Wednesday, October 12, 2016

SOKONG MAHATHIR DAPAT APA (?)

Boleh ke kita masuk syurga kalau sokong penipu,  pembohong dan perompak..
Lebih teruk lagi dia buat hutang untuk enjoy anak bini,  kita yang kena bayar.. 

Kalau ada sesiapa yang boleh memberi jaminan "menyokong" tidak akan menghalang masuk syurga,  dengan sendirinya aku akan tidak lagi membantah. 

Saja je aku nak kaitkan dengan ketuhanan kot kot dah ada yang lupa,  kot kot depa ingat Islam itu dah cukup sempurna kalau sekadar duduk atas sejadah dan lepas tu bebas nak buat apa sahaja.

Kena ingat status dedak atau menyokong dedak adalah makanan haiwan,  jangan downgradekan diri ke arah itu samada orang tahu atau tidak..

Semua orang mengaku tahu,  faham.. But seriously ambik kesah ke tidak,  guna nama samaran,  berayon ke tidak,  anon ke tidak.. Kilat guruh petir tak kenal semua benda tu. 



Monday, October 10, 2016

TAWAN PUTERAJAYA MELALUI JOHOR

Johor tiang seri umno akhirnya senget,   satu petanda yang sangat jelas bagaimana umno semakin lama semakin rapuh...
Lahir dan kubur di tempat yang sama.

Dengan Kedah,  Perak,  Terengganu, Sabah dan kini Johor diramal jatuh kepada pembangkang,  Puterajaya bukan lagi satu angan angan..
Kelantan,  Selangor dan Pulau Pinang kekal milik pembangkang.

Melaka,  Negeri 9, Pahang juga boleh digempur dan sesuatu yang bukan mustahil untuk ditawan.


Semua ini akan ditertawakan, mungkin bagi mereka Jamal Ikan Busuk sudah cukup untuk menguruskan semua perkara.

Nyawa umno kini hanya bergantung kepada dua faktor utama, persempadanan semula oleh SPR dan harapan PAS sekali lagi sedia jadi lembu cucuk hidung untuk merealisaikan tiga penjuru.

Sedangkan PAS berharap kerjasama dengan umno lebih kepada pembahagian kerusi yang lebih adil dan PAS lebih bersedia untuk 1 lawan 1 dengan PKR,  AMANAH atau BERSATU. Jika kerjasama PASumno bertujuan tiada pertembungan sesama mereka,  ia juga bagai pucuk dicita ulam mendatang.


UMNO WAJAR MELUCUTKAN JAMAL DARI KETUA BAHAGIAN



Perlakuan sarkas tidak wajar dibenarkan..

Ia tidak membantu imej parti dan Perdana Menteri. Mengekalkan Jamal bererti menyokong segala tindak tanduknya.
Nazri dan Kj patut usulkan di Majlis Tertinggi jika benar Jamal tidak mewakili umno dalam aksi baju merah.




Sunday, October 9, 2016

JAMAL KENA SEKOLAH



Sumber FB



Jamal Pak Tongkol Bebal itu patut tahu bahawa *perkara 10 Perlembagaan Persekutuan* memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.

Setiap konvoi Bersih 5.0 telah mendapat kebenaran pihak polis dan soal samada mereka mematuhi atau melanggar undang-undang,  biarlah pihak polis yang kendalikan.
Jamal elok kembali ke Sekincan,  jual ikan bakar.

Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik bukannya penindas rakyat ataupun penyekat kepada hak-hak dan kebebasan mereka.

Yang dia sebuk nak mengacau perhimpunan Bersih 5 dah kenapa?

JUTAWAN PUN RASA SUSAH



IKON usahawan, Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit dari sehari ke sehari.

Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris', peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.

Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

“Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

“Orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis dengan mengatakan saya hanya pekerja ladang.

“Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga kecil-kecilan, sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.

# Jutawan pun dah terasa susah dgn Ekonomi Malaysia skrg ... Rakyat yg gaji kecik lagi le .

OWNER KENA UGUT












Owner Nasi Lemak World@Kluang, brader Zul telah diugut dan diberi amaran oleh Geng Baju Merah utk tidak dibenarkan konvoi BERSIH 5 mkn dikedai NLW

Mereka sendiri memaklumkn bahawa mereka telah *DIBAYAR* oleh orang tertentu dan boleh melakukan apa saja yg mereka suka.

Untuk makluman, satu report polis pun telah dibuat oleh brader Zul no report KLUANG/015507/16

Geng Baju Merah lebih berkuasa dari PDRM?????

*APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA????*


Sumber: GROUP WHATSAPP






Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...