Friday, September 5, 2014

2 Perkara Gembira Untuk Rakyat Malaysia Raikan...

1. Penubuhan PASMA dianggotai ahli PAS dan sebahagian pemimpin kanan - petanda awal PAS sedia berpecah... makin meriahlah Melayu berpolitik.

2. Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta yang lebih sopan dan mesra rakyat sesuai dengan rakyat Malaysia yang makin bertamadun dan beretika - tolong segerakan dengan pantas.

3. Sewajarnya kita tumpang atau tambah satu lagi berita..Penubuhan PPS yang digembar gemburkan oleh kedua-dua pihak kini sudah reda...tidak tahu apa endingnya..apakah secara diam sudah ada persetujuan bersama yang tidak perlu dihebahkan?

Thursday, September 4, 2014

Selain anwarinas, siapa gunting tersorok di lipatan dalam PAS

Samada PAS kekal atau keluar dari Pakatan...kerosakan telah berlaku melibatkan integriti, kepercayaan dan kesetiaan.

Lagu atau permainan selepas ini sudah berbeza...Yang akan kena tikam dari belakang bertubi-tubi ialah PAS jika tidak berhati-hati. Masing-masing mencari peluang, jika pun ada persefahaman calon di Pengkalan Kubur kelak ianya satu sandiwara yang terpaksa di adakan, tidak ikhlas.

Antara kemungkinannya kerusi diserah kepada PKR tetapi akan ada ahli PAS bertanding atas tiket calon bebas.
Jika PAS masih bertegas mahukan kerusi tersebut...inilah titik sebenarnya perpecahan atau berpatah arang PAS dan PKR.

Dalam situasi kekal atau keluar... Keluar adalah jalan tetbaik untuk PAS keluar dari segala masalah luarannya. Selepas itu PAS perlu fokus dalamannya samada anwarinas disingkirkan atau PAS ditelan anwarinas...Hadi and the gang tersingkir.

Selepas itu barulah Hadi tahu, siapa gunting dalam lipatan.
Mana satu pagar, mana satu padi.




# Dikhabarkan golongan kecewa dalam PAS ada menubuhkan sebuah gabungan baru, rengkasnya PUSSY akan menggantikan PAS dalam Pakatan dan ini juga ada kaitan dengan kemungkinan PRUN jika DUN Selangor dibubarkan.

Wednesday, September 3, 2014

Menteri Kayu Dapat Pingat..

Baru jap tadi....Ada orang alert aku tentang ada Menteri dapat pingat..
Aku tanya siapa...tak ingat tapi menteri kayu..
Mana ada Menteri Kayu sekarang...dulu zaman Tunku Tun Razak ada kot...Menteri Galian dan Kayu Kayan...
Cuba kau surft internet...
Ishhhh....buang masa saja..

Siapa bagi...aku tanya lagi..
Menteri Tunggul katanya....
haaaa...Menteri Tunggul bagi pingat pada Menteri Kayu...
Issshhhhhh...lawak ni

Pingat apa..aku dah mula minat..
Pingat keberanian....

Menteri tu pergi perang ke?...
Takkk...
Habis berani ape nye...
Berani bagi amaran...

Ishhhh...sah lah member aku ni bergurau...











# Ada kaitan ke dengan tajuk dibawah...last post

Kejayaan Najib sedikit sangat...tak berbaloi ( SAYA KHUATIR TUN RAZAK TIDAK MAAFKAN NAJIB - TUN ABDUL HAMID Seksyen 31 (1) (f) Akta Hasutan )

Suasana persekitaran negara yang sedikit kecoh di PP, Selangor, Malaysia Timor dengan politik yang tidak stabil, keselamatan tergugat samada Najib lepas tangan atau hilang kawalan dengan sikap membisunya.

PM seolah tidak ada idea atau maklumat untuk bercakap, mungkin menunggu selepas nasi menjadi bubur..

Mungkin setakat yang berlaku sekarang belum cukup standard untuk najib bercakap atau campurtangan..seperti kata sesetengah pihak..takkan semua Najib nak buat...dia kan ada menteri dan budak-budaknya...

Mujur kita ada seorang KPN Khalid Abu Bakar yang masih boleh digantung harap untuk mengawal keadaan dalam negara..jika mantan KPN yang lalu, Ismsil Omar masih KPN dan Hishamuddin Menteri KDN - Malaysia dah lama dikuasai samseng.

Keselamatan Negara dari ancaman luar juga banyak bergantung sejauh mana bijaksananya Panglima Tentera TS Zulkeifli...kita bimbang ada Menteri di situ yang jenis apologetik...

Orang Islam dan Melayu serta rakyat yang cintakan keamanan masih boleh rasa selamat jika kedudukan Sultan dan Raja Melayu tidak digugat dan kepimpinan serta halatuju PDRM dan ATM di landasan yang betul.

Kerajaan tanpa dua pertiga majoriti di Parlimen dengan ber-PM-kan seseorang seperti Najib yang sedikit sangat kejayaannya (banyaknya lebih kepada gagal) sudah tidak boleh dipercayai berkeupayaan mengawal negara.

Pembangkang yang sepatutnya bersabar menunggu PRU14 wajar berperanan check and balance terhadap kerajaan yang sedia ada juga gagal 200%.
Mereka lebih rakus dan tamak menyamun di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mengejar dan berebut pangkat dan kuasa sesama mereka tidak lebih umpama beruk dapat bunga.

Satu kerja gila yang sedang dibuat oleh lim guan eng di PP ialah penubuhan PPS tidak lain tidak bukan dengan agenda besar politik untuk menyaingi kuasa polis dan mempertahankan diri secara kekerasan.

Diikuti bapanya yang cuba menghasut perpisahan Malaysia Timor dengan Malaysia Barat dengan harapan melemahkan kuasa UMNO di Semenanjung adalah satu lagi ciri-ciri komunis yang cuba dipamirkannya sebelum dia mampus.

Dengan akhlak dan nepotisme Anwar and the gang yang merudum serta PAS bagai kapal karam - tidak ada satu kemungkinan pun mereka akan jadi lebih baik dari kerajaan sekarang - mereka lebih sesuai dipanggil pakatan haprak yang menjalankan aktiviti sekadar menyusahkan rakyat dan merosak perpaduan.

So, what is the moral of the story ?

Tuesday, September 2, 2014

Kita Buang Current kalau akhirnya tetap azizah atau azmin...

Kalau tak zizah, tentunya azmin... itu antara ayat memujuk yang digunakan bagi mengubat hati yang luka jika bila nyonya tua pujaan mereka tidak diperkenan sebagai MB baru Selangor.

Buat penyokong pkr, jika azmin terpilih sudah memadai tetapi sudah tentu itu tidak mencukupi buat anwar.. itu menjejaskan semua perancangannya...alih plan A kepada plan B bukanlah mudah seperti disebut....tidak ada warna lain jika anwar memilih warna hitam. Kita tidak tahu apa yang akan dipersembahkannya kepada Tuanku Sultan Selangor kelak selepas itu!!!!

Anwar sudah dimalukan Khalid tidak kurang dari dua kali apabila strateginya untuk singkirkan Khalid gagal dan buntu -  Khalid masih bebas menari ke sana sini dengan status MB.

Ada kemungkinan juga Khalid terus dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga November dengan konsensus pas+umno+bebas. Sehingga November kemungkinan juga urusan "jual beli" akan menjadi sedikit sebok yang memungkinkan akhirnya pkr+dap jadi pembangkang di peringkat negeri selangor.

Samada azmin atau azizah..sentimen rakyat selangor lebih kepada menolak kedua-duanya - rakyat selangor lebih suka khalid dikekalkan atau sekurang-kurang calon lain dari pkr atau pas... itu juga anwar harus ambilkira, angin rakyat selangor kali ini tidak menyebelahinya...

Dan bagi umum, jika sekadar dan setakat azmin atau azizah...keduanya sama sahaja kualitinya, mereka jenis hilang telor bila berdepan dengan anwar.

Kalau benar zizah atau azmin..bererti kita sudah buang masa dan tenaga dengan satu drama yang memualkan..

Semoga Tuanku Sultan Selangor diberi hidayah...

Tidak ada yang lebih bermaruah buat PDRM...

....serbu, tahan, heret. gari dan humban lim guan eng dalam black maria dan bawanya ke balai polis di lokasi yang dirahsiakam untuk siasatan lanjut...

Dapatkan tahanan reman tidak kurang dari 7 hari

Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. ..sekadar memenuhi permintaannya yang sudah sedia menunggu...

Timbalan KPN dan Ketua Polis Negeri mampu lakukan.

#

Lim Guan Eng boleh dikenakan tambahan charge:
Menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang Penjawat Awam yang  sedang bertugas.

Monday, September 1, 2014

Denda RM2,000.00 dan @ Penjara 1 hari LGE mampu hilang jawatan Ketua Menteri...

 
 " Bila mau tangkap saya " - LIM GUAN ENG

Situasi yang mustahil berlaku...







Undang-undang akan jadi kereta lembu bila berhadapan dengan Pemimpin Politik terutama Pemimpin Politik Utama...rodanya berat atau tersangkut-sangkut samada di PDRM, AG atau Tangan Ghaib.

Undang-undang macam super jet kalau kepada ikan bilis.


Kita rujuk contoh:

kes liwat ikan bilis
dengan
kes liwat Jerung...

Faktor RM antara faktor utama sebab kes jerung lewat penghakiman - berbelas peguam.

Faktor "gerun" atas pengaruh mungkin juga ada.

Rakyat berhak untuk berpersepsi bahawa kelewatan mungkin kerana ia adalah kes konspirasi dan bukannya kes atas fakta..what take so long?






Rakyat jangan cepat teruja...sabar dan tenang..
kita tunggu dan lihat how they make it this game, over !!!


ISA mahu dikembalikan..biar betul ???

Tak salah menaruh harapan walaupun macam mat jenin.
Kena ingat kenapa kerajaan tergesa-gesa menghapuskan ISA ? 
Mana-mana kerajaan yang berkuasa akan mempergunakan ISA untuk menahan musuhnya jika keadaan tidak terkawal...dan ISA dimansuhkan sebelum PRU13......Kenapa? Apakah pada masa itu Najib sudah terasa BN akan tewas !!! 

Kalau sesuatu undang-undang itu lapuk dan ketinggalan zaman - update le bukan buang terus..

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...