Friday, October 28, 2016

NAJIB AKUI PERJUANGAN UMNO KINI SUDAH BERBEZA...

Apa bezanya?



Joke 让你笑一笑:
SUATU HARI ABU KELUAR KE KEDAI UNTUK MEMBELI SELIPAR RM10 ...

*ABU* : Tauke,, selipar RM 10 ada kah ???

*TAUKE* : Ada....Nahh....
(Abu pun memberi RM10 nya)

*TAUKE* : Tambah 60 sen lagi ...

*ABU* : Apa hal 60 sen ???

*TAUKE* : G.S.T lah ...

*ABU* : Apa itu G.S.T ???

*TAUKE* : Goverment Suruh Tambah ...

*ABU* : Kalau tak tambah ???

*TAUKE* : Government Suruh Tampar ...

*ABU* : Kalau saya elak ???

*TAUKE* : Government Suruh Tendang ...

*ABU* : Kalau saya lari ???

*TAUKE* : Government Suruh Tangkap ...

*ABU* : Kalau saya telampau laju ???

*TAUKE* : Government Suruh Tembak ...

*ABU* : Kalau saya Mati ???

*TAUKE* : Government Suruh Tanam ...

*ABU* : Nanti siapa jaga saya punya anak Bini ???

*TAUKE* : Government Semua Tanggung ...

*ABU* : Pakai apa tanggung ???

*TAUKE* : BR1M lah ...



BERSIH JANGAN BIADAB DAN SUSAHKAN RAKYAT





Jika benar BERSIH gagal mematuhi peruntukan undang-undang untuk berhimpun, setiap rakyat wajar mengutuk dan memboikotnya.

Mana mana parti atau individu seperti Tun Dr Mahathir dan BERSATU wajar menjauhinya walau apa jua alasan.

Baju Merah juga jika tidak mengikut Undang-Undang dan Peratoran dan sengaja mahu membuat provokasi ke atas BERSIH wajar ditentang dan dikutuk - UMNO harus bertanggungjawab jika berlaku rusuhan,  kecederaan dan kematian.
Tanpa sokongan umno,  baju merah tidak akan berani dan melampau.



Tiada siapapun mengatasi undang undang terutama tentang keselamatan walaupun kita tahu apa pihak yang salahurus undang-undang untuk kekebalan dirinya.


KPN SEWAJARNYA TIDAK MENYELAR BERSIH KERANA TEMPOH NOTIS 10 HARI BELUM LAGI MELEPASI TARIKH PERHIMPUNAN... 


UMNO, PAS DAN BERSATU JANGAN BEREBUT SANGAT NAK JADI HERO MELAYU...







Sedangkan akhlak dan kehidupan tidak selaras dengan Islam.





Muhd Zaki Aminudin:
1. Mendengar berita kematian:


Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah


Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah


Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah


Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah


Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin


Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Wednesday, October 26, 2016

NASI LEMAK ANAK DARA VS NASI LEMAK ROSMAH

Baju kuning,  baju merah dan baju hitam lepas penat ber reformasi,  ber transformasi boleh rehat,  teh tarik dengan nasi lemak.. 










*MACAM-MACAM GILA*

Hari ini dengar cerita ada satu lagi *GANG* wujud, iaitu *GANG BAJU HITAM*yang di ketuai oleh *KHAIRUL AZWAN HARUN @  AZWAN BRO* iaitu seorang *NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA*.

Kurang pasti pula apa tujuan wujudnya *GANG HITAM* ini selepas wujudnya *GANG MERAH*.

*GANG MERAH* yang di ketuai oleh *JAMAL PAK TONGKOL* adalah seorang *KETUA UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR*

Apa *PERSAMAAN MEREKA*? .... Kedua-duanya adalah *ORANG KUAT UMNO*.

Apa *TUJUANNYA*.... Hanya untuk membuat *PORAK PERANDA* setelah *KETUA UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR* itu *GAGAL* untuk mencetuskan *HURU HARA* agar Najib dapat *MENGISTIHARKAN DARURAT* melalui *AKTA MKN*.

Berapa sen lah mangkuk-mangkuk tepen ini di bayar agaknya....kalau mereka menafikan bahawa mereka di bayar maka kita kena siasatlah *KEWANGAN* mereka.

*GANG HITAM* ini katanya juga ingin menggempur *BERSIH 5*, ini satu *MASALAH MENTAL* kalau ianya benar...kerana *AZWAN BRO* itu tidak faham *HAK-HAK RAKYAT YANG MENYERTAI BERSIH 5* itu adalah *TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA PERKARA 10(1)*.

Nasehat saya kepada *AZWAN BRO* tu janganlah hendak menunjuk *HERO*, kerana kalau *BARISAN NASIONAL* kalah dalam PRU akan datang, anda akan menjadi *MARKING MARK* untuk di bawa ke muka pengadilan.

*SAJA NAK TANYA* rumah berjuta , kereta-kereta mewah dan harta-harta anda itu datang dari mana, emak bapak tak kaya mana, takkan *MENABUNG DARI KECIL JUGA*

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)








Hari Ini  Di Umumkan Bahawa Perjanjian Penjualan MISL Anak Syarikat MISC Milik Petronas Kpd Sykt Bukan Melayu Sudah Termeterai Semalam.

Lesen Logistic Ketenteraan Negara & Lesen Logistic Halal Milik Sykt Berkepentingan Melayu Ini Kini Bertukar Tangan Kpd Sykt Bukan Melayu.

Loo Hooi Keat adalah Pemilik Terbaru MISL. 

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5239897




















Tuesday, October 25, 2016

APA STATUS BERSIH, HALAL KE HARAM

Bermula dengan Rahman Dahlan yang akan mengambil tindakan (mengugut)  ke atas syarikat dapat projek kerajaan yang menyokong BERSIH, diikuti dengan Zahid Hamidi yang bernada sama.. 

Sekarang ni siapa ikut cakap siapa (?) Seolah Zahid akur dengan Rahman Dahlan. 

Jangan kelirukan rakyat. 
Adakah BERSIH itu halal atau tidak? 
Perhimpunan BERSIH5 November nanti halal atau tidak? 
Rakyat nak tahu status? 

Kalau Perhimpunan BERSIH haram,  istiharkan,  tangkap mereka yang terlibat, itu baru nama kerajaan.. 

Kalau halal,  tidak ada sebabnya ia dianggap mengancam keamanan,  jika halal tidak ada sebab nak ugut kecualilah syarikat tersebut dapat projek secara rasuah!!! 

Kalau dapat projek secara rasuah,  beranikah Rahman Dahlan dan Zahid bertindak? 
Kalau dapat secara rasuah,  siapa yang terlibat?  Di bawah Kementerian mana?  Siapa Menterinya? 

Kalau dapat projek secara sah dan layak,  kenapa pula nak ugut. 

Baju Merah sah ke tidak?  Siapa di belakang?  Siapa petualang?  Bila Zahid nak cari dalangnya?  Bila mudin nak kejar sampai ke lubang cacing.. Atau dalangnya sudah pun diketahui??? 

Rengkas cerita,  bila buka mulut jangan sampai rakyat tahu,  pemimpin nak kencing. 

KJ PALING LAYAK, SESUAI MENERUSKAN LEGACY NAJIB MEMAKMURKAN NEGARA



Sebut tentang pengganti Najib,  tidak ada yang lebih baik selain Kj. 

Zahid dan Hishamuddin terlalu tua untu menunggu bagi menggantikan Najib,  paling tidak Najib akan terus jadi Presiden parti dan PM  selama 15-20 tahun lagi. 

Walaupun mungkin tidak sampai kiamat seperti saranan Adenan Satem tetapi sekurang kurangnya dalam tempoh 15-20 tahun,  Tun Dr Mahathir, Muhyiddin,  lim kit siang dan Anwar sudah tiada. 

Yang tinggal hanya Mukhriz - Kj boleh handle. 

Dalam hal hal mengurus negara, 1MDB dan lain lain legacy Najib yang sama handalnya,  seirama adalah Kj - pengalaman semasa di tingkat 4, Kj boleh teruskan. 
Bukan sahaja Kj,  bakat semulajadi exco Pemuda untuk menguruskan dan melicinkan negara bukan satu masalah besar. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...