Tuesday, June 12, 2012

"ulama" mana yang makan cili...


Sifat-sifat Ulama Akhirat:

Dan bagi alim akhirat ada tanda-tandanya yang dapat dilihat.

Tidaklah ia menuntut dunia, dengan ilmunya akan masalah-masalah agama.

Bahawa tidaklah berlainan kata-katanya dengan perbuatannya.
Dan pada perkara perintah dialah yang mula-mula beramalnya.
Dan pada larangan dialah yang mula-mula menghindarinya.
Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat.
Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan.
Dan ia menjauhi berpoya-poya tentang makan. Berbagus-bagus pada perabot dan rumahtangga.
Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian.
Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah).
Dan menjauhi diri ia dari menggauli sulthan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk.
Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh .
Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya .
Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah) ................

-Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari.

Sifat-sifat ulama Dunia:

"Ulamak dunia, Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".

- Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya-

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau:

Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak suu atau ulamak jahat.

" Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka.

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. 
Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". 
Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".

Sunday, June 10, 2012

Berapa upah jadi "Tukang Jawab"...

Dah kerap dan banyak kali dah terjumpa tukang-tukang jawab bagi pihak anwar dalam pelbagai isu sedangkan tuan badan buat pekak badak, kalau ada pun lain ditanya lain dijawab, kenapa susah sangat nak jawab sendiri...

Terbaru:


Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.


Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Masjid di Kelantan benar berpolitik..

Masjid di Kelantan dibenarkan politik masuk sampai ke mimbar? Itulah beberapa gambaran yang aku dapat sepanjang beberapa hari di Kelantan.

Di masjid Kok Lanas, imam amat berat untuk umumkan majlis 'makan-makan' yang diadakan oleh UMNO di tempat berhampiran, imam buat2 lupa tempat dan waktu dan mengajak dengan nada sindiran.

Tetapi selepas itu imam dengan muka tak malu minta derma untuk cantikkan masjid !! Imam tu kena ingat orang UMNO pun beri derma jugak jadi bila dah jadi imam ia mengetuai semua makmum. Masjid tu bukan mak bapak dia untuk buat dan berpolitik dan membuat pilihan peribadi sesuka hati.

Masjid di Ketereh...makallah dan poster Nik Aziz selaku ahli PAS 'berpolitik' dan lambang PAS ditampal di papan notis masjid? Agaknyalah kalau ada masjid yang tampal lambang UMNO - bising macam babi lah agaknya pembangkang.


sini pun sama:
http://www.pisau.net/2012/06/ibadah-di-larang-umat-islam-di-sekat.html

Saturday, June 9, 2012

Terkini: Lim Chee Wee Presiden Bar Council pun suka 'ice cream'..








Kanak-kanak gemar makan ice cream tentulah perkara biasa, tetapi kalau orang politik, golongan pro dan doktor sakit tuan pun suka tentulah ia lebih menarik !!!

Friday, June 8, 2012

Tun M tidak dicalonkan dalam PRU13...

Desas desus menyatakan paklah dalam bahasa sepanyolnya 'menolak' untuk bertanding semula dalam PRU13 atau realitinya memang wajar dan time out untuk paklah berundur.
Kemungkinan juga Najib sudah maklumkan lebih awal kepada paklah bahawa dia tidak diplih semula kerana gagal memiliki ciri2 untuk menang disamping rekod buruk lampau terutama semasa menjadi PM yang banyak menyumbangkan 'kerosakan' dan membantutkan negara untuk terus berdayamaju.

( Sudahkah paklah mengesahkan atau menafikan 'isi kandungan dan perbualan' bahawa beliau ada bertemu Anwar seminggu sebelum menyerahkan jawatan kepada Najib - sumbangan macam tu pun tak boleh bagi ke untuk menyokong UMNO dalam keadaan sekarang - nak silent dot dot lagi ke )

Bukankah paklah penyumbang terbesar BN hilang duapertiga majoriti 2008?
Najib yang menggantikan paklah banyak membuang masa untuk 'repair' semula keadaan negara yang sudah hampir separuh huruhara.

Di zaman paklah Anwar Ibrahim 'dibebaskan' oleh 'mahkamah' dan secara pantas kilat mendapatkan paspotnya semula melalui KJ untuk terbang mendapat rawatan di German sedangkan pada hakikatnya dari gambar2 yang ditunjukkan anwar dalam keadaan cukup segar.

Hari ini siapa Anwar? Pejuang Melayu? Pemimpin madani? Pembelot negara? Perosak bangsa? Perogol bersiri? Pemimpin maksum? Pewaris Nabi?.... anda boleh jadi sebahagian dari anwar dengan membeli 'sahamnya' sekarang dan di PRU13 atau menolaknya dan gerombolannya  secara total !

Paklah yang meninggalkan 'anakhantunya' bagaimanapun dijangka masih terpilih untuk menjadi calon kerana dia sedang membina imejnya yang lebih baik di dalam BN dan antara 'kesayangan' pembangkang yang banyak berjasa kepada Anwar Ibrahim.
Inilah satu2nya calon yang paling berpotensi untuk menang kerana disenangi dan dihormati lawan - tiada sesiapapun patut cemburu atas keistimewaan manusia ini.

Walaupun paklah dan ramai lagi yang tidak terpilih pada PRU13 akan datang dengan risiko di antaranya 'disabotaj' oleh pemimpin yang tidak terpilih lagi tetapi adalah lebih baik UMNO kalah dalam keadaan bermaruah dari terus membiarkan 'puak' ini mehanyirkan keadaan.

Ada juga berpendapat Pahlah juga banyak jasa - tidak dinafikan.
Segala silap dan salah paklah dimaafkan, dilupakan dan tidak perlu diungkit semula - ye ke?

SEPERTI YANG KITA AKAN MAAFKAN ANWAR DI 10 TAHUN LAGI ???

Bukankah manusia akan dibangkitkan semula untuk menjawab di hadapan Allah tentang apa yang dilakukannya semasa hidup ?

.......................



SELINGAN
Saolan maut yang sangat ditakuti KM dan MB Pembangkang...
Apakah kerajaan pembangkang sekarang akan mulakan pendidikan percuma di semua IPTA dan IPTS milik kerajaan negeri mulai tahun ini?

Jawapan: ...a...aa....aaa...aa...ong..ong..ong

Nenek jiran tak sabar nak undi.. Nak pilih PAS atau DAP?



Nenek jiran aku telah berdaftar dengan SPR setelah mencapai umur 21 tahun, galak benar tak sabar-sabar nak mengundi pilihanraya13 ini.

Yang lebih hebat dia nak pilih pembangkang yang dikatakannya macam dan nampak 'propesional'. Dia nak pilih yang pandai bercerita, tidak penting isinya betul atau rekaan semata-mata. Ada dua parti pilihannya, sedang timbang menimbang yang mana satu...

Jadi aku tanya, dia nak pangkah parti pembangkang yang mana satu, kalau tak tahu membaca, apa simbol dan lambangnya?

Jawabnya, dia tunjukkan aku keratan akhbar...


Kesian kan nenek tu.... disaran pemilik logo berkenaan tidak menghampakan nenek tersebut.

Thursday, June 7, 2012

Sebelum nasi jadi bubur....

Isu pelajar2 baru UNISEL yang tidak dilayan permohonan mereka oleh PTPTN adalah isu gajah lawan gajah, kancil yag mati ditengah-tengah. Suatu bentuk 'kekejaman' yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan BN tentu mengejutkan semua pihak, tidak kurang yang simpati dan ada juga yang kata wajar kerana sikap celupar dan kurang ajar pembangkang dalam mempolitikkan isu pinjaman PTPTN ini.

Cabaran sikap PTPTN ini merupakan risiko dan perjudian yag amat tinggi untuk BN kerana  Pembangkang sudah tentu akan mencairkan otak mereka untuk menangani dan mengatasi isu ini untuk 'memalukan' BN dan sekaligus akan merudumkan moral BN jika Pembangkang berjaya membuktikan bahawa 'kerajaan' mampu memberikan pendidikan percuma atau apa2 alternatif lain.

Ibubapa sebagai 'kuasa undi' dibimbangi akan menurunkan rasa marah mereka di kertas undi kelak dan tentunya sasaran mereka ialah kepada BN. Jika ibubapa itu sudah memang penyokong pembangkang mereka anggap itu satu bentuk penindasan dan kezaliman BN yang berterusan dan jika asalnya mereka penyokong BN, tindakan ini dianggap menyusah dan membebankan.

Sebelum nasi menjadi bubur, adalah lebih baik kerajaan campurtangan, menyelesaikan sesuatu yang mereka mulakan sendiri.

Jika mahu dilakukan pun (trial and error) PTPTN wajar memberi notis awal umum bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan pinjaman pada pelajar2 IPTS tertentu (senaraikan) untuk memudahkan pelajar dan ibubapa membuat pilihan IPTS.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...