Wednesday, April 20, 2011

Iban faktor penting di Sarawak.






DAP sedar, sampai mati pun tak boleh tawan Sarawak sekadar mengharap undi Cina, kecuali dapat pengaruhi orang2 seperti mirip Anwar dari kalangan Malanau.



Seterusnya kegiatan keahlian baru DAP mesti dipercepat, dipergiatkan di kalangan Iban dan kaum kaum lain. DAP lebih beruntung jika kaum Iban terus jadi ahli DAP daripada menjadi ahli PKR kerana parti bermasalah itu tidak boleh diharapkan. PAS juga gagal menarik sokongan besar dari kalangan Malanau.




Kepada DAP, selamat berjaya!!!



Kepada BN, apa langkah seterusnya???






Oleh itu apakah cadangan 'menyisihkan' kaum China di Sarawak atas faktor tidak menyokong BN wajar dilaksanakan???

PAS nak beli air UMNO - apa fatwa Nik Aziz? Boleh ke..

Kelantan rancang beli air Terengganu 5 juta liter sehari
20/04/2011 6:06pm


KOTA BHARU 20 April - Kerajaan Pas Kelantan akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, berkata, langkah itu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak, satu kawasan yang terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini beliau berkata, kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.

Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang. - Bernama

Betul ke Najib seperti Allahyarham THARazak

Seperti dilaporkan dalam Utusan 18hb April MS3.
PM berkata, dari segi prinsip, matlamat serta semangat perjuangan antara beliau dan bapanya adalah sama dan tiada beza samasekali.
"Sebab itulah dari segi perjuangan, saya anggap perjuangan saya ini sebagai menyambung perjuangan yang telah dimulakan oleh Allahyarham ayahanda saya. Ia merupakan satu penerusan"

Allahyarham TARazak selamatkan Melayu dalam 13Mei dan penubuhan Felda untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Melayu, penubuhan MARA dan banyak lagi untuk orang Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan luar bandar.

Usaha ini diteruskan oleh Allahyarham THO dan TunDRM...

Datang Paklah..semuanya jadi reverse, gostan,hampeh...

Agaknya apa, di mana nak diletakkan Najib yang dikatakan meneruskan perjuangan Allahyarhaam Ayahandanya?
Apa sumbangannya pada orang Melayu?
Apa yang dikekalkan? Apa yang ditiadakan? Apa yang ditambah? Apa perancangan meganya terhadap orang Melayu? Melayu yang macamana 2020 nanti?

Yang pandai tolong jawab. Jangan sampai Anwar perlekeh dan ketawakan Najib di PRU13 nanti

Tuesday, April 19, 2011

Siapa lagi yang nak pergi Ka'abah...






Dato Syazryl Eskay kata bukan sekadar mahkamah di Malaysia sahaja, di depan Ka'abah pun beliau sanggup sumpah laknat.

MAS dan Air Asia mungkin sedia bermurah hati nak bagi diskaun harga penerbangan pergi dan balik... (Rafidah pun boleh ikut serta sebagai Pengerusi XAir Asia)

Siapa lagi yang perlu ikut, khususnya yang kena fitnah dan buat tuduhan..Ka'abahlah tempat yang paling sesuai.. tak semestinya nak buat sumpah laknat, memadai buat cermin diri, buat penafian kalau berani...


Nama nama seperti Ku Li, Nik Aziz, Saiful, Khalid, Nizar, Razak Baginda, Ummi, Azmin, Shamsidar, Rosmah, Najib, Anwar, Rais, Rahim TC , Shuib, Kol Azmi, RPK, Din Merican, Nurul, Azizah... antara yang relevan.




Tukang hantar kat airport ialah Karpal, Phang, Nalla, Guan Eng, Kit Siang, Sivarasa, Tian Chua, Amoi Cina, Wakil Omega, ...








Bloggers pun elok ikut serta

Monday, April 18, 2011

Anwar wajar berwajah baru..


Beberapa blog menukilkan Anwar ke London dan melawat Klinik Pembedahan Plastik, sekadar 'window shopping' apa salahnya.


Malah wajar juga Anwar melakukan sedikit make up untuk wajahnya supaya tampak lebih tenang, ceria, manis. muka tidak bersalah, muka orang beriman, muka berkeyakinan dan tinggalkan sedikit 'muka simpati' sebaik sahaja kembali ke Malaysia untuk berdepan dengan wartawan dan penyokong.


Wajah itu juga perlu untuk keluar masuk mahkamah yang lebih kerap selepas ini dan paling penting wajah itu mengelirukan Dato T.

Mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja..

Sebelum menjelangnya PRU13, elok kita bertanya kepada orang2 Cina Sarawak, Sabah dan Semenanjung dan wakil mereka DAP, apakah benar dan bersungguh sungguh mereka mahu gunakan nsentimen perkauman. Sudahkah mereka fikir semasak masaknya...

Sambil menunggu jawapan mereka, elok kita orang Melayu tidak kiralah UMNO atau PAS secara individu, atas kesedaran, atas keikhlasan, kapasiti peribadi moh kita mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja kerana itu adalah wajib...


Itupun kalau masih berjiwa Melayu le...

Si Bengong bagitahu kepada pengikutnya yang bangang...

bacalah kalau belum baca kenyataan rasmi si bengong kepada pengikutnya yang bangang..


Saolan saya: Sudahkah polis mendakwa Anwar berkaitan isu video seks? Kenapa si bengong kata akan dakwa Anwar sedangkan polis belum bagi tahu siapa pelaku tersebut. Nampaknya si bengong cukup yakin pelaku dalam videop seks tersebut ialah Anwar.


Kedua: Kes liwat Anwar yg pertama dilepaskan bukan pasal tak liwat, tapi s0al teknikal - kes dikaitkan juga dengan Paklah dan KJ yang campurtangan untuk 'melepaskan'..

Kes liwat yang kedua masih dalam perbicaraan.

Si bengong nampaknya mendahului dan menghina mahkamah.





Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...