Tuesday, June 27, 2017

WHY LONDON (2)

Sebagai pemumpin politik sepenuh masa atau serius,  mereka memerlukan masa peribadi dan masa bersama keluarga,  otak perlu berehat dari perkara yang sama buat seketika dan jauh dari perkara sekeliling yang sama. 

Itu antara sebab ramai pemimpin tertinggi mengambil peluang bercuti pada tempat dan masa yang sesuai,  ia tidak dirancang seminggu dua tetapi berbulan masanya,  malah tempat dan masa pun kekadang diberikan tugas dan perancangan kepada salah seorang ahli keluarga. 

Najib sendiri walaupun rasa seronok dengan 50 ribu pengunjung di Puterajaya tetapi raya ke dua sudah menghilangkan diri bercuti. 

Zahid yang pertama kali beraya sebagai TPM terlebih uja dan menyifatkan kehadiran itu sebagai sokongan kepada Najib,  ada betulnya mereka suka Najib tetapi jumlah tersebut sangat kecil berbanding status najib sebagai PM. 

Jauh lebih kecil berbanding Mahathir yang mendapat sokongan satu dunia dan bebas bergerak.  

Mungkin hanya zahid dan hisham yang perlu berada di tanah air kerana pengaruh mereka masih bergantung kepada kehadiran fizikal bersama dengan penyokong. 

Tun sendiri, sebagai simbolik, beraya di london.  Soal tidak molek beraya bukan di tanah air sendiri merupakan komen kumpulan desperado, ketadikaan yang tidak ada isu.
Lebih penting Tun tidak gunakan duit cukai..

Sesuatu yang seronok dan boleh dijangka,  Tun akan menjawab dengan spontan jika ditanya wartawan sekembalinya nanti. 
Lebih seronok jawapan itu membuatkan kumpulan desperado menggaru lagi. 




# Dengan menyewa 42 bilik mewah,  jumlah yang lebih besar dari ahli keluarganya,  sudah tentu agenda politik seterusnya merupakan sebahagian pakej percutian. 


Monday, June 26, 2017

CUTI NAJIB YANG SERBA SEDERHANA

Tidak seperti Tun yang berhari raya mewah di London bersama keluarga, Najib dengan rela hati hanya memilih negara jiran serba murah sederhana berhari raya. Sesuai dengan kemampuan. 

Inilah contoh terbaik PM Malaysia dalam sejak dua menjak ini. 




# Persepsi najib takut ke new york atau london sedang mempengaruhi rakyat. 

DARI PENASIHAT DAH MENINGKAT JADI PENYELAMAT..

Sebaik membaca dan menganalisa surat terbuka hadi kepada semua parti politik, spontannya ada dua yang terus ada dalam fikiran.. 

1) diam sebenarnya lebih baik untuk presiden pas itu.. Tentunya menjadi malu dan serba salah sebahagian pemimpin dan ahli pas untuk menerima realiti presiden mereka kamikaze, mempertaruhkan diri sekadar untuk menyelamat najib.

2) apakah hadi seorang ulama,  masih seorang ulama atau membawa tempias kepada ulama, pendakwah,  penceramah, lebai dan ustaz² yang lain,  seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. 

Sekarang,  sudah ada dua...

Setakat ini juga ada dua mufti yang dilaporkan turut bersependapat dengan Hadi supaya tidak ada campurtangan asing,  tidak lain dan tidak bukan, semua boleh jangkakan Mufti Perak dan Mufti Pahang.

Apakah dan setakat mana mereka faham *campurtangan asing dalam isu DOJ dan 1mdb (?) Ini lah yang membuatkan rakyat celik merasa mufti2 ini setakat merendahkan martarbat mereka sendiri,  bercakap dalam skop yang sangat kecil dan diperalatkan oleh mereka yang berkepentingan. 

Berulangkali disebut,  jika ada campurtangan asing,  duta negara berkenaan perlu dipanggil oleh wisma putera,  beri amaran,  kecam dan putuskan hubungan.. 
Ada rakyat yang masih bengong dalam isu ini tapi janganlah sampai berjangkit kepada mereka yang berstatus yang sepatutnya dimulia dan dihormati... 

Banyak lagi yang boleh disentuh diulas tentang kebuntuan Hadi yang cuba mengakalkan fikiran rakyat... Bawa bawalah bertaubat dengan fatwa kapirkan orang umno yang sekarang ini sudah buat buat lupa.. 

Bersambung

SAJA NAK BAGITAU

Jumlah keahlian umno sekarang tidak cukup untuk menang pilihanraya.. 
50,000 yang datang beraya rumah PM juga tidak cukup untyk menang pilihanraya.. 

Zahid kena sempua semula,  bercakaplah benar walau pahit. 


# Tun masih hepi hepi beraya di london sepertimana obama sedang bercuti di bali ketika umat Islam Indonesia berhari raya. Apakah Obama masih sudi singgah bercuti di Malaysia atau dia sudah lupa kenangan selfi bersama. 




SEBAGAI MO2, ZAHID SUKAR DIGUGAT.. JANGAN ADA SIAPA YANG PIPISKAN LADA

Kesetiaan wak zahid melantun lantun dengan class nya tersendiri...  Cukup tinggi,  stabil dan mantop... 

Kalau masih lagi kena cah keting,  tidak dihargai,  dipinggir,  tersingkir atau dipecat.. Memang tak masuk akal....

Berketuakan seseorang yang sedang diperhati dunia,  lambat laun, sampai masa, ranum molek atau busuk ditebuk tupai, Wak zahid tak perlu kerja keras,  ianya akan gugur sendiri... 









# Kesesakan di jalan jalan utama dan lebuhraya sekarang menunjukan rakyat masih berduit, ekonomi meningkat maju jaya,  itupun tanda rakyat memberi sokongan kepada Najib, semasa jem, yang keluar dari mulut mereka,  we love pm. 

Sunday, June 25, 2017

WHY LONDON (1)

Blog blog pendedak utama yang pernah mendapat ststus bangang oleh Najib meroyan sakan bila Tun Dr Mahathir berlepas dan berhariraya di London. 

Tak cukup bulan Ramadhan,  1 Syawal pun mereka mula tunjuk busuk hati sakit hati, dengki dan fitnah,  emosi dan sel otak mereka tak dapat dikawal dengan rendang dan ketupat.

Apakah mereka ini golongan yang sama seperti dikategorikan Tun sebagai "luar biasa bodoh", mungkin! 

Kalau ditinjau di seluruh negara, di semua terminal udara,  laut dan darat,  ribuan rakyat Malaysia berugama Islam ke luar negara di penghujung Ramadhan dengan alasan mereka tersendiri,  yang sudah tentu mereka tidak perlu bimbang tiba tiba dicekup interpol,  salah laku jenayah antarabangsa. 

Lebih ramai umat Islam di London yang beriman dari orang Islam di Malaysia  !!!!!! Cabaran mereka lebih hebat sebagai minoriti tetapi bukan alasan. Ketua Negara mereka kapir tetapi tidak mengamal kelepektasi. 

Kalau tanya PAS,  tentu kata mereka bumi ni milik Allah termasuk London. Nik Abduh tentu setuju di London juga ada sejadah dan masjid. 

Apakah berhari raya di Putera Jaya lebih mulia dari berhari raya di London (?) Sudah tentu Tun bebas bersalam dengan siapa sahaja di London atau di mana mana berbanding dengan orang Puterajaya yang buat open house tapi tak open sangat untuk bersalam.. 

Satu sejarah penting,  London adalah pilihan destinasi Allahyarham Tun Razak tanpa pengetahuan rakyat tujuannya ke sana, mendapat rawatan dan menghembuskan nafas terakhirnya.  Tak baik blogger bangang mempersendakan London. 

Jasa Tun Razak begitu banyak antaranya perlaksanaan Felda dalam konsep membasmi kemiskinan tetapi di era sekarang,  peneroka felda nampak macam senang dan kaya tetapi sebenarnya sedang menanggung hutang angkara rakus tikus membaiki labu. 





# Kalau rasa hebat,  rasa kuat,  rasa betul,  rasa disokong... Makanlah ketupat lemang dengan tenang,  jangan tercekik dan meninggal... Kesian pada jawatan, gelaran,  kekayaan dan pengaruh yang sedang dimiliki. 












Dirakam sebelum berlepas,  pemimpin PKR dan umno juga ke luar negara berhari raya. 
(Gambar) 


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...