Tuesday, March 31, 2015

Ahmad Maslan dan Hassan Malek tidak sejiwa

Ahmad Maslan kata kerajaan dah kaji GST bertahun lamanya sebelum dilaksanakan...GST akan menurunkan harga barang...
Malek Hassan kata kementerian tidak cukup penguatkuasa mengekang kenaikan harga...

Begitulah nasib rakyat Malaysia..

Sunday, March 29, 2015

DAP Kedah sifatkan Lim Guan Eng "palat"..

DAP terlalu dan terlebih demokrasi kah sehingga DAP Sarawak mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PAS tanpa menghirau keputusan DAP Pusat yang sekadar memutuskan hubungan dengan Hadi. Adakah langkah mereka atas keputusan sendiri atau atas arahan Lim Guan Eng (?).

Jika kita mahu menerimanya sebagai demokrasi tulin, kebebasan membuat keputusan, perkara ini mungkin ada kebenarannya jika kita melihat keputusan DAP Kedah yang menempelak Lim Guan Eng sebagai bengong dalam membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi. Bagi DAP Kedah, DAP hanya perlu menolak ususl persendirian Hudud PAS di Parlimen dan bukannya memperbesarkan isu.
 
"Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan," kata Law.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," - Law

Lim Guan Eng sekadar mempamirkan ego dan bodoh sombongnya serta kemarahan amat sangat apabila Hadi tidak dapat dijinakkan sepertimana dia dapat menjinakkan sekor dua PAS ke kandang ternakannya.
Bagi Lim, selepas Anwar tiada, sudah tentu dialah yang paling bagus dan paling ditakuti (?)

Bagi pengundi DAP, inikah jenis manusia yang anda sokong !!! Adakah ini jenis manusia yang rasional dan cerdik (?) Inikah jenis yang boleh harmoni dalam negara pelbagai kaum (?) Inikah jenis yang boleh dibawa berunding (?) dan bagi rakyat Pulau Pinang, adakah sudah tidak ada seorang Cina pun di Pulau Pinang yang boleh dipakai sehingga terpaksa menerima si palat ini yang licik dan tidak setiakawan (?)

# Palat-buat kesilapan atau berperangai teruk hingga orang lain menyampah

Kalau beras naik, kita makan pizza hari-hari

Harga barang naik mencanak sana sini - kita tidak perlu bimbang, kita ada Najib dan Ahmad Maslan.

Jangan buang masa dengan komplain lebih - Hassan Malek kan ada...

Kita sepatutnya bersyukur, walaupun harga naik, harga kita lebih murah dari negara-negara lain di dunia...

Lebih penting, rakyat perlu berhemah dalam berbelanja, ubah style, gaya hidup...kalau beras naik, kita makan pizza hari-hari...

GST untuk rakyat kepada rakyat....

<<<<<<< Kalau nak makan free...pun PDRM tak pernah kedekut walaupun digelar anjing...Rafizi pun dijamu KFC

Friday, March 27, 2015

Kita kategori bodoh atau taksub dalam menyokong atau membangkang..

Dalam kepelbagaian isu sekarang ada dua situasi yang menjadikan rakyat dan kerajaan berbeza. Dibezakan dengan jurang yang besar atas faktor politik yang sepatutnya sudah reda atau boleh duduk semeja secara rasional dan harmoni dalam menguruskan sebuah negara. Kerajaan dan pembangkang saling memerlukan untuk membina negara ini. tetapi ini tidak berlaku sekarang kerana masing-masing layan kepala sendiri.

Selepas pilihanraya umum, negara wajar diurus berdasarkan fakta dan realiti.

Sekali lagi, tuduh menuduh berlaku yang tiada kesudahan...

Sebagai orang atas pagar, perbezaan dilihat kepada dua situasi tanpa mengira samada mereka kerajaan atau pembangkang tetapi disatukan menjadi orang politik dan pemimpin.

Samada mereka sedang memperbodohkan penyokong yang taksub atau sebenarnya rakyat Malaysia rata-ratanya memang bodoh sombong.

Wednesday, March 25, 2015

Pembawa HUDUD mesti bermaruah.. @ Kata Putus Bergantung Kepada DAP @ Pendirian Nazri Mewakili Pemimpin UMNO Liberal...

PAD sekadar masih nak main bontot SAP tanpa mahu melihat muka Idah.
Lebih kurang cerita "Cover The Face Fire The Base"

# PAS dalam persimpangan antara kepentingan politik dengan cadangan Hudud yang banyak rintangan. PAS bergelut dengan masa untuk Hudud dihalang dan kerjasama dengan DAP dapat diteruskan.

DAP juga tahu Hudud menghadapi banyak rintangan cuma terus bersandiwara untuk menunjukkan pendirian tegas dan sanggup "mati" dari berkawan dengan Hadi - lakonan untuk pengundi cina. (MCA juga tumpang sekaki)

Kebijaksanaan Lim Guan Eng menggunakan kesempatan dengan menanamkan rasa benci sebahagian ahli PAS kepada Hadi untuk memberi kesan ditolak di muktmar nanti. Golongan PAS yang sedang mengejar peluang kedudukan dan pangkat tentunya mengalu-ngalukan pendirian mentor mereka itu.
Niat yang jahat tetapi jika dirancang dengan baik mampu untuk berjaya !!!

Apakah perjuangan PAS terhenti dan memadai untuk menuding jari kepada pihak lain untuk menyatakan PAS telah melakukan yang terbaik, hanya Parlimen jadi penghalang, mencukupi untuk dibanggakan dan sebagai noktah perjuangannya.

Dan lebih bermakna jika yang menghalangnya itu datang dari UMNO itu sendiri (?) sebagai modal pilihanraya (?)

Dan bagaimana kalau UMNO menyatakan sokongan ke atas hudud cuma dalam masa yang sama menghormati pendirian dan keputusan/konsensus BN (?)

Lebih malang lagi kenapa PAS tidak membentangkan hudud di era Nik Aziz dan ketika BN mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen - PAS pada masa itu tahu Mahathir mempunyai hujah dan pendirian tegas tidak akan menyokong satu rekaan Hudud PAS yang tidak berlandaskan Al Quran sebaliknya rekaan untuk publisiti politik murahan.

Dan politik murahan itu dimainkan sekali lagi kali ini dalam ketika UMNO dan pemimpinnya lemah dan kesannya DAP semakin mengukuhkan kekuatan sambil  memperbudakan UMNO dan PAS itu sendiri.

Dan yang paling best bila Nazri menunjukkan kebodohan melampaunya !!!! mewakili pemimpin UMNO liberal...

Tuesday, March 24, 2015

Rakyat Tidak Sabar Menyambut GST...

Ada beberapa perkara yang sedang berlaku..

1) Sesetengah peniaga sudahpun mengenakan GST walaupun sepatutnya bermula 1hb April .. mana dia pemantauan dan penguatkuasaan (?) awal-awal lagi dah failed..
(a) stok lama yang dibeli sebelum 1hb April juga akan dikenakan GST (?)

2) Sesetengah perkhidmatan dan barangan yang dikecualikan GST tetapi sudah dinaikkan harga, semuanya dengan pelbagai alasan, antaranya sudah lama tiada kenaikan harga..

3) Ada orang kampong yang sedang menunggu pemberian GST kepada mereka sepertimana mereka mendapat BRIM..

4) Rakyat sudah tidak sabar-sabar menunggu 1hb April untuk sama-sama merayakan dan berpesta pada hari bersejarah tersebut, kemenangan rakyat yang memilih kerajaan menepati janji  - sewajarnya kerajaan umumkan sebagai public holiday.

5) GST  dapat mengekang rasuah kerana selepas ini ramai yang tidak mahu terlibat dengan rasuah yang mungkin juga dikenakan GST 6% oleh pihak penerima (?)

# Perlaksanaan GST mencerminkan janji kerajaan untuk mendahului rakyat telah ditepati kerana berdasarkan perancangan, berdasarkan janji, hasil kerajaan akan bertambah untuk dikembalikan kepada rakyat dalam segala bentuk.

Saturday, March 21, 2015

Sebelum 1hb April - harap dua perkara ini berlaku..

Dua perkara yang mungkin melegakan rakyat Malaysia sebelum 1hb April ialah:

1) GST ditangguhkan
2) Najib berundur dan secara otomatiknya GST ditangguhkan, BRIM dikaji semula cara perlaksanaanya dan 1MDB akan diminimakan risiko hutang negara.

Perkara 1 merupakan langkah jangkapendek yang melegakan tetapi langkah kedua lebih berupaya dan sesuai untuk melenyapkan kebimbangan rakyat dan seterusnya meletakan harapan tinggi kepada kerajaan untuk menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar termasuk kenaikan harga yang tinggi dan tidak sesuai pada masa dan sebaliknya melaksanakan sesuatu yang lebih menjamin keharmonian, menguragi tekanan dan kemajuan rakyat berbilang kaum.

Jika Ahmad Maslan menjelaskan cukai GST akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat dengan pelan pembangunannya maka sewajarnya dikembalikan kepada rakyat dengan membatalkan perlaksanaannya. Pelan Pembangunan juga tidak mungkin dapat dirasai oleh rakyat semua.

Di era Paklah juga, semasa kenaikan harga minyak diumumkan, janji yang sama, pelan struktur pengangkutan akan ditingkat, tetapi akhirnya "rakyat telan habuk dan asap".

Sisem Pecukaian seperti GST sangat di alukan tetapi biarlah perlaksanaannya diserap secara perlahan supaya rakyat tidak begitu terasa tekanannya. Dan dalam masa yang sama, beberapa pengumuman kenaikan khidmat dan produk oleh pihak kerajaan Pusat dan Negeri sangat membimbangkan.

Cukai yang kononnya mahu dikenakan ke atas "tauke" yang bolos sebelum ini tidak harus menjadikan "rakyat" mangsanya.

Selepas GST, IMDB, BRIM pemansuhan ISA dan lain-lain kini Najib berdepan dengan pendirian, tekanan dan persaolan kerana menyokong Hudud PAS Kelantan.

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...