Wednesday, December 9, 2015

PEMIMPIN ANDA...

Tunai bertukar jadi unit
Derma jadi derma derma

Pembohong dah jadi munafik..

Kj demam !!,

Aku memang tak ikuti PAU kali ini sebab aku tak jangka apa apa yang ajaib akan berlaku.

Takkan diluar PAU menikus, masuk dalam PAU boleh tukar jadi incredible hulk...

Tema kali inipun aku tak ingat, cuma term and condition masih sama, cash is king.

Takkan nak tunggu tengok depan tv muka ku nan, najib dan zahid - buang current.

Macam kalau kita dah terkena kali pertama beli pau kaya atau pau kacang yang sudah tidak ori, palsu dan basi...takkan ulang nak beli di tempat yang sama penjual yang sama.

Tapi terbaca juga katanya Kj dalam perasmian pemuda marah mengamuk gila dan warning kerajaan (ye ke?) supaya jangan lagi naikkan barang !!!!
Berasap ucapannya, keluar api !!!
Ye ke?

Apapun ucapan bersemangat tu sebenarnya sudah biasa, apalagi kali ini..nak tunjuk bebas bersuara dan demokrasi !!!

Bagi aku, mungkin Kj demam dan perlu banyak rehat.

Kalau dia berikrar akan letak jawatan jika barang naik lagi, itu baru aku anggap Kj original cucu menantu Badawi.

Tuesday, December 8, 2015

NAJIB SIA SIAKAN.PELUANG...

Najib mengaku pahlawan bugis, tapi aku tengok selalu miss the boat...

1) Program N2H patutnya masa tu Najib dah jawab kaw kaw tentang isu 1MDB dan 2.6B... tentu Dr Mahathir ternganga dengan penjelasan memukau Najib.
Tapi Najib pilih lari.

2) Di Parlimen 3hb Disember kata nak jelas dan jawab...tapi last minute tolak tukang cuci tolong jawab...tak boleh tanya, pendekar punya order.
Kalau jawab dah tentu pembangkang dah tak ada isu...

3) PAU 2015 sepatutnya ada pemilihan, dengan kekuatan yang ada sudah pasti pro Mahathir semua bungkus..kan senang cerita, senang kerja.
Tapi nasihat kawan kawan, pemilihan tangguh.
Kenalah guna kuasa pecat kalau agak terancam..kan tak best tu.

Apakah Najib ada peluang, tapi miss the boat lagi akan datang.

Jangan sampai boat karam...

MENJELANG PAU, ADA MENTERI TUNJUK BODOH SENDIRI...

Kata Nazri Muhyiddin memang patut rasa tunggul sebab dia tidak ada Kementerian, tak ada benda yang nak digulung...

Tahap Menteri bodoh, ini perhimpunan parti politik, dengarlah apa yang Timbalan Presiden nak bercakap pasal politik, pasal pilihanraya, pasal imej parti yang hancur.

Tentulah Timbalan Presiden tak akan bercakap siapa yang paling rajin bawa masuk pelacur dari negara Cina yang menyalahguna visa pelacongan.

Era Mahathir, Tun Musa tanpa jawatan kabinet masih diberi peluang merasmikan sayap dan ucapan penggulungan - itulah negarawan yang jantan namanya.


Muhyiddin tak faham, Najib?

Sebelum aku berangkat gosok gigi, sempat juga aku terbaca skrip blogger paling telus...



Aku setuju pelik juga kalau Muhyiddin tak hadam 1MDB walaupun dah lapan kali bagi taklimat...

Betul ke dan kenapa, tunggu penjelasan Muhyiddin.

Tapi aku lagi lah pelik kalau yang berusan langsung dengan 1MDB selaku Penasihat 1MDB dan Menteri  Kewangan dan PM pun tak boleh jawab sendiri sejak dari awal Mahathir tanya.

N2H lari, di parlimen pun tak muncul, tak faham juga ke?

ZAHID KENA JADI PENYELAMAT...

Zahid walaupun bukan Timbalan Presiden, sekadar bidan terjun TPM tetapi jika keadaan terdesak bolehlah dianggap lulus dan layak untuk jadi Pemangku Perdana Menteri jika Najib ada berani sahut cabaran Muhyiddin untuk berehat.

Dalam berehat, cuba Najib buat talk, betapa ramai yang datang? Itu kita sembang lain kali...

Lebih molek, Zahid lantik pula Shafie jadi Pemangku TPM bagi mengimbangi seluruh sokongan kepadanya.

You all ingat, Muhyiddin dan Mahathir nak bersuara lagi !!!
Semua settle beb...

Melayu akan lebih bersatu, PAS lebih mudah didampingi... pembangkang bagai kapal tenggelam...


PEMBANGKANG ACAH.MINTA NAJIB.UNDUR...ADA YANG PERCAYA

Kerja paling senang ialah ketawa apabila membaca ayat ayat lawak yang di copy paste berulangkali bagi menggambarkan sokongan bertambah kepada PM tercinta.

Untuk menang PRU, pembangkang memerlukan kerajaan yang paling lemah, pucuk dicita ulam mendatang.

Pembangkang guna perkataan "mendesak Najib undur" sekadar untuk menunjukkan kerajaan lemah dan perlu ditukar. Masa yang paling tepat untuk tukar bukan Najib sahaja tetapi parti UMNO keseluruhannya pada PRU.

Sebab itulah juga cadangan tukar Najib dengan Muhyiddin atau Ku Li ditolak mentah2 oleh pembangkang atas alasan mereka masih orang UMNO...

Usul undi tidak percaya kepada Najib atau tolak budget Najib di parlimen juga tidak menjadi kenyataan kerana mereka mahu Najib terus kekal sehingga PRU...

Banyak peluru akan muntah di PRU kelak menjadikan UMNO kaku untuk menjawab malah ada kemungkinan komponen BN berpaling tadah apabila lemas dengan pelbagai saolan yang tidak dapat dijawab?

Tak perlu kempen hebat2, sekadar pakai tshirt tertulis "mana 2.6B?" pun sudah memadai untuk petugas BN tutup booth awal awal...

Hakikatnya pembangkang tidak mahu Najib berundur sekarang kerana kelemahan itu menjadi senjata untuk mereka di PRU.

Pro Mahathir menyedari hakikat tersebut dan sedar jika Najib masih PM, harapan untuk UMNO tewas adalah mudah.

Once tewas, tak.mungkin ada peluang lagi !!

Umpama Penang, Kelantan dan Selangor...mampu ke UMNO ambil semula?
Najib mengetuai Selangor...apa pencapaiannya?...yang buruk Noh Omar yang pikul...

Jadi, tak usahlah nak fitnah dan spin yang bukan-bukan. Mahathir sudah tak kebulor dan pelahap dengan harta dunia murahan... Pencen yang ada pun tak habis makan...
Kesian, mereka sangka rakyat bodoh macam mereka juga...



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...