Friday, October 10, 2014

Bajet Mengurangkan Hasutan

Rakyat bawahan antara yang paling gembira dengan Bajet Marhaen Najib Razak apabila Ahli Parlimen menerima kenaikan elaun sebagai insentif atas kerja kuat mereka.

Prihatin ini menunjukkan Najib sentiasa peka dengan keperluan rakyat bawahan kerana majoriti Ahli Parlimen tidak dapat melawat kawasan sebulan sekali kerana mereka tidak cukup wang untuk kos petrol dan kadangkala kereta yang mereka gunakan sangat uzur dan selalu masuk bengkel.

Kenaikan elaun Ahli Parlimen seterusnya akan memberi kesan kepada rakyat bawahan seperti berikut:
Ahli Parlimen akan kerap turun kawasan setiap minggu
Ahli Parlimen akan kerap ke luar negara untuk belajar dan kembali membantu rakyat menaikan taraf hidup
Ahli Parlimen tidak lagi sebok dengan demonstrasi
Ahli Parlimen akan berhenti menghasut
Ahli Parlimen dapat membeli vitamin yang secukupnya untuk mengelak keletihan dan tertidor di Parlimen
Ahli Parlimen tidak lagi menumpu pethatian kepada pengumpulan harta atau rasuah
Kerajaan akan kurang menerima kritikan

Semua ini membantu rakyat menaikan taraf hidup mereka dan dijangka kenaikan ini membantu penurunan beberapa harga barang di pasaran.
Inilah satu petanda seperti yang selalu Najib ucapkan - suatu masa nanti rakyat akan berterima kasih dan menghargai apa yang kerajaan putuskan - ia sudahpun berlaku hari ini.

Terima kasih Najib Razak - IM4U










# Pesta Tonggak Air Syaitan Selangor juga kebetulan pada hari yang sama Pembentangan Bajet membolehkan ramai ahli parlimen kapir meraikannya lebih awal.

Wednesday, October 8, 2014

Kenapa Pembangkang Tidak Galak Minta Najib Berundur...

Itu satu petanda Najib telah menguruskan negara dengan baik tanpa ada isu besar untuk mereka kaitkan dan menggesanya berundur.

PM ke 6 jauh lebih baik bukan sahaja dari PM ke 5 malah lebih baik dari Mahathir dan sebelummya...Ini lebih jelas pada suatu masa nanti, 10 - 20 tahun lagi dari sekarang..

DAP dan PAS lebih silent berbanding dengan Anwar yang begitu desperate untuk menjadi PM..
Tidak pula Anwar jelaskan apa kelemahan besar Najib untuk perlu diganti dengannya (?)

PRU14.. Petunjuk dari PRK Pengkalan Kubur (Melayu lawan Melayu) sebagai contoh terdekat...BN akan kembali menguasai majoriti dengan lebih awesome..

Tuesday, October 7, 2014

Walaupun Baru...Azmin Lebih Advance Dari Khalid !!!!

Tak habis-habis lagi rakan blogger mempertikai MB baru Selangor, Azmin...

Mereka kata Azmin berlakon turun padang..berdrama dengan sampah sarap...kesian si Azmin tu..

Terbaru..dipertikaikan lagi..jadi MB baru nak buat kerja, dulu masa exco..ADUN dan MP makan gaji buto ko..

Pada rakan blogger, aku nak imbas kembali, jangan buat tuduhan melulu,..Azmin dari dulu lagi rajin dan buat kerja memang tak kira masa dan tempat..Kadang-kadang masa rehat, masa makan dengan family pun terpaksa diketepikan.

Turun ke tempat buangan sampah dan masuk longkang adalah lumrah untuknya..

Ada sekali tu..Azmin buat tinjauan sampai ke jamban, kat situ juga dia kena icecream..tak ke hebat tu  !!!!

Dah cakap..kalu orang tengok kita lembek..satu persatu bala sampai..

MCA bantah sekolah vernakular SJKC cuba dihapuskan oleh UMNO...berdasarkan saranan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara untuk dibahaskan dalam PAU 2014.

MCA sebenarnya tidaklah bimbang sangat dengan saranan tersebut tetapi kenyataan membantah itu perlu dipalu dengan kuat untuk memberitahu kaum cina, MCA lah hero mereka..

MCA sedar, saranan itu sekadar retorik...akan dipatahkan dengan sendirinya oleh pemimpin liberalis di dalam UMNO,,seolah itu sudah menjadi tanggungjawab pemimpin tersebut untuk menjaga kepentingan kaum lain..itu sebagai satu tiket untuk mereka diterima dan disokong oleh kaum lain jika ditakdirkan mimpi mereka nak jadi PM suatu masa nanti tercapai...Najib juga sedang pegang tiket cina untuk terus kekal...

Seperti ditulis dan disoal oleh blogger lain..ada telor ke UMNO nak laksanakan, jadi tidak perlulah kita ulas panjang...

Ertinya negara tidak memerlukan satu lagi kapalterbang ditembak..atau pencerobohan di sabah..memadailah isu dalaman dan persekitaran, ianya akan menjadi bala kepada UMNO untuk uruskan dengan bijak atau hilang integriti..

Rakyat dah tanya secara direct - ada telor ke tidak...jawab je lah, bukan susah sangat pun  !!!

Tindakan Minta Maaf adalah tepat.... ( DOAKAN MAT SABU CEPAT SEMBUH - TUGAS BESAR MENUNGGUNYA...)

Apabila ada "barua" bagi pihak partinya minta PKR dan DAP maafkan partinya...
Bertalu-talu barua itu diserang oleh rakannya dan pemimpin atasannya...itu kerja yang paling mereka suka, serang..

Tetapi fikirkan semula kenapa hamba Allah itu terpaksa bercakap atas nalurinya bagi pihak partinya...

Pertamanya untuk mengundang kesedaran kepada Hadi apa yang patut PAS lakukan sekarang jika masih mahu bersama Pakatan..Minta maaf adalah jalan terbaik, jalan terhormat...

Keduanya kerana mereka mungkin mahu bertindak lebih buruk dari sebelumnya untuk dipecat dari parti supaya mudah mereka menentu halatuju seterusnya, bersama DAP mungkin sesuatu sudah menunggu..keluar parti secara sukarela tetapi dengan niat menyokong pihak lain mungkin melanggar sumpah yang dibuat...

Ketiiganya mereka mahu menyindir Hadi kerana masih belum membuat sebarang keputusan..

Mungkin Hadi sedang menunggu Mat Sabu sedar dari katil hospital untuk serahkan jawatannya.. Itupun dikira bagus.
Lebih cantik kalau Hadi umumkan sekarang - rasanya lagi cepat Mat Sabu sembuh...InsyaAllah.

Monday, October 6, 2014

Tingkat 4 Masih Berfungsi..tolong semak dan sahkan..

Minta maaf kawan-kawan semua yang datang blog ini, minta maaf sebab dah tak ada isu yang nak diulas, tak ada benda nak di spin, tak ada cerita nak ulang tayang berkali-kali, mungkin di blog lain ada..

Minta Najib berundur dah jadi cerita kartun..siapa kita.(?)
Mahathir menjerit pun dia buat pekak...
Keputusan dia buat buat darah menyelinap...lepas,tu suruh rakyat percaya pada dia...Apa dia ingat rakyat tak sekolah ke (?)...dia ingat rakyat pass periksa sebab saolan bocor ke (?)...
Belum aku pernah terjumpa terbaca kesah PM mana-mana negara minta rakyat bermimpi, berkhayal dengan cakapannya...Najib tak sedar sendiri, " suatu masa nanti"...apa dia ingat dia akan jadi PM berpuluh tahun lagi...

You want to be PM, jadi PM yang berfungsi sekarang bukan PM for the future...jangan temberang dengan rakyat. Rakyat boleh menilai samada awak on the rite track atau sebenarnya terkeluar landasan menjunam..hak rakyat untuk menilai.

Kalau tanggapan itu dibuat oleh sorang dua rakyat, ok lah juga...sekarang majoriti mempunyai tanggapan yang sama...kalau tak percaya, turun padang, menyamar jadi orang biasa..buatlah survey secara jujur..kalau PM bercakap di TV, berapa ekor lalat yang tunggu tengok (?) Face the reality..bukan syok sendiri...bukan dengar dari mulut tak berinsuran mat maslan atau hassan ayam..

Bila dibandingkan Najib dengan Mahathir, bukan tujuan nak bodek, nak puji, nak angkat Mahathir....Mahathir pun dah tak perlu semua itu, dah lalui semua itu...cuma untuk memberi Najib kesedaran bahawa dia ada peluang dan ruang untuk lebih baik dari itu...

Blogg ini sokong pembangkang ke dan serang Najib..sorry..blog ini berpihak kepada yang difikirkan benar, tiada ketaksuban...kalau nak fokus pada keburukan dan kejahatan pembangkang pun bukannya boleh membantu Najib jadi the best PM...kenapa sekadar nak bandingkan Najib dengan Hadi atau dengan Anwar..itu escapism...

Kalau siapapun buat bagus, kenalah sokong..blogg ini tiada pengaruh, bukan serang Najib tapi bercerita dari situasi di sekitar telinga yang mendengar..

Tajuk sebenar hari ini ialah " susoh benor ke jadi PM"..sehinggakan puak pecacai kata dah tak ada orang lain yang layak.. Kalau tengok kepada cara Najib jadi PM aku rasa ramai yang layak..cuma soal diberi peluang atau tidak... Untuk jadi PM macam Mahathir, pemikirannya mendahului penasihat, tindakannya mendahului rakyat tanpa slogan, jawapannya sudah siap sebelum saolan,  aku anggap susah..

Tapi sekadar macam paklah, macam najib..rasanya paling senang..sekarang pun yang memerintah rasanya masih dari "tingkat empat"..kena periksa kena sahkan..

konsetan khabarnya dibayar 7B...satu angka ribuan kali lebih tinggi dari gaji PM..sebab tu kot mereka lebih berkuasa..kena periksa dan sahkan juga..

Sekali lagi nak tanya..susah sangat ke nak jadi PM macam Najib (?)



# Baca blogg chedet terbaru - berdesyuummmm

Sunday, October 5, 2014

Najib ditolak ke depan...

UMNO di ambang kelemahan, meluat rakyat makin memuncak..sebab itu Najib tiada persaingan, dia ditolak ke depan bukan kerana bagus sangat tetapi kerana selamba rocknya, budak muda kata...semua tu poyo..

Hakikatnya suka atau tidak, di luar sana, di semua media... umno disiniskan, pemimpinnya diperlekehkan dan Najib dipersendakan... Bolehkah penyokongnya mempertahankannya, sampai bila ?

Untuk dikata semua itu kerja jahat dan hasutan pembangkang, rasanya tidak tepat....pembangkang tidak hasut rakyat untuk minta Najib berundur sebab kelemahan Najib membantu mereka menang di PRU13 dan akan menang lebih besar di PRU14 jika Najib terus stay...

Yang mahu Najib berundur adalah atas alasan dia sudah tidak layak, sudah tidak ada kekuatan, muflis idea berkesan dan sedang dibuli consetan.. persepsi itu datang dari sebahagian ahli umno, dari rakyat atas pagar, dari penyokong umno dan dari pengundi umno..semua sudah menarik balik sokongan kepada umno jika najib tidak berundur..

Terserah kepada Najib, dia memang kuat, gagah dalam sebuah parti yang akan rebah..apakah itu berbaloi  !!!

Siapa yang akan gantikan Najib.... ramai yang layak - atas dasar muafakat jika landasan perjuangan betul dan Mahathir boleh pangku untuk sementara.. (hanya satu cadangan)

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...