Sunday, August 9, 2015

KEYBOARD WARRIOR DIPERLUKAN

Najib akui kehebatan serangan di media maya memihak kepada pesaing dan musuhnya.

Najib seolah menggambarkan apa yang dibuatnya hebat dan betul belaka cuma dinafikan oleh keyboard warrior yang tidak menyokongnya.

Katanya lagi, zaman Mahathir ada banyak perkara tidak betul tetapi ia tidak jadi isu dan tidak diperbesarkan, dilupakan kerana internet belum lahir.

Apa yang dilakukan sekarang hanya mewarisi apa yang telah PM terdahulu lakukan..

Ingatan:
Siapa yang membawa internet masuk jika Mahathir benar takut kepada internet?

Bakankah Mahathir mempelawa mereka untuk mencari silap dan salahnya termasuk membenarkan bank mendedah akaunnya..

Bukankah Mahathir sedang menunggu persaolan mereka..

Bukankah Tunku Aziz hadir untuk mendedahkan keburukan Mahathir di program N2H tetapi terkincit balik awal.

Yang nak tuduh dan fitnah Mahathir di sini..sila nyatakan nama, ic, alamat lengkap..
Kalau tak berani...kekalkan diri anda sebagai anjing kurap.

Berbalik kepada keywarrior yang sangat-sangat diperlukan Najib untuk mempertahan "kebenaran" dirinya...
Ramai di sini yang sudah lulus ujian jilat mangkuk layak memohon..

KD juga berminat kalau tawaran lumayan!!!

UMNO MAKIN.MEMBOSANKAN..

Masih adakah sesuatu yang boleh dibanggakan UMNO atau Pemimpinnya.

Adakah membandingkan dengan PAS atau PKR sudah cukup untuk kata UMNO lebih bagus.

Meneruskan masa hadapan dengan UMNO atau perlu mencari alternatif.
Apa jaminan UMNO dan Pemimpinnya akan datang tidak seperti hari ini -  lebih baik sedangkan budaya sekarang akan diwariskan.

Apa pilihan yang ada..

Saturday, August 8, 2015

Apa surprise lagi Zahid nak cakap tentang 1MDN..

Dah ramai dah tergolek bila cuba mempertahan 1MDN...

Kini giliran Zahid untuk membicarakannya sebagai balasan selepas mendapat ghanimah.

Setakat ilmu dan pengetahuannya tentang 1MDN, lebih tak tahu dari tahu, sekadar copy and paste sahajalah yang rakyat akan dengar...

Integriti kerajaan sekarang dalam keadaan menjunam sepertima keadaan hinggit di pasaran dunia...dah menuju setaraf Greece jika kerajaan asyik sembunyi dan lari.

Berbekalkan undi terbanyak Naib Presiden dan tidak berani open untuk bertanding lagi tahun ini, Zahid tidak boleh mengharapkan ia masih popular di kalangan ahli.

Secara ikhlas, Zahid yang sepatutnya mempertahankan kebenaran, mempertahankan Muhyiddin, mempertahankan Shafie,
mempertahankan Ghani Patail, mempertahankan Gabenor BNM, mempertahankan 4 Pegawai SPRM tetapi sebaliknya tergesa gesa menerima tawaran TPM tanpa merujuk kelayakannya kepada  rakan seperjuangan (Majlis Tertinggi) sangat tidak politik.

Zahid juga perlu berundur seiiring Najib.

Paling paling paling pelik...Penasihat 1NDN, Menteri Kewangan Utama tidak juga bercakap bagi pihak kerajaan.

PM sendiri pun tidak berani menjawab A to Z, jawab main tepis-tepis. Jawab main sindir-sindir, Jawab berkias-kias.

Itukah cara PM menguruskan negara dan krisis kepimpinan???!!!

Diharap Zahid lebih baik dari Ahmad Maslan dan tidak menamburukkan lagi imej PM yang tercalar.


KASIHANILAH NAJIB

Aku pun pelik dengan rakyat Mesia ni. Najib sudah bermurah hati dengan BRIM RM1200...

Belum ada PM sehebat dan sepemurah seperti Najib yang siang malam memikirkan bagaimana membela rakyat dan memajukan negara.

Sampai sekarang pun, walau diminta berundur Najib tak sampai hati meninggalkan rakyat yang menanggung beban kos saraan yang tinggi dan nilai ringgit yang menjunam.

Najib masih mahu stay demi rakyat.

Oleh itu jika Najib pun dapat ala BRIM 2.6B atas ehsan derma, sewajarnya tiada rakyat yang jeles dan pertikaikan.
Mungkin itu lah ganjaran hebat yang Najib dapat kerana sikap penurahnya.

Lagipun diyakini, Najib tidak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi.

Kalau 2'6B itu mahu ditafsir sebagai salah atau rasuah, sudah tentu BRIM juga dalam persepsi yang sama?

GAMBAR YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN MEN DALAM

Berterus terang pun sudah, berkias pun sudah...


Lewati blog AKJ untuk lebih memahami.

# Playsafe dan sikap mendiamkan diri beberapa pemimpin UMNO menunjukkan kedudukan Najib masih kuat walaupun diserang seribu kali.
Mungkin kerana Najib berada dalam kedudukan benar atau nasib masih menyebelahinya setakat untuk terus kekal

Friday, August 7, 2015

ZAHID MUNGKIR JANJI ATAU ADA ARAHAN YANG LEBIH POWER

Dua Pegawai SPRM ditukarkan ke JPM selepas ada pihak yang terasa dicabar (?)

Siapa yang arahkan (?) Dan siapa yang arahkan siapa itu (?)

Pertukaran dibuat selepas Zahid berjanji Pegawai SPRM tidak akan diganggu lagi...
Samada pertukaran itu bermaksud Zahid mungkir janji (munafik) atau ada lagi arahan yang lebih power (dajjal)

Jika keduanya tidak mendapat pembelaan dari umno, jangan pula besok terkencing dalam seluar melatah jika pembangkang memperjuangkan

KENAPA PERLU PERTIKAI PEMBANGKANG APABILA HARI INI MENYOKONG SPRM...HAKIKATNYA SIAPA PUNCANYA HINGGA PEMBANGKANG MENDAPAT PELUANG...

Bukankah hakikatnya penyokong dan blogger pro Najib menghentam Pegawai SPRM di peringkat awal tanpa rasional.

Kenapa hari ini melatah apabila pembangkang mengambil pendirian menyokong.

Memburukkan pembangkang dengan isu yang lama tidak membantu UMNO, PDRM, ZAHID dan PM untuk dilihat bersih oleh rakyat.

Jika dari kandang besi pun Anwar boleh hayati dan bersuara, apatah lagi rakyat yang bebas dan celik...





# Tak perlu emosi dan komen KD pro Anwar untuk menutup kelemahan pro Najib.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...