Wednesday, June 5, 2013

najib tahu pengaruh mahathir sudah tipis utk mengancamnya.

perkembangan semasa menunjukkan:

1. najib akan terus kekal pm kerana mendapat sokongan dari parti2 pembangkang yg merasakan mereka akan lebih rasa selamat dan makin kuat jika najib masih berkuasa. dikuatiri penggantinya kelak mempunyai keberanian dan sokongan padu dari org melayu.

pemimpin pembang sudah mula memujuk anwar supaya terus bersabar dan tidak meneruskan tekanan kpd najib bagi memastikan pru14 menjadi kerja mudah untuk mereka menawan putrajaya jika najib kekal sebagai pm yg terus leka mengambil hati org cina.

2. pesaing terdekat yg mampu bertanding presiden umno setakat ini adalah muhyiddin yassin dan zahid hamidi belum menunjukkan tanda2 sanggup bertanding jawatan presiden.

3. adalah dijangkakan jika ada sedikit sahaja pergerakan dari muhyiddin untuk mencabar najib, zahid hamii akan diminta untuk bertanding timbalan presiden - kedudukan yg merbahaya bagi muhyiddin. zahid tentunya lebih selesa untuk bertanding jika mendapat restu najib.

4. malah dalam keadaan sekarang, muhyiddin bila2 masa boleh dicabar dan dijatuhkan berdasarkan najib telah pun memasang orang2 nya di sekeliling muhyiddin.

5. bagaimanapun najib perlu berhati-hati kerana sentimen akar umbi umno sekarang bukan sekadar tidak berminat dengannya malah sudah benci - sudah ramai yg tukar channel setiap kali najib di udara.

6. najib terselamat dari ancaman mahathir kerana mukhriz tidak mempunyai pengaruh di pusat dan sokongan group paklah diketuai kj sebagai ketua pemuda sangat kuat di belakangnya. siapa lagi org mahathir?

sharizat atau siapa sahaja penggantinya ( halimah sidique? juga dlm kawalan najib.

permainan politik najib dalam umno memang hebat tetapi jika terus kekal - umno akan terjun longkang di pru14...terpulang kpd ahli umno.

# ramai ahli umo akan jadi non-party-member selepas pau jika najib kekal.

Tuesday, June 4, 2013

striker kebangsaan desparate tidak terpilih

bekas ketua pasukan selangor, khalid  yg dipilih semula sebagai kapten pasukan kini mengukuhkan lagi kedudukan dengan meletakkan bekas striker kebangsaan,isappudin disisi pertahanan

pertandingan sesama puak di selangor menarik banyak perhatian menyaksikan pemain tengah, rani tidak terpilih walaupun dikatakan layak

lebih menyengat dan menyakitkan, calon kapten pasukan, mat zamin mat aghip yang disebut-sebut bukan sahaja gagal dipilih untuk mengetuai selangor tetapi langsung tidak diberi peluang menduduki barisan pemain.
penyerang desperado kesayangan jurultih perancis, anwaro lazaro dikatakan mempunyai masalah disiplin, kerap ponteng masuk jamban untuk merokok.

difahamkan anwaro lazaro akan berjumpa mat zamin untuk diberi kata dua dan nasihat.

Siapa Dalang dibelakang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini

SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

KETETAPAN ATAS RASA TERHUTANG BUDI DICALONKAN SEMULA DAN DILANTIK SEMULA SEBAGAI MENTERI BESAR... ???

Gendang belum dipukul, mamat ni dah berjoget, mana adat dia pakai,

Dah tanya akar umbi.... 

5 tahun sebelum pru14 adalah paling sesuai tahun ini untuk membuat apa saja perubahan drastik termasuk pertandingan di peringakt paling tinggi, kalau nak pecah biarkan dia pecah...kan mengaku UMNO dah matang, ahli UMNO dah matang...bab kena batang hidung sendiri, lain pula skripnya.

Lain-lain parti di dunia bilangan ahli mereka sangat kecil, jadi apa yg UMNO nak takutkan..kuantiti tapi berselerak macam sekarang tak gunanya..lebih baik sedikit tapi kualtiti.

Sangat pelik mamat ni takut pada bayang2 sendiri...sah jenis ni memang kaki bodek habis-habisan.Pemimpin yang tidak tahu kehendak akar umbi, semborono, mulut tak ada insuran..inilah perangai mempercepatkan umno bungkus.



SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian itu bagi memantapkan lagi parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, ia juga bagi mengelak perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

"Gandingan ini adalah amat mantap dalam menghadapi PRU14," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu dan Barisan Nasional (BN) negeri di sini pada Isnin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/umno-ns-tidak-mahu-pertandingan-jawatan-tertinggi-15551?cp

Monday, June 3, 2013

Che Det dah mula habaq...dengaq

1. “Umno’s victory this time was not due to its strength or unity within the party, but the fear of the Malays, especially if the party led by (Datuk Seri) Anwar Ibrahim together with DAP would form the government.
“If they have managed to form the government in Malaysia, the Malays will be worse off. That was why most of the Malay voters gave their support to Umno in the GE13,” Tun Mahathir. – Bernama

2. "Tsunami cina" - Najib.
3. "UMNO muncul parti terkuat di PRU13" - Najib



Rumusan:

1. Kebangkitan cina bertembung dengan ketakutan melayu.
2. Kewibawaan Najib sebagai Presiden UMNO merudum -  not due to its strength or unity within the party

orang umno benci atau sebenarnya jeles pada anwar..

Setuju tak aku kata orang umno sangat jeles dengan kecekapan anwar mengendalikan puak cina dap hingga berjaya membawa remaja cina berhimpun dalam inkout 505.




Setuju tak aku kata orang umno jeles dengan pas yang dapat
berhimpun sambil menjamu mata, bergesel dengan amoi2 berseluar pendek putih melepak sedangkan ahli umno hanya dengan nyonya2 mca.

setuju tak aku kata orang umno sangat jeles dengan anwar yang licik, tak lut dengan undang2, tak terkesan dengan polis, dikait dengan pengganas lahat datu tetapi anwar masih bebas mcm burung terbang.

Orang umno garu kepala bila malaun pelesit macam anwar nik aziz boleh backup gila2. 

orang umno ternganga bila anwar berpidato, berhujah dan membalikkan kata2 hingga yang putih menjadi biru, yang hitam menjadi hijau pun mereka setuju. Paling orang umno tak percaya, seorang keluar dari pkr, 10 yang datang, yang join bukan calang2..

Pelik bin ajaib orang umno terkesima bila azizah cukup setia dengan bung anwar jejaka puaka idaman semalaya.Tak macam rafidah. dapat tiket free air asia dah lupa perjuangan bangsa.

Kata orang2 umno - alangkah bagusnya kalau anwar (tanpa kes liwat) jadi PM malaysia menggantikan najib - pasti cina dan india tak angkat muka !!!

Betui tak kak etonnnnnn..

najib tak berundur - tolak umno secara total

suara mendesak najib berundur sebenarnya datang dari mana? dari siapa?..... jika itu saolan yg
ditanya, nyatalah ia lebih dari cakap-cakap di kedai kopi dan kaki lima dan jurucakapnya tidak lebih dari puak2 bloggers yg tidak berbayar dan satu dua tiga nama yg terpinggir dari arus umno.

jadi janganlah ghairah sangat minta najib berundur dan jangan terlalu tinggi harapan itu akan berlaku kerana dari satu puak sudahpun ada cadangan gila supaya 5 jawatan tertinggi tidak ditandingi. ahli dimomokkan bahawa umno akan semakin lemah jika pertandingan dibenarkan....masih relevankah lagi skrip itu.

mendesak najib berundur adalah satu kerja mudah, tetapi menamakan penggantinya lebih susah, sekadar menyebut beberapa nama mungkin senang..

yang kita minta najib berundur bukan kerana dia najib tetapi kerana wataknya, pendekatannya dalam urustadbir negara dan kelemahannya tunduk kpd kerenah pembangkang menyaksikan melayu makin sesak nafas diasak dan hampir muflis keistimewaan spt yg diperuntukkan dalam perlembagaan.

cuba nyatakan satu perkara yg najib buat untuk orang melayu yg tidak dipetolehi oleh kaum lain?
orang asli johor pun lebih beruntung dari orang melayu kerana mereka sangat di ambilberat oleh pihak istana.

ada dua perkara yg belum terjawab dengan jelas, yg belum dikupas oleh mereka yg minta najib berundur:

1. siapa yg layak ganti najib? yg bermaksud tidak mempunyai ciri dan watak spt najib - watak yg lebih kemelayuan, keIslaman dan watak utama iaitu berani membuat keputusan, jelas dalam keputusan, dan keputusan adalah selari, tepat dan mendapat sokongan padu dari penyokong sendiri.

2. calon yg mahu menggantikan najib belum lagi muncul menawarkan diri. jika calon masih malu2, masih takut2, masih nak play safe, tengok dulu, nanti dulu.....kirim salam, jika itu wataknya, watak itu samalah dng najib. sama dng paklah - watak itukah yg kita tunggu dan harapkan?

kesimpulan atau jawapan awalnya: umno tidak ada lagi calon yg sesuai menggantikan najib. yang ada ialah lebih mudah kita undurkan najib dengan tolak umno secara total.

kalau itupun kita tak mampu buat, bererti kita akan lemas dan karam bersama umno.

Sunday, June 2, 2013

Penjawat awam dan peneroka felda anti kerajaan perlu diusir mulai sekarang..

idea anwar, kemenangan pembangkang dirampas kerana spr tipu dan curang memang tak masuk akal sebab dalam masa yg sama pr mendapat jumlah undi melebihi 51%. dan fakta yg sama tidak terpakai untuk sistem pru13 kita kerana jumlah kerusi diambilkira sebagai penentu sesebuah parti yg layak membentuk kerajaan - malah terpakai sejak azali.

pr sepatutnya berterima kasih kpd pengundi dan tunggulah 5 tahun lagi untuk menawan putrajaya, baiki kelemahan mereka dan jadilah pakatan rakyat nyg sah, bersepakat dan berwawasan. tunjukkan kepimpinan melalui tauladan demokrasi dan laksanakan pentadbiran yg cekap, jauh dari rasuah di negeri2 yg mereka tadbir.
kuasa dan negara tidak mampu dibina dalam satu hari tetapi memerlukan masa yg lebih lama.

terengganu dan kedah adalah contoh terbaik di mana pas hilang kuasa setakat mampu bertahan sepenggal semuanya kerana gara2 kurang pengalaman tadbirurus yang baik.

dap walaupun menang dengan bergaya di banyak kerusi yg ditandinginya termasuk mengekalkan pulau pinang bukanlah sesuatu yg boleh dibanggakan, dap hanya boleh tunjuk lagak heronya kpd mca dan gerakan tetapi bukan kpd umno.
dap masih kekal rasis dan mewakili satu kaum sahaja dan pemimpin dap masih tebal dng kecinaannya - masih jauh untuk mendapat kepercayaan melayu dan india.

berbanding dng umno, walaupun mewakili kaum melayu tetapi bersifat sederhana dan masih diterima dengan meluas kpd semua kaum.
kalau dap tidak bersikap 'fitnah dan hasut' masih ramai lagi orang cina akan undi bn.

dap hanya ada 10 tahun sahaja lagi untuk terus bersifat kecinaan melampau tetapi selepas itu perkauman yg melampau akan ditolak oleh kaumnya sendiri selepas menyedari pemimpin dap juga kroni dan pengumpul harta yg paling rakus, lebih dasyat dari mca.

cina tipu cina - apa sangat nak dikesahkan !!!

walau negara tidak ditadbir oleh pembangkang kerana kebetulan pemimpin pembangkang sekarang memang belum sampai ke tahap kualiti yg diharapkan tetapi kualiti kerajaan sekarang jauh lebih 'menakutkan'.
adalah pelik parti yg diberi kepercayaan untuk memerintah telah mengikut telunjuk banyak perkara yg pembangkang mahukan. kalau itu caranya lebih baik kerajaan sekarang serahkan kuasa memerintah kpd pembangkang.

rakyat yg mengundi kerajaan sekarang mahukan sebuah kerajaan yg bertindak secara berbeza dng pembangkang, kerajaan yang melaksanakan undang2 dengan tegas, sekat perhimpunan haram, tangkap sebanyak mungkin penghasut, komunis bandar dan siapa shj yg mencabar undang2.

Kita mahukan kerajaan melayan dan membalas budi kpd pengundi yg mengundinya. memberi tambahan keistimewaan dan kemudahan supaya berbaloi untuk sokong dan undi sekali lagi di pru14 nanti.

Jika kerajaan ingin manjakan dan terus memberi keistimewaan kpd puak yg tidak mengundinya dng harapan mereka akan undi kerajaan di masa akan datang...itu adalah langkah bodoh dari sebuah bangsa yang tidak belajar dari pengalaman.

Penjawat awam, peneroka felda adalah golongan pertama yang perlu diusir jika mereka adalah puak yang memfitnah kerajaan secara terang2an. Lakukan pembersihan itu mulai sekarang.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...