menjadi. Adakah kini 'senjatan makan tuan' apabila angin bertiup kencang BN akan ambil alih kerajaaan negeri Perak dengan penghijrahan (tak salah kot pakai istilah tu) Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan ke BN.

Dalam situasi politik Perak terkini siapa yang betul atau salah bukan menjadi persaolan utama kerana majoriti rakyat yang tidak mempunyai agenda rakus peribadi tentunya tidak setuju pilihanraya kecil di adakan kerana umumnya menyusahkan rakyat dan negara, menganggu ekonomi dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang keluar dari kedua dua pihak.

Adalah wajar pindaan dibuat di SPR supaya mana mana kerusi DUN atau MP yang dikosongkan dalam tempoh 2 tahun selepas pilihanraya atas sebab sebab kematian atau perletakan jawatan atau apa sahaja alasan, tidak akan di adakan pilihanraya kecil sebaliknya calon yang tewas dengan majoriti kedua terbesar pada pilihanraya yang lepas dipilih secara otomatik menggantikannya. Satu penjimatan 'tenaga' yang cukup berkesan.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...