Thursday, June 7, 2012

Azwan Ali ahli parti mana...


 Keterujaan artis menjadi ahli parti politik. Apa status Azwan? Parti mana yang sudi terima makhluk ini.

Wednesday, June 6, 2012

Nurul Izzah bukan level saya..

Umi Hafilda tidak menafikan berani dan sanggup bertanding di mana2 kawasan pilihanraya yang ditandingi oleh Anwar atau Azmin tetapi tidak akan mengotorkan kakinya untuk bertanding dengan Nurul Izzah kerana 'budak' itu bukan levelnya.

Bila diimbas kembali siapa Nurul Izzah memang nyata budak tu sebenarnya 'nothing' cuma bernasib baik jadi calon kerana pengaruh ibu bapanya dan menang kerana rakyat membuat undi protes kepada Paklah. Selebih dari itu jasanya?, ideanya? - hampeh.
Adalah sukar untuk dia menang lagi jika dicalonkan dalam PRU13 nanti jika dilihat senario sekarang kerana anwar sendiri akan 'kalah' hasil politik dalaman untuk memastikan anwar gagal menjadi PM kalau Pakatan Pembangkang menang kerana ada 'orang dalam' lain mempunyai minat yang sama.

Kalau Nurul Izzah bukan level Umi Hafilda, bagaimana Mak Lampir - aku rasa di luar taste Umi juga.

Depa dah mai Putrajaya...

Berdasarkan gambar anwar and the gang, sedang menggayakan langkah bergaya ke Putrajaya (bayangan penulis) dan melihat individu2 yang ada di dalam gambar, nyata anwar sebagai Presiden atau setidak-tidaknya Perdana Menteri, Maniam sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ah Chong Menteri Kewangan...mana dia mat sabu, karpal, guan eng etc ? Takkan tercicir !
Katanya anwar akan mengumumkan satu kejutan politik di Sabah yang akan menukar landskap politik negara dalam masa terdekat.

Daripada buat lawak macam tu aku lebih suka nasihatkan anwar memujuk KM PP, MB Kelantan dan Selangor untuk bubarkan awal DUN bagi membolehkan PRU di adakan sebagai tanda keyakinan mereka yang tinggi. Ada berani?

Tuesday, June 5, 2012

UMNO perlu hentikan serangan ke atas Poknik dan PAS Kelantan..

Kesan boikot pembangkang terhadap Utusan Malaysia terutama PAS terhadap ahlinya sangat memberi kesan yang baik kepada mereka kerana membiarkan 'kebodohan maklumat' ahli2nya menyebabkan ahli merasakan PAS itu Islam, Islam itu PAS dan PAS itu betul semua dan semuanya betul adalah PAS.

Hari ini saya berada di Kelantan dan sempat berbincang politik dengan kawan dan juga pelanggan saya yang majoritinya memang menyokong PAS. Ada di antara telah saya war2kan bahawa untuk melihat pembangunan dari segi infrastuktur dan projek wajar BN menang di Kelantan. Kawan2 tu mengangguk tanda setuju...cuma saya tak cakap secara direct, lu tunggu apalagi, undilah UMNO.

Tetapi ada juga berpendapat, PRU13 ditangguhkan kerana UMNO belum ada keyakinan menang sehingga Muhyiddin mengeluar kenyataan, "PRU13 ini adalah penentuan hidup mati UMNO"? Ada juga logiknya. Secara piskologinya - PAS akan terus kekal di Kelantan atas ketakutan UMNO itu.

Hasil tidak membaca utusan dan ikuti media perdana lain sebaliknya bergantung kepada harakah dan pentas ceramah pembangkang kebanyakkan mereka tidak tahu sangat apa yang terjadi sekarang. Mereka tidak tahu Nizar memberi kelulusan tanah kepada orang cina hingga 999 tahun? Tidak tahu Nizar memperlekehkan Sultan Johor?  Saya tanya mereka agak2nya lah apa reaksi mereka tanpa mengira parti kalau Sultan Kelantan diperlekehkan? Tidak tahu ada fatwa mengharamkan BERSIH 3.0? Tidak tahu lebuhraya akan dibina jika BN menang di Kelantan? dan banyak lagi info sebenar dan realiti yang ahli dan rakyat Kelantan tidak tahu atau sekurang-kurangnya ambil tahu dan buat pertimbangan sendiri dan bukannya sekadar disogok oleh penceramah pembangkang yang segalanya semuanya salah BN.

UMNO Kelantan sebenarnya sangat mudah menawan Kelantan tetapi dengan syarat membanyakkan majlis penerangan secara ikhlas memaklumkan perkembangan semasa dan biarlah maklumat itu dinilai dan dipertimbangkan sendiri oleh mereka untuk membuat keputusan.

Antaranya UMNO Kelantan perlu menyumbangkan Utusan Malaysia secara percuma ke tempat2 awam seperti restoran, sekolah, pejabat2 dan kawasan kampung bagi membolehkan rakyat Kelantan terdedah kepada maklumat.

UMNO perlu memperbanyakkan majlis2 ugama dan menyelitkan Utusan Malaysia sebagai cenderahati kepada tetamu dan peserta. Rakyat Kelantan sangat dahaga maklumat benar dan bukannya maklumat yang disogok oleh pentas ceramah dan harakah. UMNO kena sedar bahawa golongan atas pagar dan yang bukan ahli PAS adalah kumpulan sasar dan yang perlu diberi pendedahan.

Menyerang PAS membuta tuli tidak akan banyak membantu kesedaran rakyat Kelantan untuk menyokong UMNO.  Pemimpin kerajaan dan UMNO wajar teruskan pemberian dan sumbangan kepada rakyat tetapi kurangkanlah 'membebel' dan tidak perlulah mengungkit dan mengajak rakyat secara langsung mengundi UMNO kerana itu dianggap tidak ikhlas dan rasuah pilihanraya.

UMNO tidak wajar melakukan tindakan2 yang menggambarkan tamak dan rakus kuasa sebaliknya tunjukkan keikhlasan dan mahu membawa perubahan bukan kepentingan diri pemimpin sebaliknya kepentingan rakyat tempatan. Menunjuk-nunjuk kemewahan yang berlebihan perlu dielakan.

UMNO Kelantan tidak perlu membuat serangan dan kritikan hebat kepada PAS Kelantan kerana rakyat salah tafsir sebagai UMNO irihati dan tamak seperti yang Nik Aziz tuduh kepada UMNO.

Dalam lain peerkataan, biarkanlah Kelantan ditadbir oleh Nik Aziz PAS selama mana pun mereka mahu memerintah? apakah itu satu kerugian kepada UMNO Melayu dan Islam? Biarlah rakyat Kelantan sendiri membuat keputusan samada mengekalkan atau menghumban PAS suatu ketika nanti.

Biarlah rakyat Kelantan sendiri menilai sejauh mana mereka pandai, sejauhmana mereka maju, sejauh mana mereka lebih beriman dari orang lain, sejauh mana Islam lebih mulia di tangan PAS.

Kalau ada sesiapa suatu masa nanti terasa nak kencing atas kubur nik aziz atau husam biarlah dia dari puak PAS sendiri, bukan dari UMNO. !!?

UMNO kalau mahu berjihad, berjuanglah di Penang, tawan semula Penang dari DAP dan letakkan Melayu sebagai Ketua Menteri.

Monday, June 4, 2012

Habislah Tun - DAP nak dedahkan !!!

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," TDM

Sewajarnya Tun tidak perlu gentar dengan tohmahan demi tomahan kerana soal nak bawa atau nak kenakan Tun dengan pelbagai tuduhan sebenarnya bukan sahaja di mulakan di dalam Malaysia tetapi cuba dibuat oleh pihak asing sejak dari dahulu lagi tetapi malangnya mereka tidak dapat petunjuk atau bukti apa-apapun.

Semasa dipecat, Anwar kata berguni berlori bukti kerajaan rasuah? manadia? begitu juga di Selangor? kononnya berlambak Khir Toyo rasuah - yang ada hanya satu, tu pun masih di peringakt rayuan.

Kalau ada bukti, dah lama mereka akan heret Tun ke mahkamah dan sebagainya. Seperti sekarang, mereka cuba libatkan Najib dengan pembunuhan Atantuya dan pembelian kapal selam Prancis nyata hanya dongeng semata-mata.

Yang pasti mereka cuba burukkan Tun kerana amereka tahu Tun masih berpengaruh ke atas kuasa undi rakyat pada PRU13 ini.

Sunday, June 3, 2012

nak debat dengan rosmah? hilang akal agaknya...

"Saya wajar berdebat dengan kak wan terlebih dahulu sebelum berdebat dengan rosmah" - jangan pandai2 kata..

Demi Islam, bangsa dan negara Wan Azizah wajar jadi srikandi negara dengan melakukan sesuatu yang betul dan pada masa yang betul..

Saturday, June 2, 2012

Kezaliman UMNO yang amat dasyat

Sudah sampai masanya terutama sebelum pilihanraya Pakatan Pembangkang wajar menendang keluar PAS atau sekurang-kurangnya memberi amaran terakhir kepada PAS terutama Presidennya supaya bersikap dan berkelakuan sopan dalam memberi pendapat dan hujah.

Ucapan Hadi Awang di Kedah yang masih mahu mempertahan Melayu dan Islam sahaja sebagai PM agak ketinggalan dan membelakangkan kepentingan dan perjuangan DAP yang disokong kuat oleh Anwar yang sudah berulangkali menyatakan kepercayannya lebih kepada Lim Kiat Siang berbanding mana2 pemimpin termasuk pemimpin Melayu lain.

Jika PAS berterusan tidak mendengar cakap dan ikut sedap mulut serta beruah ubah pendirian tentulah ia akan menyukarkan DAP untuk mempengaruhi kaum cina dan india untuk menyokong pembangkang.

Pada satu peringkat sebelum ini apabila PAS berjaya dipujuk untuk menukar status perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan hudud bukan lagi keutamaan ia telah memberi kesan yang besar kepada pengundi bukan Melayu untuk menyokong DAP malah ada yang sanggup undi PAS atas 'kemurahan' sikap PAS tersebut.

Tetapi sikap terbaru PAS ini cukup merisau dan menganggu perjuangan suci DAP untuk keadilan dan keharmonian semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama walaupun tidak dinafikan kaum cina akan diberi keutamaan kerana kaum ini sudah lama ditindas dan tertinggal terutama dari sudut ekonomi dan persamaan hak dengan bumiputera.

Bagaimanapun sejarah dan fakta menunjukkan sejak PAS bersama pembangkang mereka mudah dilentur, berlembut, bekerjasama, mudah di ajak berbincang dan selalunya akur dengan keputusan DAP dengan disokong Anwar. Perlu juga diingatkan pengaruh Anwar dalam PAS melalui kumpulan dan individu tertentu sangat kuat. Mat Sabu adalah antara orang kepercayaan Anwar sesuai dengan kelayakannya untuk menggantikan Hadi sebagai Presiden PAS boleh melakukan missi2 seumpama ini.

Apapun ketidaktentuan arah PAS ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung. PAS harus dilihat penting dan hebat, pemimpin tertinggi mereka perlu ditatang dan dipermewahkan, Putrajaya harus digambar dan dipermudah untuk menawannya dan dua faktor paling penting untuk dijauhi ialah PAS berbaik dengan UMNO dan penghijrahan ketara ahli PAS ke dalam UMNO.

Jika PAS dapat dijinakkan, Pakatan Pemangkang tidak mempunyai halangan untuk menawan Putrajaya membolehkan kerajaan sebenar yang diketuai DAP dan PAS sebagai sparring partner yang merealitikannya dapat dibentuk dan buat pertama kalinya keberangkalian yang tinggi pemimpin agung Lim Guan Eng ditabalkan sebagai PM untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Kedudukan dan nasib mentor Anwar sebenar mungkin boleh difikirkan selepas itu. Dari segi kepartian, Anwar boleh kekal sebagai Penasihat Agung seumur hidup kerana tidak ada tokoh yang selayaknya.

Jika ini terjadi, tentunya ia wajar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia terutama PAS dan segelintir orang Melayu yang bertungkus lumus (yang tidak pengecut seperti Tunku Aziz) untuk menjayakan pakatan mulia ini dalam melepaskan diri dari kezaliman UMNO yang amat dasyat.

Selepas itu, Islam akan terus berkembang dan Melayu makin maju seperti di Singapura dan Sri Lanka !





3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...