Sunday, May 6, 2012

Anwar hanya iktiraf Lim Kit Siang + Tekanan.... Azmin tinggalkan Anwar....

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” - Che Tom

Anwar di jalan yang salah ke.. ?

'Saya nasihatkan kepada Azmin pergi berjumpa dengan ibunya,"- Wan Azizah.


Hahaha.. "No Komen" - Khalid Ibrahim

sooner or later...


Aku respek kalau letak jawatan...tapi

Mamat ini meluahkan sesuatu untuk 'angkat diri' selepas dipecat tentu tak berapa genuine, something wrong somewhere, kalau dia letak jawatan kemudian beri komen...bolehlah aku respek.

Dan aku nak tanya mamat ni, sejak jadi ahli DAP, apakah ketua menteri pulau pinang paling celaka (aku pijam bahasa sesetengh blogger) sangat terbuka, tolerate dan bebas kepada media hingga menghalang Utusan dibeli oleh sekolah2 cina-kenapa tak bercakap soal itu pada DAP seperti keberanian Tuanku Aziz menempelak DAP berhubung BERSIH. Apakah mamat ini jadi kelabu asap sebab lumayan pendapatannya di sana.

Jangan tunggu kena pecat dengan DAP baru nak ulas DAP semua tak betul, tapi sekarang dukung DAP macam dukung biawak hidup.

Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan


Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.

"Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).

Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa.

Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah.

Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya.

Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siska kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali.

Yang benar,

Hata Wahari (Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).

Saturday, May 5, 2012

Tulisan longkang pecacai pembangkang...

Bodoh sangat ke UMNO nak angkut semua orang luar Kelantan untuk hadir dalam lawatan Najib ke Kelantan... Najib datang ke Kelantan selain sokongan moral kepada UMNO Kelantan memang nak tengok sendiri realiti sambutan rakyat Kelantan sendiri..Kalau benar rakyat tolak Najib dan UMNO, Najib tak kelapaq nak hulur pelbagai bantuan..

Paling malang, program PAS di Kelantan sendiri pun dah kurang sambutan, itupun PAS perlu tapis mana2 pemimpin yang boleh datang dan tidak boleh datang..Boleh ke Azmin berceramah di Kelantan? PKR Kelantan sendiri menolak Azmin, apalagi PAS?

Di Johor Baharu perhimpunan dibuat di perkarangan Pusat Membeli Belah Angsana, satu tempat tumpuan umum pada hujung minggu digemburkan pembangkang mendapat sambutan hebat. Orang singapura yang datang shopping pun dikatakan sokong pembangkang...kemaruk betul. Memanglah ramai yang berkerumun nak tengok 'sekor dua beruk pegang microphone terjerit-jerit' di tempat parking.



Patutlah Program Najib Di Kelantan Di Hadiri 70 Ribu Orang.. Ini Sebabnya


Posted by Addin at 5/05/2012

Najib beranggapan atau syok sendiri apabila mengatakan rakyat kembali menyokongnnya dan United Malays National Organisation (Umno). Tapi Addin tak percaya kerana dari dulu, kini dan selamanya United Malays National Organisation (Umno) nih kerana mereka selalunya menggunakan taktik memancing orang supaya datang ke programnya. Mereka tabur wang ringgit dan pelbagai insentif lagi untuk menarik rakyat untuk hadir ke program mereka nih.
Statement lucu Najib mengatakan perhimpunan nih lebih ramai dari Bersih 3.0. Najib betul-betul membodohkan dirinya sendiri. Ini terbukti apabila pendedahan yang di lakukan oleh Topeng Perak berkenaan program Najib di Kelantan semalam..

Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!

Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus.

Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan.

Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN.

Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai.

Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. ~topengperak



Melayu yang waras dalam DAP..tiada Cina atau India dalam DAP yang berani menyatakan kebenaran walaupun pahit...

DAP yang pada mulanya cuba mempamirkan tidak perkauman dengan memasukkan beberapa tokoh Melayu kini terpaksa menghentikan strategi yang makan tuan, kena lebih berhati-hati dan perlu bimbang kerana Melayu seperti Tuanku Abdul Aziz adalah Melayu yang tidak berkepentingan diri, tidak terdesak seperti Anwar dan bukan spesis seperti Aspan dan Mongkol ??

DAP kena ingat bukan semua Melayu dalam pembangkang seperti Hadi, Mat Sabu atau Nik Aziz yang senang dicucuk hidung. Masih ada yang waras yang sanggup dipecat seperti Hassan Ali, YB Zul dan ramai lagi yang akan bangun menentang dari dalam demi 'kebenaran'.



KUALA LUMPUR, 5 Mei – Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,
kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.


Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan “malaikat yang diturunkan dari syurga dan langsung tidak boleh dipersalahkan.”

“Mereka seharusnya menerima elemen tambahan daripada perhimpunan anjuran mereka yang menimbulkan kekecohan dan huru-hara selagi mana ianya masuk akal,” kata Naib Presiden DAP itu dipetik akhbar The
Star.

“Mereka meletakkan beban kesalahan itu di bahu pihak polis, sedangkan mereka harus sedar mereka juga bersalah,” tambahnya.
Tunku Abdul Aziz (gambar), yang juga Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun pihaknya tidak menafikan ada sesetengah peserta yang sememangnya benar-benar menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, “namun, sebagai bukti, ada juga pihak yang berfikiran sebaliknya.”
“Bersih 3.0 hilang kawalan daripada matlamat utama mereka kerana ia telah disabotaj,” kata pemimpin DAP berkenaan.
Tunku Abdul Aziz telah mengeluarkan kata-kata lantang terhadap kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang secara terbuka menyatakan beliau tidak menyokong perhimpunan Bersih 3.0 kerana ia “menyemai semangat rakyat untuk melanggar undang-undang.”

“Penentangan saya terhadap demonstrasi seperti ini - menggalakkan rakyat melanggar undang-undang sedangkan kita adalah pemimpin mereka yang menggubal undang-undang.
“Saya dapat rasakan berlakunya konflik di sini.
“Saya tidak kisah jika perhimpunan itu tidak menyalahi undang-undang, namun melanggar undang-undang tidak akan saya sokong,” katanya sehari sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataannya itu mendapat reaksi negatif Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan pendirian Tunku Abdul Aziz itu memalukan parti.

“Saya terkilan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat Senator Tunku Abdul Aziz menolak hak Bersih untuk berhimpun ... untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Pendirian Senator Tunku itu berkenaan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pendapat individu di antara ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang lain,” kata Lim dua minggu lalu.





Penghormatan pada Ambiga, Anwar - Pemerhati...Antara Perhimpunan Raksasa Dunia...

Ambiga dan Anwar wajar jadi tetamu terhormat untuk belajar:
1) Patuh pada undang2
2) Pilih tempat yang sesuai
3) Apa maksudnya perhimpunan aman
4) Kalau rasa kuat dan jadi pilihan rakyat - tak perlu mengganas
5) Bukan setakat bersih di mulut tapi lebih penting di hati



Perhimpunan raksasa Jumaat depan tanda kekuatan Umno: Najib


May 5, 2012 Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
“Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.
“Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di sini.
Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.
“Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini,” katanya.
Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema ‘Umno Pembela Rakyat’ berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.
Bernama



Friday, May 4, 2012

Masa depan Malaysia di tangan saya...

Bagi orang Islam -  lihat ' nur ' di wajah saya ?
Bagi yang bukan Islam - ini tapak tangan saya...

lu pikir lah sendiri..

Urgent: Benar atau fitnah? UMNO PP kena selesaikan....

Saturday, May 5, 2012Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?


Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.

"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.

"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri.

Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.

Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.





3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...