Thursday, July 28, 2016

DAP KEKAL WAYANG TONGKOL

Demi parti dan masa depan DAP itu sendiri sewajarnya lim guan eng berundur dari jawatan Ketua Menteri dan serahkan tugas kepada Timbalan Ketua Menteri 1, seorang Melayu dan Islam jika parti dan pemimpin itu tidak racist, tidak anti Islam dan tifak kafir harbi.

Jika itu pun tidak dapat dilakukan dalam apa jua kos dan harga,  DAP hanyalah wayang tongkol yang belum berubah mengikut masa.

POLITIK SERBA MUNGKIN

Laporan polis ke atas tiga penjawat awam  utama oleh naib ketua pemudanya mewakili siapa?
Mewakili peribadi untuk popular
Mewakili pemuda
Mewakili kj

Sikap membisu kj membuka banyak persepsi
Kj menerima arahan najib?
Kj arahkan khairol?

Apa motif semua ini?
Kenakan najib
Sengaja memancing tiga penjawab awam untuk mendedahkan perkara sebenar?

Siapa berkonspirasi?
3 penjawat awam utama?
Kj and the gang?

Ada persekongkolan?
Zahid kj?

Dilaporkan sudah ada beberapa pemimpin kanan umno jumpa mahathir?  Harap berita itu tidak benar?
Jika ada tentangan dari dalam ummo,  kemungkinan Tun tak jadi tubuh parti baru?  Harap berita itu tidak benar?
No wonder parti baru sengaja dilambatkan penubuhan?

TUKANG LAGA DAP DAN PKR JANGAN KECEWA KALAU MEREKA TIDAK BERPECAH

SELINGAN:

Sekarang ni proses melagakan PKR dan DAP sedang rancak dijalankan oleh pendedak...

Mereka sudah terlupa PKR telah menunjukan jati diri untuk menyatakan pendirian untuk tidak tunduk kepada DAP.

Tetapi perbezaan pendapat ini bukan bermaksud perpecahan jika diurus dengan baik.

Sepatutnya inilah cara PAS berkomunikasi dengan DAP secara kawan,  tawan dan lawan dan bukannya lari ikut pintu belakang.


# Harapan mereka PKR dan DAP pecah untuk menyulitkan perpaduan dengan parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun...

Wednesday, July 27, 2016

PARTI BARU TUN...TINJAUAN AGAK MEMERANJATKAN.

Tidak disangka rupanya parti baru ilham Tun Dr Mahathir sedang ditungu tunggu.

Perjumpaan atas urusan bisnes tetapi meleret kepada cerita politik menunjukkan ramai yang menanti malah ada di antaranya ialah Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan, mereka janjikan parti baru ini akan "meletup" dan mendapat sambutan ramai.

Ramai yang sudah berangan untuk menggerakannya di tempat masing-masing.
Antara faktor parti baru ini akan mendapat sambutan adalah kerana bakal alternatif kepada UMNO apabila PAS dilihat gagal mengambil tempat.
Apakah orang seperti Husam yang belum berparti akan ke sini (?)...
Bahagaimana dengan ADUN dan MP UMNO...adakah ada beberapa yang akan berhijrah (?)

Tuesday, July 26, 2016

BACKFIRE

Isu makin berat.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Bahu siapa?

Siapa individu yang sedang difokus sekarang?

Laporan polis oleh Khairudin Hassan,  dibalas dengan laporan polis oleh Khairun Azwan.  Sudah tentu laporan dibuat atas kapasiti peribadi masing-masing. !!!!???

Laporan polis bererti mendesak membuat siasatan?
Zahid sendiri mengaku Polis masih membust siasatan!
Siasatan tentang apa (?)

Apapun motif bagi mereka yang membuat laporan Polis ia membawa maksud akan membawa kepada pendedahan yang lebih besar selepas ini....
Melibatkan penjawat awam...merupakan pucuk dicita ulam mendatang!!!

Semua itu sedikit pun tidak meringankan beban kepada bahu yang menggalas.


Monday, July 25, 2016

AG PANDI WAJAR KE AMERIKA


KEMASKINI:
flykite atau langau atau lalat hijau cuba baca apa azmin kata....


Belum pernah rasanya mana mana PM Malaysia sebelum ini  menerima ucapan tahniah yang bertubi dan bertalu dari dalam dan luar negara sepertimana yang Najib nikmati sekarang ini.

Semuanya gara gara mempopularkan nama negara dalam penganugerahan tertinggi "kleptokrasi" yang dianugerahkan oleh DOJ Amerika Syarikat.

Makcik makcik di lampong dan peneroka felda khususnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tentulah gembira berganda atas penganugerahan tersebut yang menyokong ketepatan pilihan mereka ke atas kerajaan sekarang.

Rakyat Sarawak pimpinan Adenan kini boleh dianggap manusia paling cerdik dalam dunia.

Seruan PM supaya individu yang dinamakan oleh DOJ membersihkan nama mereka sangatlah tepat kerana jika gagal, risikonya sangat besar dan boleh melarat larat.

Sebagai pemegang jawatan paling tinggi di Malaysia, mewakili pemimpin yang mempunyai prinsip integriti yang diutamakan, PM Najib tentu nya tidak berkompromi dengan mana mana salahlaku.

Adalah wajar AG Pandi dihantar secara terhormat sesuai dengan kepakarannya untuk menjadi Peguam Pemerhati dan Peguam Mencelah mewakili kerajaan Malaysia.


Sunday, July 24, 2016

MO1. SIAPA MAKAN CILI...


Malas nak komen, kesian pada kawan kawan yang masih setia membuta...

Logiknya bila tiada hujah, Tun Dr Mahathir pula dikatakan mempengaruhi Amerika...

Hebat sangat ke Tun..
Tak rasa segan silu ke nak mengaku, nak angkat tinggi,  nak agungkan Tun begitu berpengaruh...






life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...