Saturday, August 6, 2016

ADOIIII... LOGIK KE TIDAK NI...

Kalau benar,  kenapa perlu lari dan mengelak dari berdepan dengan Tun secara terbuka dan langsung untuk rakyat menilai kebenaran...

Kenapa tidak buat dakwaan tersebut di depan muka Tun Dr Mahathir dan dibumi Malaysia...

N2H...  Ingat lagi (?)


Sebelum  berdepan dengan Tun Dr Mahathir,  boleh "pukul" mamat ni dulu. 



Yang inipun Tun Dr Mahathir suruh juga ke (?) atau atas restu annuar musa  !!!

Najib perlu menunjukkan dia bersih dan menepati janji kepada rakyat dengan membatalkan OSA ke atas Laporan Odit Negara. Jika itupun dia tidak mampu lakukan... Apakah kata katanya masih ada integriti. 



Friday, August 5, 2016

AMANAH WAJAR BUBAR UNTUK LALUAN PARTI BARU

Kesian juga tengok pecacai dan pendedak serta juak juak mula mengulas dan memperkatakan tentang parti Tun.

Sebok bangat kenapa agaknya...

UMNO parti gergasi gagah perkasa 3 juta ahli yang dibayar keahliannya apa sangatlah dengan parti kerdil ilham orang tua seusia 91 tahun...

Tunjukanlah sedikit saki baki cerdik, jangan sampai tak tidor lena....


http://m.bernama.com/index.php?lang=my&sid=newsdetail&news_id=1270135

Wednesday, August 3, 2016

MENTAL AZWAN BRO, MENTALITI SIAPA (?)

APA CITER NI. !

Khairul Azwan Harun menyatakan laporan polis terhadap 3 Tan Sri yang dipercayaI berhubung dengan DOJ Amerika Bukan satu andaian sebaliknya satu tanggungjawab dan suara Pemuda.

Najib dan Kj kata itu peribadi. !

Logiknya kena percaya dengan tuan punya badan, Azwan Bro,  dia lebih tahu dan sedar,  ini siapa punya idea?

Pohon maaf dan letak jawatan jika Azwan Bro berprinsip.
KPN perlu buktikan itu satu andaian dengan mengambil tindakan ke atas Azwan Bro sebagai membuat laporan sembrono.
Kj dan Najib perlu merujuk Azwan Bro ke Jawatankuasa Disiplin kerana memburukan imej Pemuda dan UMNO  !

Atau ini hanya lagi satu drama yang "tak menjadi" dengan motif mengalihkan isu (?)



# Tak ada ke sesiapa yang nak ambil kesempatan ini untuk mendakwa azwanbro ini proTun(?)




Sunday, July 31, 2016

SABAH UBAH AKAN MELANDA SEMENANJUNG

Semangat politik Sabah Ubah yang dibawa oleh Shafie Apdal,  mampu jadi badai dan tsunami untuk menghalau UMNO keluar dari negeri tersebut.

BN bakal kehilangan fIx deposit untuk PRU akan datang,  Musa sudah tidak boleh aman lagi.

Walaupun Shafie tidak bersama Muhyiddin dalam satu parti ia mungkin satu perancangan sesama mereka dari segi strategi supaya perjuangan SABAH UBAH lebih mudah diterima.

Konsep Sabah Ubah boleh diterap dengan mudah oleh Johor selain Selangor dan Pulau Punang yang sudahpun membuktikan keberhasilan dan kemampuan mentadbir dan mengurus.

Kelantan sendiri sudah sekian lama bersendiri, ertikatanya Kedah dan Terengganu bakal mengikut jejak jika PAS bijak berpolitik.
Hadi diundurkan  antara ramuan membolehkan PAS ke depan, bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekadar satu bonus.

Saturday, July 30, 2016

MOF1 SUDAH DIKENAL PASTI...

Bukanlah sukar untuk ditafsirkan siapa yang dimaksudkan dengan MOF1 kerana perkataan
itu bukan sekadar suka suka disebut oleh Peguam Negara US tetapi dikaitkan dengan beberapa butiran lain.

Tetapi apabila ada pihak pihak yang menafikan itu tidak merujuk kepada mereka,  tidak berkaitan dan sebagainya,  kita hanya mampu mengawal perut dari pecah untuk ketawa jenaka bangang tetsebut.
Setakat ini yang menafikan MOF1 merujuk kepada dirinya ialah ibrahim ali dan lim kit siang - satu penafian yang menghiburkan.

Adalah lebih baik kita tunggu pihak Peguam Negara US menyebutnya secara rasmi kelak untuk mengetahui siapakah si bangang tersebut yang kaki kencing sehingga habis semua rakyat,  ugama,  bangsa dan negara terpalit dengan najisnya.

Aktiviti haram seperti money laundering,  pemilikan harta secara tidak sah samada berlaku di malaysia atau di mana sahaja jika di ambil tindakan undang undang oleh pihak berkuasa negara tersebut bukanlah bermaksud campurtangan ke atas negara lain.

Pihak berkuasa hanya menguatkuasakan undang undang di negaranya sendiri ke atas orang yang disyaki dan dituduh.

Yang dituduh kena membela diri dan membuktikan dia tidak bersalah bukan sekadar menafi dengan air lior sahaja dengan wajah selamba lembu sakit.

Kita setuju dengan saranan Yang Amat Berhormat  PM supaya yang dituduh membersihkan diri mereka dan yang bersalah diambil tindakan.

Kita kena tabik kepada usaha Peguam Negara US tidak menyalahgunakan kuasa, sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan atas sesuatu perkara yang menjadi pertikaian umum seluruh dunia.


SEMUANYA BAKAL BERAKHIR...

Tindakan DOJ sekadar saman sivil !

1MDB TIDAK TERLIBAT - Kata PM.

So,  menteri,  pemimpin, pendedak,  pecacai...relax,  jangan panik macam penjenayah.

Biarlah proTun dan pembangkang melalak atas apa yang mereka percaya.

Seperti kata Husni... Semunya akan berakhir  !!!

Boleh faham kot...


# Ada sesetengah yang merayakan kegagalan Tun dalam usaha mengundurkan Najib.  Sebagai rakyat penilaian bukan sekadar itu tetapi lebih bagaimana krisis ini diuruskan. Apakah kegagalan Tun ada aras tanda menunjukkan Najib makin kukuh atau sekadar menanti bila bila masa gugur gedebuk macam nangka busuk.

Nasib umno lebih baik jika Mahathir silap tetapi bagaimaba kalau Mahathir betul dan benar..

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...