PRESS RELEASE
THURSDAY 26 MAY 2016
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN UMNO DI BAWAH NAJIB
Minggu lepas ketika saya berada di Manchester, seorang warga Britain berbangsa Pakistan telah menjemput saya dan keluarga untuk makan malam di rumahnya.
2. Ketika tiba di hadapan rumahnya, saya terpegun melihat rumah agam milik Umar, doktor gigi yang menghabiskan seluruh hidupnya di UK. (saya kemudian diberitahu bahawa rumah tersebut pernah didiami oleh Karl Marx ketika dia menulis 'Das Kapital'. Wa Allah Huaklam).
3. Dalam sekelip mata saya mendapati bahawa Umar merupakan seorang yang amat peka dengan apa yang berlaku di seluruh pelosok dunia pada hari ini. Kami membincangkan banyak perkara dan beliau menyatakan kepada saya bahawa seorang berbangsa Cina dari Malaysia bekerja di kliniknya.
4. Beliau menyatakan bahawa rakan Cina ini menyatakan rasa kurang senangnya terhadap hak keistimewaan orang Melayu yang menafikan hak orang lain. Kami akhirnya mengupas apa yang dimaksudkan hak istimewa orang Melayu ini.
5. Persoalannya masih adakah hak istimewa orang Melayu di zaman seorang pemimpin bernama Najib Razak?
6. Di zaman Najib Razak, hak ini lebih sesuai digantikan dengan Hak Istimewa Rakan-Rakan Seperdosaannya.
7. Sedang ramai anak anak Melayu kehilangan peluang untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka, Riza Aziz anak Rosmah Mansur dikatakan mendapatkan peruntukan ratusan juta ringgit dari 1MDB untuk memulakan projek filemnya. Adakah anak Melayu lain yg tak ada hubungan dengan Najib atau Rosmah akan diberi peluang yang sama? tidak mungkin.
8. Namun pengundi-pengundi Melayu di kedua-dua kawasan pilinharanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditakut takutkan akan kehilangan hak hak istimewa ini. Hak ini telah menjadi retorik semata-mata.
9. Sudah sampai masanya kita perlu bangun untuk menyatakan kepada Najib dan rakan-rakan seperdosaanya bahawa kita sudah tidak rela dipermainkan lagi.
10. Kita mahu diberikan 'peluang' dan bukannya 'hak istimewa' yang sering tidak kunjung datang.
11. Kita mahu melihat saluran kemewahan kepada Rakan-rakan seperdosaan Najib dan anak menantu mereka dihentikan. Kehidupan berpoya-poya mereka perlu dihentikan.
12. Yang perlu kita tumpukan ialah anak anak kita yang kecewa dengan kegagalan mereka mendapatkan biasiswa pada tahun tahun kebelakangan ini. Malangnya Najib seperti tidak mahu ambil peduli.
12. Jika di kedua dua kawasan PRK ini Najib dan Rakan-rakan Seperdosaannya terus menggunakan slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan', tolong katakan pada mereka bahawa mereka adalah antara pembohong paling besar dalam sejarah politik dunia yang layak duduk sebaris dengan yahudi zionis yang menindas Palestin.
13. Sebelum pulang, Umar sempat bertanya kepada saya 'Do you Malaysians really believe that 2.6 billion is donation? How naive can you be?'
14. Doktor ini juga merujuk Rosmah Mansor sebagai 'the lady who bleeds the country'.
Sesungguhnya kepercayaan kita terhadap Najib sudah tiada lagi.
Tanahair tanggungjawab kita
#saveMalaysia
#Berani Kerana Benar
Kamarul Azman
Presiden GKCM
KENYATAAN MEDIA
KHAMIS 26 MEI 2016
# Saya berada di Kuala Kangsar sekarang, harga homestay akan naik melambung dan hotel fully book menjelang PRK.
Memang benar, sudah ada suara menakut naktkan orang Melayu di Kuala Kangsar kalau cina perintah?
Saya sudah memberi penjelasan kenapa itu satu pembohongan terutama di PRK Kuala Kangsar yang mustahil DAP akan meletakan calonnya.
BN perlu dikalahkan dengan satu matlamat tekanan kepada Najib untuk berundur.
Selagi Najib kekal, kita suka atau tidak UMNO akan tewas...
Kalau kita sokong juga pun, peratus kecil ini tidak mampu melawan tsunami rakyat..
2% sokongan bertukar arah...UMNO tewas.
Mature thinking shown by Tun:
"Former premier Dr Mahathir Mohamad has called on the opposition and the public to cast aside their identities as party members in the upcoming twin by-elections to ensure Prime Minister Najib Abdul Razak's defeat.
Speaking after a meeting with several opposition MPs in Putrajaya, Mahathir said this was because some of Najib's policies, such as the goods and services tax, have burdened all regardless of political allegiances.
"We are agreed that in these by-elections we must behave as though we don't belong to any party."
Can the Opposition cast aside personal agendas and unite for the country?
Are you mature enough?
Tun has shown the way.