Tuesday, October 25, 2016

APA STATUS BERSIH, HALAL KE HARAM

Bermula dengan Rahman Dahlan yang akan mengambil tindakan (mengugut)  ke atas syarikat dapat projek kerajaan yang menyokong BERSIH, diikuti dengan Zahid Hamidi yang bernada sama.. 

Sekarang ni siapa ikut cakap siapa (?) Seolah Zahid akur dengan Rahman Dahlan. 

Jangan kelirukan rakyat. 
Adakah BERSIH itu halal atau tidak? 
Perhimpunan BERSIH5 November nanti halal atau tidak? 
Rakyat nak tahu status? 

Kalau Perhimpunan BERSIH haram,  istiharkan,  tangkap mereka yang terlibat, itu baru nama kerajaan.. 

Kalau halal,  tidak ada sebabnya ia dianggap mengancam keamanan,  jika halal tidak ada sebab nak ugut kecualilah syarikat tersebut dapat projek secara rasuah!!! 

Kalau dapat projek secara rasuah,  beranikah Rahman Dahlan dan Zahid bertindak? 
Kalau dapat secara rasuah,  siapa yang terlibat?  Di bawah Kementerian mana?  Siapa Menterinya? 

Kalau dapat projek secara sah dan layak,  kenapa pula nak ugut. 

Baju Merah sah ke tidak?  Siapa di belakang?  Siapa petualang?  Bila Zahid nak cari dalangnya?  Bila mudin nak kejar sampai ke lubang cacing.. Atau dalangnya sudah pun diketahui??? 

Rengkas cerita,  bila buka mulut jangan sampai rakyat tahu,  pemimpin nak kencing. 

KJ PALING LAYAK, SESUAI MENERUSKAN LEGACY NAJIB MEMAKMURKAN NEGARA



Sebut tentang pengganti Najib,  tidak ada yang lebih baik selain Kj. 

Zahid dan Hishamuddin terlalu tua untu menunggu bagi menggantikan Najib,  paling tidak Najib akan terus jadi Presiden parti dan PM  selama 15-20 tahun lagi. 

Walaupun mungkin tidak sampai kiamat seperti saranan Adenan Satem tetapi sekurang kurangnya dalam tempoh 15-20 tahun,  Tun Dr Mahathir, Muhyiddin,  lim kit siang dan Anwar sudah tiada. 

Yang tinggal hanya Mukhriz - Kj boleh handle. 

Dalam hal hal mengurus negara, 1MDB dan lain lain legacy Najib yang sama handalnya,  seirama adalah Kj - pengalaman semasa di tingkat 4, Kj boleh teruskan. 
Bukan sahaja Kj,  bakat semulajadi exco Pemuda untuk menguruskan dan melicinkan negara bukan satu masalah besar. 

KITA BELUM DARURAT UNTUK ALASAN HALAL MAKAN BABI/RASUAH

Copy paste di bawah tak bace pun tak apa.  Tak ada isi sekadar putar belit fakta. 

Bolehkah yang haram dihalalkan sekadar menukar istulah dan bahasa. 

Apakah perhimpunan BERSIH salah di sisi undang-undang.  Kalau dah dapat permit polis,  apalagi dok maracau macam baju merah mabuk todi. 

Tun bukan lagi ahli umno,  sudah tiada kaitan,  putus hubungan.. Hari ini jadi pesaing untuk ambil alih peranan umno. 
Yang masih sokong umno adalah akar umbi yang menerima rasuah sebagai sudah jadi budaya dan amalan umno kini. 
Yang memimpin adalah Barisan Dedak.

Apakah Najib mula jadi PM dan Presiden secara demokrasi atau rampas kuasa (?)





#SuaraMerdeka:

*SURAT TERBUKA KEPADA DR. MAHATHIR*
Oleh:  Azman Hussin

KEHADAPAN Tun Dr Mahathir,

Pada tahun 2001, dalam menghadapi gelombang Reformasi, tuan pernah berkata, “Apakah untuk mendaulatkan pemerintahan mengikut undang-undang, maka mereka perlu bertindak menyalahi undang-undang dengan merusuh di jalan-jalan raya, menyekat perjalanan kereta, memaksa kedai-kedai ditutup dan mengganggu  keamanan rakyat?”

Itu petikan ucapan tuan di Perhimpunan Agung UMNO pada 21 Julai 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, yang telah dibukukan dengan tajuk Melayu Mudah Lupa (Pelanduk Publications, 2001).

Hari ini tuan pula yang bersekongkol dengan golongan yang tuan kecam untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, hanya kerana tidak bersetuju dengan cara Datuk Seri Najib mengurus negeri, YAB Perdana Menteri kononnya menyeleweng wang negara. Hari ini tuan menggalakkan perkara yang sama, iaitu melakukan tunjuk perasaan dan demonstrasi untuk menyuarakan bantahan.

Tidakkan perkara ini pelik, tuan?

Tuan boleh menyatakan situasi dahulu tidak sama dengan apa yang berlaku hari ini. Perdana Menteri melampaui batas dengan menggelapkan wang negara berbilion-bilion. Ia tidak sama dengan apa yang tuan hadapi dahulu. Itu mungkin hujah-hujah naive tuan.

Tetapi, baca pula ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pesanannya buat rakyat Malaysia ketika itu. Kata beliau, “Apa upaya pemimpin untuk membanteras rasuah sekiranya beliau sendiri meluluskan RM1.8 bilion untuk syarikat anaknya sendiri. Bagaimana beliau boleh menghapuskan rasuah apabila beliau menolak ke tepi bukti perlakuan rasuah seorang menteri kanan, padahal bukti tersebut disokong dengan dokumen di mana menteri tersebut menerima hadiah, wang dan saham?”

Tuan boleh menjawab itu hanya tuduhan tidak berasas DS Anwar Ibrahim, tetapi apa yang didakwa ke atas DS Najib juga adalah satu tuduhan dan andaiam sahaja, tuan.

Jika tuduhan-tuduhan seperti ini dijadikan hujah, maka individu pertama yang patut digulingkan secara tidak demokratik adalah tuan sendiri pada suatu ketika dahulu.

Malahan dakwaan-dakwaan ke atas tuan lebih dahsyat dan lebih banyak lagi berbanding Perdana Menteri hari ini, yang tidak mahu saya ulangi lagi tuduhan-tuduhan itu di sini.

Merenung tindakan-tindakan tuan sehingga ke hari ini, ia boleh membawa anggapan kepada orang awam, bahawa tuan adalah Machiavelli yang sanggup menunggang apa saja untuk sampai ke matlamat tuan, untuk mencapai kepentingan-kepentingan kroni tertentu dan kehendak peribadi tuan.

Kenapa saya berkata begitu? Sebab tindakan-tindakan tuan hari ini sudah terlalu jauh dengan apa yang pernah tuan pegang dan propagated dahulu. Apakah agenda sebenar yang tuan telah deklarasikan sebagai menyelamatkan Malaysia?

Apakah yang tuan mahu selamatkan, sedangkan tindakan-tindakan tuan hari ini bakal merosakkan lagi negara tercinta ini? Apakah tidak menjahanamkan negara dengan menyerang Perdana Menteri sepanjang masa sehingga melibatkan campur-tangan kuasa-kuasa asing terutama media? Realiti ini pernah tuan sebutkan dahulu, dan ia boleh disemak dalam ucapan-ucapan tuan ketika menangkis serangan Anwar Ibrahim.

Contohnya, Tuan pernah berkata, di perhimpunan yang sama, “pemerintahan menjadi lemah dan tidak dapat bertindak dengan tegas. Tekanan ke atas pemerintah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk orang asing. Dengan itu, bukan sahaja pemulihan ekonomi tidak dapat dijayakan, tetapi kebebasan yang begitu dibanggakan dahulu pun hampir tiada lagi. Inilah hasilnya daripada reformasi dan demonstrasi jalanan. Apakah kita hendak melihat semua ini dibawa ke negara kita oleh puak reformasi ini?”

Saya bersetuju dengan tuan. Apabila pemerintah lemah akibat pemberontakan rakyatnya sendiri, negara akan mudah diperkotak-katikkan. Pelbagai puak, sama ada daripada dalam atau luar, yang berniat jahat akan mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik negara. Akan ada puak yang akan menangguk di air keruh.

Perkara ini sebenarnya sedang berlaku. Tuan pun tahu dan sedar bukan? Tidak logik jika tuan tidak menyedari bahawa DAP hanya mahu memanipulasi tindakan tuan untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam, sedangkan pada masa dahulu, tuan jugalah yang memberi amaran akan ancaman DAP ini kepada orang-orang Melayu yang tuan kata lapar dedak? Tuan lebih tahu perkara ini berbanding orang lain. Saya hanya mengingatkan agar jangan mudah lupa!!

Tuan, pelbagai pihak sedang bersatu dalam pakatan politik yang disertai oleh tuan, sama ada sekularis, liberalis, pluralis, LGBT, sosialis-komunis dan sebagainya. Mereka ini sedang memanipulasi tuan, menjadikan tuan sebagai kayu hulu kapak untuk menebang pokok kayu jati Melayu..

Tuan sendiri tentu sedar yang tuan sedang diperkuda dan dikeldaikan, tetapi tuan menerimanya asalkan kehendak tuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tercapai.

Tindakan-tindakan tuan ini seolah-olah tuan adalah desperado, sehingga saya terpaksa membenarkan tuduhan-tuduhan yang diperkatakan oleh ramai orang bahawa tuan ini sebenarnya mahu menyelamatkan legasi politik dan empayar perniagaan kroni-kroni tuan yang terancam dengan pentadbiran baru. Kononnya empayar perniagaan kroni-kroni tuan terjejas teruk, dan mereka adalah dalang sebenar di sebalik tindakan tuan di hari ini.

Tuan boleh mendakwa tuan bertindak untuk menyelamatkan negara, tetapi tuan juga tidak dapat menutup hakikat sebenar bahawa tindakan tuan itu telah menghancurkan lagi negara ini.

Apakah kesalahan besar yang dilakukan Perdana Menteri sehingga tindakan tuan begitu keras dan melampau?

Mari kita renungkan keadaan ini pula.

Suatu masa dahulu spekulator matawang, George Soros menuduh pentadbiran Malaysia di bawah tuan terdapat pelbagai penyelewengan, rasuah dan kronisme yang melibatkan angka berbilion-bilion, yang menyebabkan ekonomi dan matawang negara tidak sihat dan mudah diserang. Itu jugalah kecaman Anwar Ibrahim ke atas tuan.

Ia ada logiknya. Tetapi rakyat Malaysia ketika itu, tetap mempertahan tuan untuk menyelamatkan negara. Bayangkan jika rakyat dan UMNO berpaling tadah kerana terpengaruh dengan dakwaan tersebut, sudah tentu negara ini akan terpaksa tunduk kepada IMF seperti ancaman tuan.

Saya fikir, begitu jugalah sepatutnya tuan bertindak hari ini, jika benar Perdana Menteri menyeleweng sekalipun. Ini terpaksa dilakukan bukan kerana mahu menyelamatkan Perdana Menteri, tetapi untuk menyelamatkan negara sebagaimana rakyat suatu masa dahulu mahu menyelamatkan negara ini daripada campurtangan asing. Mereka bukan mahu menyelamatkan tuan, tetapi mereka terpaksa menyelamatkan tuan untuk menyelamatkan negara tercinta, walaupun mungkin tujuan tuan menyelamatkan negara adalah untuk menyelamatkan kroni-kroni tuan yang tergugat selepas matawang negara diserang hebat dan negara hampir muflis.

Ironinya, apa yang tuan lakukan hari ini adalah sebaliknya.

Apabila saya membelek-belek semua ucapan Anwar yang dibukukan di bawah tajuk Pesan Buat Rakyat Malaysia (tanpa penerbit) dan membandingkan apa yang tuan lakukan hari ini, saya percaya tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim bahawa tuan menyeleweng wang negara dan mengamalkan kapitalis-kronisme, adalah munasabah.

Ya, adalah tidak logik tindakan tuan begitu gila sehingga sanggup bersekongkol dengan musuh politik tuan sendiri dan mengundang campurtangan media-media asing, jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah dalam isu-isu yang tuan bangkitkan tolonglah berikan bukti.

Saya tidak fikir, jika benar sekalipun tuduhan-tuduhan tuan ke atas Perdana Menteri, negara akan bankrap kerana tuduhan-tuduhan ke atas tuan dahulu adalah lebih berat dan tragis dan hakikatnya negara tidak pula bankrap di bawah pentadbiran tuan.

Jika benar sekalipun Perdana Menteri bersalah, saya tidak percaya tuan sanggup meletakkan Perdana Menteri lebih bahaya daripada DAP kepada orang-orang Melayu berdasarkan prinsip tuan selama ini. Kuasa terlepas kepada cengkaman orang-orang bukan islam adalah lebih bahaya daripada ancaman yang tuan sebutkan di hari ini. Najib mesti digulingkan?

Apakah yang sebenarnya tuan sembunyikan di sebalik tindakan tuan ini? Itu persoalan sebenarnya, kerana adalah tidak logik tuan menyerang Perdana Menteri sebegitu nekad dengan menubuhkan parti baru, mengundang campurtangan asing dan meletakkan rakyat dalam keadaan berpecah-belah sehingga mudah diperbodoh dan diperkotak-katikkan?

Orang yang waras tidak akan mempercayai dakwaan tuan untuk menyelamatkan negara kerana adalah jelas natijah tindakan tuan itu adalah sebaliknya.

Saya cuba mencantum semua teka-teki ini, mencari klu atau pertunjuk kepada permasalahan ini. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinan ini.

Apakah benar negara ini sedang dicengkam kapitalis-kapitalis yang menjadi kaya-raya ketika tuan menjadi Perdana Menteri dahulu seperti yang berlegar dalam minda ramai orang? Maksud saya, adakah kerana kapitalis-kapitalis ini gagal menguasai ekonomi dan politik negara seperti dahulu, maka mereka mengeksplotasi tuan untuk menentang kerajaan hari ini?

Ramai orang berkata yang tuan menggunakan dasar-dasar pengswastaan untuk 'merompak' kekayaan negara dengan membahagikan projek-projek besar kepada kroni-kroni tuan itu. Apabila Perdana Menteri seterusnya cuba menamatkan kemungkaran ini, dengan menubuhkan 1MDB misalnya, kapitalis-kapitalis ini bertindak menyerang kerajaan dengan menggunakan orang-orang berpengaruh seperti tuan. Adakah benar begitu?

Maksudnya, tuan membangkitkan pelbagai isu ke atas Perdana Menteri untuk menarik sokongan rakyat kepada penentangan tuan, tetapi matlamat tuan adalah lain, iaitu menyelamatkan empayer perniagaan milek keluarga dan kroni-kroni tuan, yang mungkin juga tuan mempunyai kepentingan di dalamnya.

Saya mulai nampak dan faham kenapa kedudukan tuan begitu kuat dahulu walaupun terjadinya perpecahan selepas Anwar dipecat. Ya, apa yang patut dirisaukan jika tuan dapat memegang undi orang-orang Cina melalui kapitalis-kapitalis tadi yang menggunakan persatuan-persatuan bangsa mereka untuk mengalahkan UMNO?

Ya, tuan memberikan mereka kekayaan, dan mereka pula memberikan tuan sokongan politik dan harta bertimbun. Benarkah begitu?

Masih saya ingat sebelum PRU12, sahabat baik tuan, Tun Daim Zainuddin pernah meramalkan Penang, Perak dan Selangor akan tumbang kepada pembangkang. Ia benar-benar berlaku. Adakah kerana Tun Daim tahu yang kapitalis-kapitalis Cina ini sudah mengarahkan orang-orang Cina yang ramai di negeri-negeri tersebut menyokong pembangkang?

Atas alasan yang sama, kerana pengaruh tuan dan kapitalis-kapitalis itulah antara faktor orang-orang Cina beralih kepada pembangkang hari ini. Jangan lupa ucapan tuan yang tidak mahu BN menang dengan majoriti 2/3. Apa tuan sudah jadi nyanyok, pelupa?

Merumuskan semua ini, tuan telah menjatuhkan Perdana Menteri selepas tuan dan kini tuan mahu melakukan perkara yang sama ke atas Perdana Menteri seterusnya, adalah tidak salah jika saya beranggapan tuan sebenarnya melakukan itu semua ini kerana tuan tidak dapat memaksa Perdana-Perdana Menteri selepas tuan mengikut telunjuk dan kehendak tuan?

Dan apa kehendak tuan itu adalah apa yang dimahukan oleh kapitalis-kapitalis tadi.

Kekecewaan tuan tidak dapat menaikkan kerjaya politik anak tuan, Mukhriz, juga dikatakan antara faktor tuan bertindak giler2 seperti hari ini. Ia ada asasnya. Apabila seseorang itu tidak mempercayai sesiapa lagi untuk menjaga kepentingannya, tentulah orang itu akan mengharapkan anaknya sendiri untuk melakukannya.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, tuan.

Tuan boleh bercakap apa sahaja, tetapi saya sebagai rakyat biasa di negara ini, tidak bodoh dan saya tidak akan menelannya bulat-bulat.

Tuan boleh katakan 1MDB adalah suatu masalah besar kepada negara, tetapi apa yang saya nampak 1MDBlah yang menimbulkan masalah kepada kroni-kroni tuan sehingga tuan mahu menggagalkannya. Negara tidak akan bankrap kerana 1MDB dan Perdana Menteri, tetapi serangan-serangan tuanlah yang boleh menjahanamkan negara tercinta ini.

Tuan boleh menentang apa saja, tetapi tuan tidak boleh menentang pegangan tuan sendiri selama ini, yang kini tuan sedang lakukan. Hakikatnya tuan sedang ditentang atau menentang prinsip-prinsip perjuangan tuan sendiri suatu masa dahulu.

Apa yang saya nampak, krisis yang berlaku hari ini adalah perang kapitalis melawan kerajaan yang tidak mahu tunduk kepada kemahuan mereka dengan menyelindungkan agenda ini di sebalik agenda menyelamatkan negara dan rakyat. Rakyat telah dikelirukan untuk memperjuang agenda kapitalis dengan meruntuhkan negara mereka sendiri supaya mudah tercampak ke dalam gaung penguasaan kapitalis yang tamak dan haloba.

Maka adalah sepatutnya saya sebagai warganegara biasa negara ini bertindak menentang tuan untuk mengelakkan agenda-agenda kapitalis di belakang tuan itu berjaya memonopoli ekonomi dan politik Malaysia.

Akhir kalam, saya ingin memetik kata-kata tuan sendiri, “Orang asing dan media mereka tidak ada niat baik terhadap kita. Mereka bukan ingin tukar kerajaan ini dengan kerajaan yang lebih adil dan demokratik. Yang mereka ingin lihat ialah negara kita ini mengalami nasib buruk seperti yang berlaku kepada negara-negara tertentu, di mana kerajaan tidak mampu menstabilkan negara, menjamin keselamatan dan memulihkan ekonomi. Mereka hanya ingin melihat kerosakan dan masalah yang menimpa negara lain menimpa negara kita juga. Mereka ingin kita menjadi
 ‘client state’, boneka kepada mereka.” buat selama-lamanya? Adakah tuan sudah lupa juga?

#SuaraMerdeka

Sunday, October 23, 2016

SUDAH TERMALU, BANYAK PULA ALASAN

KEMASKINI:





POSTING ASAL

Satu perkara yang terpaksa ditelan walaupun pahit dan kalau umno masih jantan kena lah berani mengaku provokasi politik berlebihan oleh Najib dalam pembentangan BuyJet 2017 adalah penyebab utama keluar beramai ramai pembangkang terutama sikap tidak matang Speaker dalam mengendalikan mesyuarat dengan menyarankan mereka keluar.

Kalau Salleh Keruak sifatkan sarkas,  kenalpastikan juga mana satu monyetnya, beruknya,  badutnya dan bapa beruknya.

Apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah mengambil kesempatan atas kebaba.... Mereka telah berjaya.

Isi BuyJet 2017 tenggelam dengan isu yang lebih popular, Pembangkang Keluar Dewan..

Siapa lebih cerdik..

# Bila dah terasa bodoh dan terhina,  mulalah kononnya ia disabotaj dan dirancang dan tidak lain tidak bukan Tun Dr Mahathir jadi fitnah dan sasaran.
Malang sungguh mereka tunjuk dua kali bodoh.


PAS KELANTAN MASIH BOLEH MENANG PRU JIKA BERTANDING GUNA LAMBANG DACING.

Kalau diambilkira peringatan Husam Musa untuk PAN tawan Kelantan dengan menyingkirkan PAS dan umno macam tak logik.

Berada di Kelantan untuk beberapa hari dan bertemu seramai mungkin menjadikan peringatan Husam bukan satu omongan kosong.

Sepuluh yang kita jumpa,  1 sokong umno,  1 sokong BERSATU, 1 sokong PKR, 3 sokong PAS,  3 sokong PAN 1 tak tahu apa apa.. Boleh membayangkan apa hasilnya nanti.
Harakah bukan lagi rebutan,  senasib Utusan,  jauh ketinggalan dengan sinar dan suara keadilan.

Oleh itu tiga penjuru di Kelantan seperti hasrat Husam bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Sekaligus memang boleh lupakan PAS untuk diajak berpakat kerana segelintir pemimpinnya sudah sesat dan tergelincir dalam perjuangan mereka sendiri.  Alang alang nak kuburkan umno,  elok PAS selubang.

Saturday, October 22, 2016

JAMAL KETUA BAHAGIAN UMNO MAKIN BAIK SELEPAS KENA TANGKAP DAN DIBEBASKAN

Kita turut simpati pejuang bangsa Melayu UMNO seperti Jamal ditangkap di hadapan anak isteri sebaik sahaja kapalterbang mendarat.

Bagaikan sebuah drama,  ia sekadar menunjukkan PDRM sangat sangat tegas dan serius,  apapun KPN bagi jaminan Jamal ini tidaklah ganas seperti yang dilafazkannya (parang terbang),  ia sekadar "perang mulut".

Kalau dah ada yang kena parang,  kalau ada report barulah PDRM siasat.  Mana unsur-unsur pencegahan?

Jamal bagaikan dapat lesen,  boleh pula mengancam Tun Dr Mahathir untuk meludah kalau berjumpa.
Menghina mantan boleh,  agaknya apa terjadi kalau ada face booker nak meludah Najib?
Ada pemimpin UMNO tegur?
Ohhh tak ada... Jamal bebas.. Dia bukan mewakili umno,  cuma kebetulan pakai baju umno, dan ku nan tak larang pun pakai baju umno.

Untuk meludah Tun,  gelaran yang diberi oleh YDP Agong,  mulia sungguh kerja Jamal ini.
Sultan mana yang bagi dia datukship ni?  Elok Jamal dipertimbangkan Tan Sri selepas ini...


Baju Merah di Sarang Buaya cuba menyekat BERSIH5, kebetulan saja kot bawa bendera umno. 

Heh

Friday, October 21, 2016

VISION 2020 GAGAL DICAPAI NAJIB (BuyJet 2017)

Transformasi 2050 bukan sahaja tidak masuk akal tetapi "cartoon" memandangkan perkara mudah 2020 yang sepatutnya dicapai lebih awal (2018) telah dimanifestasikan gagal gara gara pengumuman 2050.

Tidak peduli samada alasan politik atau ekonomi tetapi itulah menunjukan ketidakupayaan, kelemahan dan kekurangan kerajaan era Najib yang dinaungi oleh parti politik yang sama.
Tersangat awal mereka mengaku kalah, mengaku lemah dan tidak berkemampuan memenuhi aspirasi era Mahathir.

2020 bukan iltizam peribadi tetapi keputusan bersama kabinet BN pada masa itu dan hari ini mereka sendiri gagal,  menggagalkan dengan kemaluan dan kerendahan maruah.


# BuyJet 2017 tidak sepatutnya ucapan provokasi politik PM yang memalukan diri sendiri apabila pembangkang bertindak keluar.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...