Wednesday, October 15, 2014

Kapir Nak Minum Arak dan Makan Babi Acara Bulanan... Apa kita nak kesalkan...


Apa kebaikan minum arak dan makan babi?
Apabila Islam melarang, mengharamkannya itu sudah cukup, satu noktah. Kita perlu yakin sepenuhnya.
Kajilah sebanyak manapun..ia tetap berakhir dengan keburukan dalam semua segi kehidupan...

Apabila musuh Islam ingin melakukan keburukan ke atas diri mereka, antaranya pesta arak atau pesta babi..nak minum makan macam pelesit kenapa perlu kita tahan, cuba tegah untuk mereka melakukan  sehingga boleh menjahanamkan diri mereka sendiri. Bukankah lebih baik biarkan mereka hancur, rosak binasa sesama mereka tanpa perlu kita perangi atau mengeluarkan kos.

Cukuplah kita memantau dan mengawasi orang kita dari terjerumus.

Elak dari bertindak hingga sakitkan hati mereka. Biarlah mereka minum arak dan makan babi secara besar-besaran setiap minggu atau bulan atau tahun yang akhirnya mereka sendiri sangsara. Buat satu tempat khas, jauh dari penempatan dan kalau boleh biarlah berdekatan dengan jirat. Senang dikambus kalau dah jalan...

Berbalah dengan mereka atas isu arak dan babi tidak membantu untuk majukan ekonomi, siasah dan sosial Islam di kalangan orang Melayu.

Jika mereka rasa menang, bangga, ego dan rasis kerana teguk arak dan makan babi, apakah itu bermaksud kekalahan pada orang Melayu dan Islam...kenapa perlu ada perasaan itu.

Bukankah sekadar menunjukkan otak mereka hanya tahap rendah dan perbuatan mereka sekadar bahalol kerana tidak tahu membezakan mana satu yang baik dan buruk. Mereka tidak berugama atau ugama mereka pun serupa dengan mereka. Ketua ugama mereka tidak sebok pun menasihat  !!!!

So, apa nak kita kesalkan.

Tuesday, October 14, 2014

Next After Najib sudah jumpa...

Ku sangkakan muhyiddin, tapi dia sendiri kata dah penat....

Zahed hamidi pun layak...cuma dia ni berkokok ikut musim...

Kj masih muda..cari pengalaman dulu.
Hishamuddin antara harapan..cuma sekarang ni sebok cari lubang cacing...sebok ulang alik ke belanda-ukraine...
Ahmad Maslan pun boleh juga, tapi masih ada yang lebih cerdik...

Penat otak memikir siapa hingga permata di depan mata pun tak nampak..

Mukhriz??
Slow....

Yang disebut-sebut sekarang paling layak kalau-kalau Najib buang tebiat letak jawatan...

Rasa yang paling sesuai..seperti keris pulang ke sarung, seperti itik balik ke reban..

Hassan Malek..
Masalah negara selesai.

BRIM RM950....Jangan Bermewah !!!!

Ada cadangan dipihak kerajaan BRIM RM950 tidak diberi secara pukal sebaliknya secara ansuran

mengelak rakyat berbelanja "mewah".

Setahun sekali dengan RM950 rakyat boleh beli banyak barangan mewah seperti kereta sport, berlian permata, bungalow atau petcutian mewah..

Rakyat wajar di ajak berjimat !!!

Sunday, October 12, 2014

Yam Seng..

Meraikan Satu Kejayaan Terbesar - Yam Seng adalah satu caranya...kaum bukan Melayu wajar bangga atas kejayaan demi kejayaan yang mereka capai..mereka luahkan dengan Yam Seng..

Orang Melayu kena faham betul-betul. Jangan salah faham !!!!
Kejayaan pertama terbesar ialah di Selangor selepas PRU13...Kejayaan DAP menangani krisis dan isu MB Selangor...

Selepas Selangor, dikatakan Melaka juga akan adakan Octoberfest...satu tarikan pelancongan  !!!! wow...Nazri tentu suka.

Pulau Pinang wajib buat...Kedah juga jangan ketinggalan, mesti tunjuk maju.

Kelantan pun boleh buat, pujuk Pusat untuk sedikit peruntukan dari Royalti Petroleum, inilah cara dan masanya... tambah sikit menu acara..dikir zumba dan mandi ais !!!

Pahang no hal, Johor pun boleh...

Sabah Sarawak..penyertaan bukan masalah - peminum tegar majoriti di sana.

Bila dah mabuk, esok nak kerja pula - kalau kerajaan istihar cuti umum molek benar deh..

Saturday, October 11, 2014

Hanya sorang dua je yang tak suka Najib...Majoriti ok

Kemaskini: 12/10/14 11:33am

Tajuk di atas sangat jelas, seorang dua je yang tak suka Najib, majoriti ok.
Di bawah pula - keluhan seorang darinya, tetapi kenapa pula majoriti (komen di bawah) yang menyokong Najib melenting dan rasa tergugat !!!



POSTING ASAL

SUARA seorang RAKYAT !!!!

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

Tak apa lah dato seri....
PRU Kang pakoh BN jugok.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami..

**Tolong Sebarkan, tanda protes KAMI**satukanlah hati..

Friday, October 10, 2014

Bajet Mengurangkan Hasutan

Rakyat bawahan antara yang paling gembira dengan Bajet Marhaen Najib Razak apabila Ahli Parlimen menerima kenaikan elaun sebagai insentif atas kerja kuat mereka.

Prihatin ini menunjukkan Najib sentiasa peka dengan keperluan rakyat bawahan kerana majoriti Ahli Parlimen tidak dapat melawat kawasan sebulan sekali kerana mereka tidak cukup wang untuk kos petrol dan kadangkala kereta yang mereka gunakan sangat uzur dan selalu masuk bengkel.

Kenaikan elaun Ahli Parlimen seterusnya akan memberi kesan kepada rakyat bawahan seperti berikut:
Ahli Parlimen akan kerap turun kawasan setiap minggu
Ahli Parlimen akan kerap ke luar negara untuk belajar dan kembali membantu rakyat menaikan taraf hidup
Ahli Parlimen tidak lagi sebok dengan demonstrasi
Ahli Parlimen akan berhenti menghasut
Ahli Parlimen dapat membeli vitamin yang secukupnya untuk mengelak keletihan dan tertidor di Parlimen
Ahli Parlimen tidak lagi menumpu pethatian kepada pengumpulan harta atau rasuah
Kerajaan akan kurang menerima kritikan

Semua ini membantu rakyat menaikan taraf hidup mereka dan dijangka kenaikan ini membantu penurunan beberapa harga barang di pasaran.
Inilah satu petanda seperti yang selalu Najib ucapkan - suatu masa nanti rakyat akan berterima kasih dan menghargai apa yang kerajaan putuskan - ia sudahpun berlaku hari ini.

Terima kasih Najib Razak - IM4U










# Pesta Tonggak Air Syaitan Selangor juga kebetulan pada hari yang sama Pembentangan Bajet membolehkan ramai ahli parlimen kapir meraikannya lebih awal.

Wednesday, October 8, 2014

Kenapa Pembangkang Tidak Galak Minta Najib Berundur...

Itu satu petanda Najib telah menguruskan negara dengan baik tanpa ada isu besar untuk mereka kaitkan dan menggesanya berundur.

PM ke 6 jauh lebih baik bukan sahaja dari PM ke 5 malah lebih baik dari Mahathir dan sebelummya...Ini lebih jelas pada suatu masa nanti, 10 - 20 tahun lagi dari sekarang..

DAP dan PAS lebih silent berbanding dengan Anwar yang begitu desperate untuk menjadi PM..
Tidak pula Anwar jelaskan apa kelemahan besar Najib untuk perlu diganti dengannya (?)

PRU14.. Petunjuk dari PRK Pengkalan Kubur (Melayu lawan Melayu) sebagai contoh terdekat...BN akan kembali menguasai majoriti dengan lebih awesome..

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...